1/01/11

ANEKDOT 191: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU/BAHARU 2011



Tepat pukul 12.00 malam tadi bertalu-talu sms masuk ke peti mesej telefon tanganku. Kesemuanya menyampaikan ucapan tahun baru.

Terima kasih.

Lebih hebat daripada ucapan Tahun Baru Hijrah.

Salah satu sms daripada anak didikku berbunyi begini:

"...Selamat Kumpul Usia dan Selamat Tahun Baru/Baharu 2011(?)..."

sambungnya lagi,

" maaf cikgu, tak pasti baru ke baharu..."

Aku membalas dengan menulis begini:

"Saya baru sahaja membeli sehelai baju baharu untuk menyambut
tahun baru di Kota Bharu."

Dia membalas:

"Ooo, kini baru kutahu...!"



Nota hujung: Rajin-rajin baca Pelita Bahasa.
Sumber: Sms

9 ulasan:

KTS berkata...

oooooooooooo.. den pun baharu tau. eh. baru tau. ada beza eh?

selamat tahun baru
azam??

MUNSYI ragbar berkata...

KTSku...

Sebenarnya BARU dan BAHARU boleh bertukar ganti - makna tetap sama.

Kalau nak lebih jelas, nanti datang tuisyen, ya...

Nak?

KTS berkata...

naaaaaaaaaaaaaaaaaaak!

tapi free ke kena bayar? klu free, ok la

den nak kena kumpul duit. utk ehem ehem :)

Dr Singa berkata...

saya baru tahu baru dan baharu boleh bertukar ganti

'terimaa kasih cikgu..'
*dengan nada 'selamat pagi cikgu' UpinIpin*

MUNSYI ragbar berkata...

Doc...

Kebiasaan penggunaannya:
1. BARU untuk masa.
cth: Ali baru sampai pagi tadi.
2. BAHARU untuk keadaan.
cth: Ali memakai baju baharu.

Sekian.











KTSku...

Kalau untuk KTS...percuma.

Nanti lambat pulak cukup duit utk ehem ehem tu...

ckLah @xiiinam berkata...

Biasakan yang betul..betulkan yang biasa...

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

Dah terbiasa selalunya sukar nak betulkan...

Hanya yang mahu berubah saja yang tahu.

Yunus Badawi berkata...

Oh mcm tu ke?

Saya nak ikut tusyen dgn kts boleh tak? Tak kacau daun ke nanti? hehehe

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Takpe... pergilah kacau daun, jgn kacau ami dahlaaaa...