26/06/10

ANEKDOT 165: AH, SERONOKNYA AKU KERJA GOMEN

Tak tahulah sama ada ada kebenaran atau tidak - bekerja dengan kerajaan lebih baik daripada bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat. Semasa seorang sahabat mengikuti LDK dalam kursus induksi beliau dan rakan-rakannya telah diminta "menyumbang saran" idea tentang itu. Antara dapatan beliau dan rakan-rakan:

1. Gaji mahal, ada elaun COCA COLA
2. Ada pencen, boleh goyang kaki
3. Boleh surf internet free
4. Ada library free
5. Awek ramai
6. Ada kantin murah
7. Toilet free (kalau kerja kedai toilet kena bayar)
8. Tak kena retrench macam kerja kilang
9. Hospital percuma

10. Ada persatuan pekerja, boleh ugut minta gaji naik
11. Balik on time, overtime takyah
12. Ada family day, makan free
13. Ada quarters free
14. Boleh dapat pangkat Datuk
15. Takyah kerja rajin sangat, gaji tetap naik
16. Boleh tidur kat surau kalau ngantuk, tak kantoi punya
17. Cuti banyak
18. Tak ada target (betul ke?)
19. Boleh minta transfer ke mana-mana
20. Bos tak garang...


dan senarainya berterusan...

Nota hujung: Bukankah kerja mesti ikhlas, tanpa mengira siapa majikan kita...?
Sumber: Catatan seorang sahabat

18/06/10

SAJAK...nostalgia

(Thanks for adding me into your life)


SETELAH KEHILANGAN ITU


kadang-kadang amat payah sekali
mencari pengertian
sedangkan pengorbanan itu
telah lama tertunai

detik-detik berlalu terasa kini
semakin menghampiri
betapa keakraban masa silam
sering mendekatkan kita

apakah lagi yang dicari
penantian itu telah lama berakhir
kau yang tidak pernah hadir dan
aku yang tidak lagi di situ

kini rasa kehilangan

biarpun pertemuan
bukan lagi satu pengharapan
dan cinta kita telah lama berkubur
namun kasihku masih bernyawa

barangkali kesilapan masa lalu
menyedarkan kita betapa
detik-detik yang berarak
tiada mungkin melintas kembali

sayangnya setelah kehilangan itu
barulah kita menemui
diri sendiri

sayangnya ia bukan lagi
suatu kenikmatan
-Munsyi Ragbar

10/06/10

ANEKDOT 164: MENEGUK H2O

(meneguk H2O)


Satu hari pada tengah hari seorang guru cikgu mengajar anak-anak muridnya mengenai Sains.


Cikgu : Air dalam bahasa Sains ialah H2O,cuba sebut!
Murid : Air dalam bahasa Sains ialah H to O .
Cikgu : Baguih Murid-Murid.



Esoknya...


Cikgu : Ali, air dalam bahasa Sains itu apa?
Ali : H I J K L M N O , cikgu.
Cikgu : Ngek ngok la kau, kan semalam cikgu dah ajor...!
Ali : cikgu jugak yang cakap H sampai O semalam. ...

Cikgu : Omg =..='

Nota hujung: Salah dengar ke silap faham ni?
Sumber: Cerita pelajar.

2/06/10

ANEKDOT 163: MELENTUR REBUNG...


(buluh yang dilentur menjadi cinta)
melentur rebung...
melentur buluh pada rebungnya

melentur rebung pada akarnya
melentur akar pada diamnya

melentur diam pada akalnya
melentur akal pada ilmunya

melentur ilmu pada katanya
melentur kata pada lidahnya

melentur lidah pada hatinya
melentur hati pada taqwanya

melentur taqwa pada imannya
melentur iman pada amalnya

melentur amal pada ikhlasnya
melentur ikhlas pada diamnya

dalam diam rebung yang dilentur
tetap subur menjadi buluh biarpun
dibaluti miang yang kukuh...


Nota hujung: Menddidik manusia juga perlu melentur
Sumber: Carta Motivasi