4/09/10

ANEKDOT 170- KISAH SAHABAT LAMA SAUDARA BARUKU...


Aku jadi malu sendiri. Dia yang telah lama tidak aku jumpa masih tersenyum. Dia berkisah panjang tentang perjalanannya pada bulan Ramadan. Ini hanyalah secebis kisahnya...

"Malam ni masjid yang ke-25. Pada awal ramadan dulu aku dah tetapkan sasaran - 29 atau 30 masjid," jelasnya menjawab pertanyaanku.

Tanpa dipinta dia meneruskan ceritanya.

"Pada malam pertama aku berjemaah melakukan tarawih di kariah aku sendiri. Malam tu tak ramai ahli kariah yang hadir - mungkin suasana puasa belum terasa. Maklum sajalah malam tu umat Islam menunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Ada yang tak tahu selepas pengumuman itu, bermulanya Ramadan yang dinanti. Maka bersolat tarawih lah kita."


Aku hanya mengangguk.


"Malam kedua dan seterusnya aku mula bermusafir. Seawal jam 6.45 petang aku dah berada di masjid atau surau pilihan aku. Senarai surau tu aku dah siapkan awal-awal supaya tak ada yang terlepas. Aku cuba elakkan kejadian sama tahun lepas. Balik-balik dua tiga buah masjid yang sama. Kebiasaanya pada waktu ini, AJK masjid/surau sedang menyusun juadah untuk berbuka. Aku juga akan turut meletakkan juadah aku bersama-sama juadah jemaah yang lain. Macam yang selalu kita buat masa kat sekolah lama dulu - "potluck". Di sinilah seronoknya - pelbagai juadah disediakan tetapi dalam kuantiti yang ala kadar. Juadah wajib selalunya bubur lambuk - pelbagai rasa dan citarasa. Uniknya bubur lambuk di negara kita ni."

"Berbuka di masjid/surau ni ada disiplinnya. Selepas azan kami hanya berbuka secara ala kadar kemudian bersolat maghrib. Selepas itu barulah benar-benar makan. Kalau kita kat rumah, kita makan sekenyang-kenyangnya kemudian solat. Adakalanya hampir terlajak waktu solat maghrib. Begitu juga kalau berbuka di gerai, restoran atau hotel - makan jadi agenda utama."


Kau bertarawih kat masjid yang sama ke?


"Ya, selepas bertarawih aku isi masa dengan membaca al Quran. Ada masjid yang jemaahnya bertadarus selepas solat tarawih. Aku akan turut serta. Nak balik awal pun tiada siapa yang tunggu aku di rumah. Aku dah khatam sekali. Insya-Allah malam esok aku akan khatam untuk kali kedua."


Bagusnya cara kau mengisi waktu pada bulan Ramadan ni. Terpenuh dengan aktiviti keagamaan.


"Tak juga - ada yang aku masih terkilan. Aku tak dapat berqiamulail berjamaah setiap malam. Aku tak berapa hafal surah dan zikir dalam solat tu.Tak banyak masjid yang anjurkan qiamulail dan bersolat tasbih. Aku tak berapa yakin nak bersolat tasbih seorang diri - bimbang terlelap masa bersolat. Aku tak berapa hafal zikir dan bacaan dalam solat tasbih - tapi aku sedang belajar dan menghafaz surah-surah dan zikir."

Kau dah minta bantuan ustaz kat sekolah kau bantu kau menghafaz ayat-ayat ni.


"Alhamdulillah, merekalah yang selalu mendorong dan membantu aku. Kalau tidak aku ni muslim hanya pada nama - jiwa kosong. "


Alhamdulillah.


"Aku nak ajak kau ikut aku malam esok. Iman masjid ni ajak aku bersama-sama jemaahnya untuk bertadarus. Ada majlis khatam quran - aku dijemput untuk turut sama."


Aku mengangguk - Insya-Allah!!!
Dia terus menyambung ceritanya, apatah lagi melihat aku seperti pendengar yang setia. Tiba-tiba...


"Dah berapa masjid kau pergi Ramadan ni? Setahu aku kau selalu berpindah masjid selepas malam ke 15." " Kau dah khatam Quran ke belum untuk tahun ni? Kau kan dah haji, tentu dah banyak amal ibadat yang kau buat sepanjang bulan Ramadan ni."


Entah mengapa - aku benar-benar terasa - terlalu sinikal pertanyaan sahabatku ini. Perasaan bangga dan kagum aku terhadapnya tadi tiba-tiba saja mati.

Ya Allah, mengapa aku jadi begini. Ikhlaskah aku atau aku sedang mencemburui sahabatku ini?

Namun aku menjawab,"Amal ibadat bukan untuk dipamerkan tetapi cukuplah hanya Allah yang mengetahui. Semoga Allah menerima amal ibadat kita. Keikhlasan kita dalam beramal tu yang merapatkan hubungan kita dengan Tuhan."

Tapi aku tahu jawapanku itu hanyalah untuk menyedapkan hatiku sendiri. Aku meminta diri untuk berundur dengan janji untuk berjumpa lagi pada malam esok.


Insya-Allah aku tidak akan tertidur lagi malam ini.



Nota hujung: Semoga kita sama-sama menghidupkan malam yang berbaki.
Sumber: Kisah sahabatku yang mualaf - V.Raman Dass @ Ahmad Ramadan b Abdullah

7 ulasan:

far_red berkata...

Salam..

Sebaik-baik ibadah adalah ibadah yang ikhlas dilakukan kerana ALLAH. Tidak perlu ianya dihebohkan kerana hanya ALLAH yang boleh menilai tahap keiklasan kita.

Namun tidak salah rasanya kita rasa cemburu dan berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi hamba yang lebih baik.

Pada saya, kualiti ibadah perlu diutamakan daripada kuantitinya...

ckLah@xiiinam berkata...

Salam...
Nak kena cari cermin mata dulu baru baca ni...maklumlah, akses internet guna telefon. Hujung2 Ramadhan ni jarang mengadap netbook.



Selamat Hari Raya .
Maafkan segala salah khilaf ckLah lewat blog...atau fb...

Ku Tak Sempurna berkata...

nak den kacau mlm2 ? eh... kojutkan malam2??


.
.


errr.. bgn mlm bukan utk tgk tv ok

:D

MUNSYI ragbar berkata...

far_red...
Terima kasih kerana hadir.

Setuju sangat tuuu...kualiti ibadah tu yang perlu diutamakan dan secara konsisten...tidak mengikut musim baru nak beribadah.

MUNSYI ragbar berkata...

ck lah...

Semoga bertambah sihat menjelang Aidil fitri nanti.

Sungguh harmoni gambar keluarga ckLah dalam kad Hari Raya tu...

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Aduhai den tgu ekao kejutkan...tak muncul2...
Rupo2 ea ekoa tak bangun malam...sib baik jam hp den berbunyi...

.....andai kutahu...

en_me berkata...

selamat menyambut aidilfitri bro munsyi ittewww..