29/06/11

KASIHNYA NORMAH...

(Datin Hjh Normah Abu Bakar - mantan Pengetua SMART, Kuantan)
bersara mulai 28 Jun 2011

Selamat bersara puan pengetua setelah lima tahun menerajui SMK Abdul Rahman Talib. Di bawah pimpinannya SMART telah diankat sebagai Sekolah Cemerlang, Sekolah Bestari Cemerlang dan Sekolah Kluster. Beliau sendiri telah dianugerahkan Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Pahang, Kepimpinan ICT Daerah Kuantan dan Pengetua Kanan (Cemerlang) dan lagi dan lagi dan lagi...
Sepanjang pentadbiran beliau SMART telah melonjak dengan menduduki tangga teratas dalam peperiksaan awam (PMR danSPM)



KASIHNYA NORMAH

Bak sungai
Bak air mengalir
Dari hulu dan jeram
kini hampir sampai ke muara

Dari putih jernih air hulunya
Dibawanya bersama hujan lebat dan kelodak
pekat

Kekadang arusnya menujah deras
kekadang mengalir lesu

Takdirnya
Alirannya terhenti sebentar di sini
Mungkin sekadar menguji sentuhan

Sentuhannya
Memang sesubur benih
Pasir disuntik menjadi intan
Setitik dijadikan lautan
Sekepal dijadikan pulau

Sentuhannya
Beserta bukti

Kasihnya bersinar indah
walau kekadang katanya menusuk
namun
Marahnya tiada dendam
Kasihnya bercahaya terang

Walau kekadang
dada berdegup kencang
urat menjadi tegang
namun
ajarannya terancang
tidak bergoyang

kasihnya tetap indah
segala menjadi mudah
tak perlu bermadah
tuturnya tiada helah
terserlah
terarah

bak sungai
bak air mengalir
Tiba juga kiranya di muara waktu

Di sini kami pasti merindu
hakikat seorang individu
Normah yang satu.

Moga lembayung rahmat Ilahi
kan memayungi bahtera hidup
yang berbakti
menghirup damai di hati
melandasi kehidupan abadi

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami moga mesra akrab
berpadu

Azhar Daud - SMART 2011




16/06/11

ANEKDOT 200: SATE BIBIR MANIS

Adakalanya pelbagai cara yang digunakan untuk menarik perhatian menghasilkan tafsiran yang juga pelbagai.
Apakah tafsiran yang dapat kita fahami dengan papan pamer ini?


(tentu lebih manis kalau yang menyambut pelanggan juga manis)



(kacukan bahasa?)

Nota hujung: Indahnya bahasaku
Sumber: Jalan-jalan di Trengganu

12/06/11

ANEKDOT 199: NEGO BLAKO...

Sewaktu merentasi laluan pantai di Tok Bali terpandang papan tanda di kedai ini.

Nama yang amat menarik. Setelah diamati, nama ini dalam loghat Kelantan.



(Nama sebuah kedai di Tok Bali, Kelantan)

Tafsirannya:
1. Niaga belaka = Pelbagai jualan.

Tidak perlu berbahasa asing untuk menamakan kedai agar lebih diingati pelanggan.

Nota hujung: Ada cadangan nama lagi?
Sumber: Jalan-jalan ke KB

11/06/11

ANEKDOT 198: LALUAN AYAM???

Dalam perjalanan ke Pasir Mas terjumpa papan tanda ini.
Istimewanya ayam di Pasir Mas ada laluan khas untuk mereka.

Ada laluan masuk dan laluan keluar.



(Ayam masuk melalui laluan ini)


(Ayam keluar melalui laluan ini)


(Yang ini sudah pasti bukan ayam )
Tujuan aku ke Pasir Mas - mengabadikan majlis perkahwinan untuk anak dara ini.

Nota hujung: Papan tanda di negeri Kelantan banyak menggunakan tulisan Jawi - Syabas!!!
Sumber: Koleksi peribadi


ANEKDOT 197: ISU INI LAGI?

Isu lama ini sudah banyak kali dibincang dan dikupas.
Jalan penyelesaiannya masih kabur.

Tidak perlulah kita risau.
Penulisan begini bukan dalam urusan rasmi.
Ibarat bahasa pasar yang menjadi bahasa basahan masyarakat kita.


(petikan laporan dalam BH)



(contoh ejaan dalam sms)


(ejaan dalam dialek Terengganu)

Nota hujung: Sila terjemah dialek Terengganu ini ke bahasa baku...anda pandai?
Sumber: Akhbar Berita Harian dan baju T milikku