6/09/10

ANEKDOT 171-KISAH SAHABAT LAMA SAUDARA BARUKU (...nak berkahwin)

(sekadar hiasan - tiada kena mengena)

Selesai saja majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran malam tu, sahabatku ini menarik aku ke satu sudut di dalam masjid itu.

Dengan berbaju melayu, bersamping dan bersongkok (yang aku pinjamkan) dia nampak lebih segak daripada YBerhormat. Aku turut bersyukur dan gembira untuknya.

"Kenapa kau menarik aku ke sudut ni? Macam ada hal penting je..."
"Aku nak kawin!!!" terpacul kata-kata itu daripada mulutnya.

Entah mengapa aku terasa lucu dengan kata-kata sahabatku itu. Aku amat kenal dengan perangai keterujaannya terhadap sesuatu yang baru - pernah meletakkan status dirinya "confirmed bachelor" setelah ditinggalkan kekasih. Aku anggap itu hanya kata main-main. Sudah banyak kali hal kawin ini dikhabarkan kepadaku. Sudah banyak kali juga gadis idaman yang ditinggalkannya atau yang meninggalkannya - Melayu, Cina, Kadazan malah Omputih. Akhirnya satupun tak menjadi.

"Kali ini aku betul-betul serius. Aku nak kawin." beria-ria benar dia bercakap.

Kemudian satu persatu dia menjelaskan sebab dia mahu berkahwin. Setiap kali aku cuba mencelah dia akan meneruskan ceritanya hinggakan aku tak berpeluang untuk mencelah. Akhirnya aku diam dan menangguk-angguk saja.

"Umur aku dah hampir 40 tahun - life begins at forty - kata omputih. Tapi amalan aku sedikit saja ganjarannya. Kalau aku berkahwin - gandaan amalannya 27 kali ganda. Bukankah kita digalakkan membuat amalan sebanyak-banyaknya." sambung sahabatku yang baru 3 tahun memeluk Islam ni.
...

" Aku bimbang amalan aku yang sedikit ini tidak seimbang dengan dosa yang telah aku lakukan dulu. Aku tidak bertuhan lebih daripada 30 tahun."

Akhirnya aku terpaksa meminta sahabatku ini diam. Beri ruang untuk aku bercakap pula-aku nak jelaskan kecelaruannya itu. Peluang itu aku guna sepenuhnya untuk menjelaskan hal dosa dan pahala sebelum dan selepas dia menjadi muslim - sekadar ilmu yang ada dalam dadaku.

"Hah, sekarang masih bulat hati nak kawin? kerana nak mencuci dosa?"
(Aku cuba menduga keampuhan hatinya untuk berkahwin.)

" Ya, tapi bukan sekarang. Banyak yang aku kena fikir semula. Apatah lagi begitu banyak perkara yang aku tak tahu selama ini, sudah kau jelaskan. Tambah-tambah lagi ciri-ciri gadis yang kau katakan itu, satupun tidak ada pada calon isteriku."
(Getar suaranya sedikit mengendur. )

"Tetapi kalau dapat memenuhi 60 % daripada kriteria itu dah mencukupi - lagi 40% kau sama-samalah mencukupkannya."
(Teringat aku kata-kata seseorang tentang mencari pasangan.)

" Kalau macam tu, jom kita balik. Esok kita jalan-jalan cari isteri...oops calon isteri..!!!"

Aku tertawa mendengar kata-kata sahabatku itu...(dalam hati: semudah itukah?)

Nota hujung: Jangan terlalu cerewet memilih calon isteri.
Sumber: Sembang-sembang sebelum tidur...

Tiada ulasan: