26/05/10

ANEKDOT 160: SURAT


Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.

Ayah,

Saya berasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya rasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam daripada anakanda,

Sarip.

P/s:

Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat daripada ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"


Nota hujung:Untuk sama-sama difikirkan.
Sumber: Emel

4 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Hiba...

Saya juga tidak pernah meminta atau menerima duit dari bapa, sejak mendapat Biasiswa Kementerian Pendidikan....Sesekali balik bercuti, bapa hulurkan beberapa not merah....dan saya tolak (dengan berat)kerana dia punya 9 anak lain lagi, selain saya...

Masa itu, rakan sefakulti saya hanya 16 orang (seluruh Malaysia) yang terima biasiswa KP. Rakan lain semua dapat pinjaman...

KTS berkata...

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

salam drpd ayahanda yang licik lg bijak

:D


p/s :
ayahanda rasa posmen tu dah hanyutkan surat anakanda tu kat sungai............... kuantan.. err.. rasanyalah.. atau mungkin juga dihanyutkan di sungai lain.. surat oh surat.. apalah isinya ya

:P :P

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...
Ini dh dikira anak emas kerajaan. Untunglah tu, rezeki anak yg ingat ibu bapa.

Saya tak dapat tajaan semasa di IPT...huhuhu...
tp
di taja sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 6 oleh kerajaan.

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Surat tu sarat dgn kata-kata "yang ekao pun tak sanggup baca"

Dah hanyut kot...!