23/10/10

APABILA BANGSA MELAYU BERHIMPUN JUGA...

RASISKAH LAGU INI?


Pagi tadi aku menerima kiriman emel daripada seorang sahabat yang ketika ini masih lagi berada di tempat perhimpunan itu. Katanya, sungguh proaktif orang-orang yang berhimpun di sini. Disebabkan tidak mahu dituduh rasis maka beberapa module kursus biro itu akan dirombak.

Katanya juga beberapa lagu yang biasanya didendangkan di sini turut bakal menjadi bahan sejarah. Tidak lagi boleh dinyanyikan sebagai peniup semangat kerana lagu-lagu ini bersifat rasis. Aku harap berita daripada kawan aku ini hanya cakap-cakap yang tidak benar.

Salah satu lagunya adalah lagu "WARISAN" ini. Soalnya... rasiskah lagu ini berbanding lagu Namewee tu. Kalau ada sesiapa yang mahir dalam tafsiran senikata lagu tolong tafsirkan...


(Semoga lagu ini tidak dilupakan terus)
WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
.
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
.
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan orang lain
Peribumi merintih sendiri
.
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
.
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
.
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara



Nota hujung: Lagu yang memberi kesedaran peserta yang pernah berkursus "di situ."
Sumber: ??????!!!!!!

7 ulasan:

ckLah@xiiinam berkata...

Masa sekolah dulu...GPMS begitu aktif. Selalu nyanyi lagu ini.


Dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 ada lirik lagu UMNO. Semasa mengajar tajuk Penubuhan UMNO (mengikut sukatan pelajaran,) murid suruh saya nyanyi. Saya kata, suara cikgu tak sedap, lalu saya suruh mereka yang nyani. Hampir satu kelas nyanyi lagu itu.

Hampir seluruh kelas menyanyikannya....








...dan tak beberapa lama lepas itu, ada komplen mengatakan saya mengajar politik kepartian di kelas. Dan komplen itu datang dari seseorang yang rabun sejarah yang cuma lalu di depan kelas.

MUNSYI ragbar berkata...

CkLah...

Terima kasih.

Saya memang terkejut. Saya pernah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh biro ini beberapa kali- kerana SSM, isu bahasa DBP dan juga "team-building".


Tidak pernah terlintas kursus ini bersifat perkauman - mungkin tafsiran penjawat awam tidak sama dengan orang politik!


Di sekolah tidak pula ada keinginan untuk memecahbelahkan para pelajar yang sudah biasa dengan cara belajar berbilang bangsa...

Hari ini, bangsa kita dah semakin penakut, agaknya.

Ku Tak Sempurna berkata...

jangan lagu "rasa sayang hey rasa sayang sayang hey" pun dikata rasis nanti sudah laaa

;)

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Ada rasa sayang, eh?
Katalah ada...

DrSinga berkata...

lagu wajib nyanyi di oerhimpunan mingguan semasa sekolah MARA
baca lirik pun rasa nak mengalir air mata kesedaran..
rasis kah??


katalah 'ada' KTS...
aminnnnn...

Yunus Badawi berkata...

kts nak kata ada rasa syg tapi takkan kat sini. Dia dah cakap dlm telefon kan?

Tanpa Nama berkata...

salam,

lagu yang sangat memberi kesan kepada jiwa dan semakin ramai..saya sangat suka lagu ini..lagu yang seharusnya memberikan suatu semangat yang mendalam