29/12/10

ANEKDOT 190: KARIPAP, KARIPAP, KARIPAP... PANAS, PANAS, PANAS... PARKING DULU

Melihat papan tanda ini
aku terbayang karipap panas sedang mencari tempat letak kereta.
Tersenyum-senyum memandangku.


Hish, nakalnya otak aku waktu hujan-hujan begini.

v
v
v
v
v
v
v
Aku dan rakanku tergelak dan senyum-senyum apabila terpandang papan tanda ini.
Sepanjang waktu makan dan minum dia asyik tersenyum
aku kehairanan.
Waktu itu kami berhenti di tepi jalan untuk minum petang ketika hujan lebat.


Nota hujung: Bilalah agaknya hal semudah ini dapat dibetulkan.
Sumber: Jalan-jalan minum petang.

ANEKDOT 189: SIAP DALAM, SIAP LUAR... MURAH, MURAH, MURAH!!!


Sewaktu pulang dari Port Dickson, terlencong ke Bandar Baru Nilai dan seterusnya ke Nilai 3 secara tidak sengaja. Sempat juga meronda di sekitar premis perniagaan yang popular ini, tetapi saya lebih teruja dengan papan tanda perniagaan yang dipamerkan.

Pelbagai barangan diniaga di sini. Paling banyak barangan tekstil dan barangan persiapan untuk perkahwinan. Semuanya ada d sini, siapkan duit saja kerana ada duit semua boleh kuit. Setiap barangan dijual dengan harga murah dan berpatutan. Yang tak patutnya harga orang pun murah...

(Siap dalam 1 jam. Siap luar berapa jam, agaknya?)



(Inilah agaknya harga orang di Nilai)

Sebenarnya papan tanda ini terletak di pintu masuk tandas!



Nota hujung: Kalau dah bersedia untuk kahwin, datanglah ke Nilai3
Sumber: Travelog PD.

25/12/10

SISIPAN: PMR SMART 2010


TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH!!!

Kepada X-SMARTIAN yang bertanya kerana ingin tahu...

1. BILANGAN CALON : 220 orang
2. BILANGAN SEMUA "A : 138 orang
3. GPS : 1.09

4.GPS B.MELAYU : 1.03

# untuk analisis semua, boleh rujuk di sekolah.

Syabas kepada semua tenaga pengajar dan teristimewa Panitia B. Melayu.


Nota hujung: Semoga kejayaan ini berterusan...
Sumber: Analisis PMR2010

ANEKDOT 188: APABILA "L" DISANGKA "R"

(Foto sebagai penyendal ruang)

Overheard:
A conversation between Mr US President with Mr Japanese Prime Minister.

Mr President : When do you have your election?
Mr PM : Every morning!
Mr President : Hahahahaha!!!
Mr PM : ?@#$%!!!


Nota hujung: Sebut betul-betul...
Sumber: Sembang kopitiam

23/12/10

ANEKDOT 187: BAHASA KALBU YANG BANYAK TAFSIRANNYA...

(milik siapa ?)



...kalaulah kita saling memahami...

Sumber: Koleksi foto lama-lama...

16/12/10

ANEKDOT 186: APABILA EMEL TERSALAH ALAMAT


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:



To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2010

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang.

Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Nota hujung: Sekadar buat anda tersenyum

Sumber: Lawak.com

14/12/10

ANEKDOT 185: KEGILAAN BERANI YANG PASTI MENARIK PANDANGAN...

Apa kata tengoklah kegilaan rakyat Malaysia terhadap nombor plet kereta yang menarik perhatian.
Anda yang berkemampuan dan berani berbuat begini pasti mendapat perhatian.



(dari Kedah)


(Orang ganu)


(Kesian...mengeluh dia...)


(penyataan anatomi pada kereta?)

(Adios... bye...bye...)

Semoga anda tersenyum melihatnya.


Nota hujung: Plet WAL1 dan NAB1 siapa yang punya?
Sumber: Jalan-jalan di Malaysia.

12/12/10

ANEKDOT 184: ANTARA R DAN L ADA KITA

(gambar tidak berkaitan - hanya sebagai penyendal ruang)


Miss USA, Miss Malaysia and Miss Singapore are being asked 3 simple questions:
It is the final round of the Miss Universe Pageant and the 3 finalists, Miss USA , Miss Malaysia dan Miss Singapore.


MC: The first question is name me an electrical appliance starting with 'L'
Miss USA : Lamp
Miss Malaysia : Light bulb
Miss Singapore : LADIO
Judge: No, no, Radio does not start with the letter 'L'

MC: I am going to give you 3 more chances; Now, name me an animal starting with the letter 'L'
Miss USA : Lion
Miss Malaysia : Leopard
Miss Singapore : LABBIT
Judge: No, no, no!

MC: Your next chance. The name of a famous car that starts with 'L'
Miss USA : Lexus
Miss Malaysia : Lamborgini
Miss Singapore : Lolls- Loyce
Judge: Oh my God!

MC: I am going to give you one last chance! Name me a fruit starting with the letter 'L'
Miss USA : Lemon
Miss Malaysia : Lychee
Miss Singapore , with full of confidence, smiles and says: LIEWLIAN !! (durian)

This is not the end of the story, the Judge consulted the board of judges to determine if Miss Singapore should really be disqualified; and they decided that since Miss Singapore was having so many problems With the letter 'L', they decided to give her another chance.

Judge: OK, the final question is : Name me a human anatomy starting with the letter 'L'
Miss USA : Lung (applause)
Miss Malaysia : Liver (even more applause)
Miss Singapore : LanciaU !!!
The Judges fainted ..!

Nota hujung: ?????????!!!!!!!!

Sumber: Sebuah majalah humor