30/12/08

MENARIKNYA ...

(rumah-Mu)


NOTA HUJUNG: Cuti yang terisi dengan keindahan. Syukur Ar Rab...


28/12/08

Selamat Datang 1430H...


ZULHIJJAH YANG PERGI...
DOA AKHIR TAHUN
" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya."
"Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau - ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku bermohon daripada Engkau ya Allah, ya Karim, ya Zaljala liwal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Mulia."
"Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda dan sekalian ahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."
Amin...
MUHARAM YANG TIBA...
DOA AWAL TAHUN
" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya."
"Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, konconya, tenteranya, dan penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang menpunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang."
"Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda dan sekalian ahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."

Amin...
Nota hujung: Semoga aku menjadi insan yang sentiasa mengingati-MU.

ANEKDOT 32...


MAAFKAN ANAKMU IBU...

1. KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

2. APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

3. MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

4. KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

5. BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

6. SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :"TAK NAK! TAK NAK!"

7. APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA KITA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

8. MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

9. KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

10. BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

11. APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

12. MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

13. KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

14. BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

15. MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

16. KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

17. BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTIMEWA,KITA KATA, "? ITU BUKAN URUSAN IBU."

18. SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKANPANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

19. APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN, "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

20. MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,TOOOOOLONGLAHHH..."

21. KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

22. PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA," ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

23. KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

24. APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

25. SUATU HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

NOTA HUJUNG: Semoga semua ini hanyalah ilusi penulis

27/12/08

ANEKDOT 31...



YE KE NI...?
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan elektrik daripada perkataan Inggeris - ELECTRIC...tetapi sebenarnya perkataan itu diambil daripada perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas A. Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu ).

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele...trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE...TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang...
Nota hujung: Ya, saya pun kata - cerita ni hanyalah penglipur lara.
Sumber: Cerita-cerita mengarut tentang bahasa.

ANEKDOT 30...


ISTILAH KOMPUTER

Sebilangan istilah komputer telah ditukar ke dalam BM. Peristilahan yang kurang tepat adakalanya melucukan. Inilah jadinya jika penterjemahan secara terus dilakukan.


Cakera Keras = Hard Disk

Tetikus = Mouse

Papan Kunci = Keyboard

CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) - Berjela-jela untuk diingat, terbelit lidah...
Monitor = Apa yang sesuai? KETUA DARJAH?

Modem = Boleh ke “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi? Motherboard = “Papan Ibu” agaknya? Papan Ibu terbaik b0leh dianugerahi Papan Ibu Mithali.

Sound Card = Kad Bunyi?

Sound Blaster = Peletup Bunyi?

Pipeline Burst Cache = Duit Garisan Paip Meletup?

Local Bus = Bas Tempatan? Menarik bunyinya.

VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA?

Flatbed = Katil leper? atau Katil Rumah Pangsa (Flat)?

WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Menarik sekali...
Apa nak dinamakan "Daughterboards?" Papan anak perempuan? Pelik je bunyinya...:))

Bagaimana dengan SIMMs dan DIMMs dan sebagainya…?

Agaknya "Ink jets" nak jadi apa? - Pancutan Dakwat???

Yang ini pula - Plug and Play [tm]”? Hmmm..

Plug and play….Cucuk dan Main??? Mungkin tidak..

Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Ini dah lucahlah pulak!

Nota hujung: Satu renungan untuk penterjemah dan pembina istilah.

Sumber: Borak-borak kat kopitiam.

25/12/08

ANEKDOT 29...

menanti mentari pagi

kebiruan laut

kau di sana dan kami di sini...merajuk?

heningnya pagi

TC yang bening
lokasi yang sama
dari perspektif yang berbeza
pada hari yang sama
garapan lensa yang berbeza
pada detik yang berbeza

Keindahan ciptaan-Mu
Maha Agung
Kerdilnya hambaMu

SUATU KETIKA DI PANTAI TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN

21/12/08

ANEKDOT 28...


(pekerjaan baru?)


(pakai tandas)


(apa silapnya?)



(banyaknya silap)




(usaha yang baik, tapi...)

NOTA HUJUNG: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!




16/12/08

ANEKDOT 27...


