23/06/09

ANEKDOT 106...PRASANGKA (gurindam)

(berprasangka dan mengumpat umpama menikam sahabat dari belakang)



Ada prasangka baik…
Ada prasangka buruk…

Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu
kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu
kerana bersedekah kepada fakir
Mana tahu yang masam itu
kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu
kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana
cergas dan cerdasnya

(Jauhi sikap suka berprasangka kerana
ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.)

Nota hujung: Pelik...!!! Ada orang suka jaga suami orang - suami sendiri???
Sumber: Retrospektif ANEKDOT 5... kisah berulang kembali.

2 ulasan:

Aidil Fadzil berkata...

Salam Ziarah...Jangan terprasangka nanti buruk akibatnya...Mendalam dan penuh didaktik.

MUNSYI ragbar berkata...

Salam aidil...

Gurindam ini hanya sebagai ingatan bg yang terlupa.

Selamat ziarah ke sini selalu.