12/10/10

PENYENDAL - KEINDAHAN PANTUN ENAM KERAT




Malam ini dingin sekali,
Hujan turun rintik-rintik,
Sejuk tertusuk ke dalam hati;
Tutur disusun indah sekali,
Kata terkarang dipilih-pilih,
Tersemat di dada sampai ke mati.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih, hamba lurutkan,
Minyak cenuai tuan sapukan;
Kasih emak sayang saudara,
Kerna kasih tuan turutkan,
Cinta kusemai tuan kuidamkan.


Berkerudung merah jambu ,
Berbaju kurung kain batik,
Persis anak gadis pingitan;
Meruntun di dalam kalbu,
Jiwa murung tiba berdetik,
Rona terpahat dalam ingatan.

Manis sekali buah kuini,
Buat hidangan hamparan tikar,
Tempat duduk berlantai papan;
Apalah ada hatiku ini,
Senyum terukir berbunga mekar,
Padamu tuan menanti jawapan.

6 ulasan:

ckLah@xiiinam berkata...

Jumpa perkataan 'minyak cenuai' buat pertama kalinya masa memeriksa skrip BM 2 SPM dari daerah Chini, Pahang. Novel Putera Gunung Tahan tu....

:)



Errr...maaf tuan, hamba tak daya berpantun lagi...
Tadi 6.45 petang dah jenuh mereka pantun untuk teks ucapan anak,Dia, (malam ni dia jadi pengacara makan malam koperasi sekolah di Rumah rehat malam ni (sekaranglah)
Dah 'last minute' paksa ibu dia berpantun bagai....merapu juga tadi...

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

Ibu Dia kan penulis...
setidak-tidaknya pantun 4 kerat dah jadi "makanan harian"...

.
.
.
Cenuai memang byk di Chini, di kawasan orang asli...

Ubat pengasih, kata orang.

Ku Tak Sempurna berkata...

den beli yo pantun ekao ni...


Pasir bulan perahu
Berlabuh tentang batu bara
Bergalah-galah ke tepian
Ketika menghadapi muaranya
Kasih tuan hambalah tahu
Ibarat orang menggenggam bara
Terus hangat dilepaskan
Begitu tuan malah kiranya

.
.


errr... ada kaitan tak?? klu takde kaitan, sila salahkan incik gugel sbb den gugel yo pantun ni.. bukan buek sendiri.. hihihi

:D

Ku Tak Sempurna berkata...

oh.. satu lagi... sajo yo den balas dengan 8 kerat....

errr... bukan ke org pompuan kena balas lebih.. kan kan kan

eh.. itu dulang hantaran kan.. errr.. ok.. takpe!

:P

Yunus Badawi berkata...

Salam ragbar.

Saya tak pandai berpantun. Nak gugel mcm kts pun tak rajin huhuhu

Kira singgah beri salam ajelah ya.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Jarang jumpa pantun 6 kerat sekarang.
Setakat 4 kerat tu bila-bila boleh fikirkan. [berlagak je]

TQ