7/10/10

ANEKDOT 177- "BESARNYA KEMALUAN SAYA..."

(sila bayar tol)
(maaf - tajuk yang agak lucah)

Sewaktu mendengar dan membaca siaran media baru-baru ini - aku agak terkejut.
Mantan menteri kanan yang popular ini akan berundur pada awal Januari 2011. Beliau selalu menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapan- biarpun selalunya tunggang terbalik.
Aku teringat beberapa ucapan beliau yang kadang-kadang lurus
tetapi memberi makna yang melucukan.



1. Menafikan Kelewatan Pos Laju:

"Hari ini pos, semalam sudah sampai."
(Hari ini pos, satu hari sudah sampai)


2. Meluahkan rasa malunya di TV:

" Kemaluan saya dalam hal ini sangat besar."
(Saya sangat malu dalam soal ini)


3. Menasihati pergerakan pemuda daripada menghisap dadah:

" Diharap ahli pergerakan ini , jangan hisap dade."
(Diharap ahli pergerakan ini, tidak menghisap dadah)


4. Kempen derma darah:

" Marilah kita semua menderma dare."
(Marilah kita menderma darah.)


5. Ketika krisis air:

" Semua orang diminta jangan membuang aiyerr."
(Semua orang diminta tidak membazirkan air)


6. Ucapan pembukaan majlis rasmi:

" Selamat datang saudara mara semua..."
(Selamat Datang saudara-saudari sekalian)


7. Ucapan kempen pilihan raya:

" Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini."

Jawab pakcik: " Datuk, di sini tiada sungai, buat apa bina jambatan..."

Balas Datuk: " Kalau takde sungai, kita bina sungai..."



8. Sidang akhbar di TV:

" Tol naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini tol saya punya
bapa punyakah!!!"



9. Merasmikan majlis:

" Saya mempersilakan Datin Paduka ... naik ke pentas untuk membuka kain..."



10. Komen terhadap kerendahan hatinya:

" Sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar..."
(Sebenarnya saya sangat malu)


Ingatkah anda sindiran orang tentang PLUS?

P.L.U.S. : "Pungut Lebih Untuk Sam"





Nota hujung: Ala-ala latok, jangan saman sama saya latok!
Sumber: Koleksi cerita kawan-kawan


7 ulasan:

ckLah@xiiinam berkata...

Oooooooooops. Cikgu!

MUNSYI ragbar berkata...

Ooooooops CkLah...

Maaf!!!

DrSinga berkata...

ayoyoooooo......
kemaluan gua baca cerita-cerita kemaluan dia....

Ayen Giggs berkata...

Xdoklaa pasni org yg kite nak ketawekan....huhu.

MUNSYI ragbar berkata...

Doc

Ayoyo dei...
Tersenyum2 saya dengar ucapan dia...






Ayen...

Kau kan pandai tiru gaya pak menteri ni...

Ku Tak Sempurna berkata...

marilah kita semua menderma dare...


opocot!!

.
.

nak derma kat sape??
hikksss :P

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Hehehehe...jgn tanya...
tanduk merah dan mula tumbuh niiiii.



Simpan dulu!!!