21/10/10

APABILA BANGSA MELAYU BERHIMPUN


BANGSA MELAYU JANGAN JADI BEGINI


Beriman di mulut hati berlumut
Beriman di lidah hati menyalah


Lidah bercabang langkah menyilang
Cakap melecoh perangai tak senonoh

Tamak harta mabuk dunia
Dapat pangkat lupa akhirat

Baru puji lupa diri
Bangsa Melayu jangan jadi begitu...


Ke tengah bertelingkah
ke tepi mendengki
ke laut menghasut
ke darat mengumpat
ke hulu menipu
ke hilir menyindir
ke atas mengampu
ke bawah melapah
ke gunung menyombong
ke lurah menitah


Berkawan dengan syaitan
Berguru pada nafsu
Beraja pada selera
Bersahabat pada maksiat
Berlabuh pada yang tak senonoh
Berhenti pada yang keji
Bangsa Melayu jangan jadi begitu...


Bergantung pada yang serong
Berpijak pada yang merosak
Bersarang pada yang ingkar
Berumah pada yang salah
aniaya pada saudara
khianat pada sahabat
iri kepada isteri
muak kepada orang banyak
Derhaka pada orang tua
Menghina pada yang muda
Mencerca sama sebaya
Bekerja malas memimpin culas
Bersusah malu berpahit tak mahu


Jadilah bangsa yang bersopan
Jadilah bangsa yang berbudi tinggi
Jadilah bangsa yang pentingkan kemuliaan
Jadilah bangsa yang berhemah mulia
Jadilah bangsa yang cintakan muafakat
Jadilah bangsa yang sentiasa mahu berbakti




-Mohd Nizam Aman
Ketua Pemuda UMNO Jempul
(sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-61)




Nota hujung: Senario biasa setiap kali perhimpunan (membuka aib bangsa sendiri)
Sumber: Akhbar Berita Harian 21 Okt 2010

3 ulasan:

KTS berkata...

nasib den bukan org melayu


.
.


.
.


.
.
.


den malay...

hikksss

ckLah @xiiinam berkata...

Saya mengajar sejarah penubuhan UMNO dalam Sejarah tingkatan 5.
Saya juga mengulas rentetan sejarah penubuhan UMNO dalam teks novel Merdeka! Merdeka! dalam BM.






Tapi...untuk membuat contoh semasa kepada anak-anak didik...err...

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Ekao bukan ke orang Siam...berfikiran melayu glokal?

Jeng...jeng...jeng...!














CkLah

Semoga anak didik kita melihat sejarah sebagai masa depan mereka...

Tiba2 teringat Prof KKK dan arwah Mahadir MK...