12/02/11

ANEKDOT 195: ANTARA 3G, 4G DAN iPAD

Bicara teman ketika majlis jumpa semula (REUNION) kawan-kawan sekolah setelah berpuluh tahun tidak berjumpa:

A: Wah, kau sekarang dah ada title - Dato' !!!
B: Tak perlu sebut title tu... inikan jumpa kawan-kawan lama... tapi kau tu dah ada 3G! Hebatlah tu
A: Tak adalah Mail... henfon buruk je - hanya untuk sms dan kol saja!
B: Bukan henfon maksud aku - kau tu dah Gemuk, Gendut, dan Gebu... kah,kah, kah!
A: Kau ni masih nak kenakan aku. Bukan 3G lah Dato'. ..itu istilah lama. Sekarang dah 4G dan iPAD
B: Apa tu?
A: Ganteng, Gagah, Gadang tetapi Gout
B: hahahahah...iPAD tu apa pulak?
A: idaman Perempuan Anak Dara.

Tiba-tiba isterinya yang duduk di sebelah mencelah.

C: Saya ingatkan tadi, Gelenyar, Gatal, Ganyut dan Getik - Idaman Perempuan Angaukan Dato'!!!

Kedua-duanya terus terdiam.


(macam ni agaknya 3G tu)




Nota hujung: Banyaknya nostalgia apabila jumpa kawan-kawan lama.
Sumber: Sembang kawan-kawan.

5 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Salam ragbar.

Nasib baik saya punya 3G tak cukup power. hehehe

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Ada 3G untuk apa tu?
Klu kat perut tanda kebahagiaan!

Ku Tak Sempurna berkata...

3G ke, 4G ke, hal kecik je tu. yg penting iPAD... Intai Poket Awak Dulu. Tebal ke tak

hikhikhik

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Buat apa nak intai-intai...
seluk je poket den tu...

Hmmm, mmg xpernah penuhpun.!!!

Hafriz Mohamad berkata...

haha.. lawok la!
padat..tp mesejnya luas. seakan2 mnyahut seruan kerajaan scara x langsung.. ^_^ peace!!!