18/06/10

SAJAK...nostalgia

(Thanks for adding me into your life)


SETELAH KEHILANGAN ITU


kadang-kadang amat payah sekali
mencari pengertian
sedangkan pengorbanan itu
telah lama tertunai

detik-detik berlalu terasa kini
semakin menghampiri
betapa keakraban masa silam
sering mendekatkan kita

apakah lagi yang dicari
penantian itu telah lama berakhir
kau yang tidak pernah hadir dan
aku yang tidak lagi di situ

kini rasa kehilangan

biarpun pertemuan
bukan lagi satu pengharapan
dan cinta kita telah lama berkubur
namun kasihku masih bernyawa

barangkali kesilapan masa lalu
menyedarkan kita betapa
detik-detik yang berarak
tiada mungkin melintas kembali

sayangnya setelah kehilangan itu
barulah kita menemui
diri sendiri

sayangnya ia bukan lagi
suatu kenikmatan
-Munsyi Ragbar

6 ulasan:

KTS berkata...

kata S.Sudarmaji, antaranya;

dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang ada yang duka

Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidak kan nanti kembali lagi


Kalau dikenang meracunlah diri.



.
.
kata-kata ni kemudiannya dilagukan oleh p.ramlee..
barang yang lepas jgn dikenang.. hurrrmmmm

KTS berkata...

gambar tu unik.. pelik.. dan sedikit menakutkan.

errr..

you're welcome :D

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...
sedang membina yg baru ni...
yg lepas kita simpan...di satu sudut
yg akan dtg kita lalui dgn hati-hati...

wah seriusnya den...!

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku lagi...

eako dh jwb, sebelum den ckp.

best kan camtu?
lesen,lesen,lesen...den nk g kursus dptkan lesen tu...

penjejak maya berkata...

salam,

selalunya kita hanya menyedari sesuatu itu hanya selepas kehilangannya..

MUNSYI ragbar berkata...

penjejak maya..

Itulah pasal...
Kan bagus kalu kita tahu awal2 akan kehilangan sesuatu...

pasti dijaga sebaik2nya

"selamat datang ke mari - terima kasih!"