SATIRA BAHASAKU

Tatkala sedang merancang MSC , kebanyakan kertas kerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemah ke dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu oleh PM. Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa bertanya sana sini. Ketika ditanya pihak Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke mesyuarat DBP pulak. Mereka pun berusaha dengan bertanya Institut Terjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukan untuk terjemah buku-buku ilmiah. Perancang-perancang ini tak ada masa.
Lalu CEO ini terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya. Apabila kertas kerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada PM. Tercengang dan terkejut dia membaca kertas kerja itu. Mana tak - tengok sajalah istilah-istilah yang diguna ketika itu:

Hardware = perkakasan keras
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

Ada satu ayat itu, berbunyi berikut:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.

Terperanjat PM melihat ayat itu. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu. CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi,

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Komen: Agaknya itulah sebabnya anak-anak kita kena belajar bahasa Inggeris dan mahir bahasa Melayu dalam sains dan teknologi di sekolah.

Sumber: Kiriman emel seorang sahabat yang memetiknya daripada blog Husin Lempoyang

12/12/08

ANEKDOT 26...


GAM KUNYAH HARAM...

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff in Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapura ni, ada satu cerita, PM Singapura pergi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam.
Mula-mula mereka makan udang, PM Singapura tanya kat Raja Siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab: "Kami tak buat apa, kami buang aje."
PM Singapore: "Ooo kat Singapura , kami kitar semula kulit udang jadi keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand."

Lepas tu diorang makan limau pulak. PM Singapura tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"
Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje"
PM Singapura: "Ooo kat Singapura, kami recycle kulit limau jadi jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" .

Akhir sekali, mereka makan chewing gum, seperti biasa PM Singapura pun tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?"
Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje"
PM Singapura: "Ooo kat Singapura, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Raja Siam pula tanya: "Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?"
PM Singapura jawab, " Kami tak buat apa, kami buang aje."
Raja Siam: "Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapura"

Erk! muka PM Singapore jadi merah padam dan sebaik saja PM Singapura balik ke negaranya, dia terus haramkan chewing gum di Singapura, sampai sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum diharamkan di Singapura.

Sumber: dipetik daripada cerita-cerita mengarut masyarakat.

8/12/08

ANEKDOT 25...



TAK FAHAM BAHASA

Embong org Trengganu, manakala Saad org Kedah. Tinggal satu bilik..katil bertingkat.. Saad kat atas.. Embong kat bawah. Saad ni suka baca majalah dan komik.. si Embong pulak suka pinjam.. belinya tidak. Saad ada sedikit bengang la kat Embong ni. Kekadang.. majalah yang baru dibeli dan tak sempat dibaca lagi pun Embong dah kebas baca dulu.. bila bagi balik dah lunyai dah.. tension Saad.
Satu hari, Ad balik dari pekan dan beli majalah UJANG. Siap sorok tak bagi Embong ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan kerja rumah.. dia pun nak rileklah kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok saja dia baring.. baru buka muka surat pertama.. Embong kat bawah dah bersuara..
" Ad... nok ujang.."
"Nanti la jap.. aku baru je nak baca.." jawab lembut je Saad.
"Aad.. nok ujang tu" Embong tak putus asa.
" Nantila dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Saad.
"Aaad ! Nok ujang !! " Suara Embong sedikit keras.
"Hang ni dah melampau.. kalau nak, beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka?"Saad dah naik angin.. siap turun dari katilnya.
"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..
Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Saad kat ampaian pun basah kembali.

Sumber: Cerita-cerita loghat daerah

7/12/08

ANEKDOT 24...

PROGRAM: Khemah Bahasa Pelbagai Kaum

TEMPAT: Star Regency, Cameron Highland, Pahang
TARIKH : 10-13 November 2008

Penyair Negara (terima kasih kerana sudi menampilkan diri)





Pewaris Bahasaku

Anak-anak dari Pahang


Tuk Dalang muda dari Kelantan
(rata-rata berusia 13 tahun)


terkenang bahasaku...

ANEKDOT 23...

Beberapa hari terakhir, kebosanan mengadap komputer riba sudah mencapai puncak. Aku mula mogok. Tetikus semakin malas mengensot. Kursor dah tak mahu lagi berklik. Akhirnya mati.
Kini aku kembali. Terima kasih PIKOM, banyak antidot yang kau bawa. Komba (komputer riba) dah mula kebah. Jom, kita mulakan kembali anekdot...selanjutnya!