11/08/10

ANEKDOT 169: CATATAN ORANG SASAU

Nak Minta Tolong...

Ada tak sesiapa yang terjumpa anak kunci saya. Saya telah kehilangannya beberapa hari lalu.
Rupa kunci tu seperti ini. Cantik - sepadan letaknya di dalam hati. Sudah lama kunci itu berada di situ. Tiba-tiba saja ia hilang...



Hati ini tiba-tiba kosong. Terbelah dua - broken-hearted! Di mana kau kunci? Siapa yang memegang kunciku ini. Tolonglah kembali...bukakan hatiku kembali. Kau simpanlah anak kunci tu tapi bukakanlah hatiku ini terlebih dahulu. Biar nampak sepadan kuncimu di dalam hatiku.

(tengoklah hatiku tanpa kunci)

Semalam aku jalan-jalan ke blog orang lain. Dah lelah mencari...akhirnya...haaa, dah jumpa! Mungkinkah ini kunci yang boleh membuka hatiku...dan terus kekal di situ? Nampak macam sama, sepadan. Bolehkah anak kunci tu masuk ke tempat lekukan kunci tu?
( boleh gunakah kunci ni?)



Nota hujung: Kau kunci aku hati...bila bertemu?
Sumber: Catatan kertas pada dinding

8 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Macam kenal aje kunci milik siapa tu hahaha.

Kalau dah berkenan lepas raya ni pergilah hantar rombongan. Banjaran Titiwangsa bukanlah pemisah.

KTS berkata...

eh eh eh.. macam pernah kulihat anak kunci itu, tp di mana ya???


;D


errr.. kunci tu nmpk sepadan, tapi tak tau la dpt buka ke tak hati ekao tu.. errr kena temukan kunci dan hati tu dulu baru tau... bila bertemu?? hikkssss ;D

KTS berkata...

oh.. lupa nak tanya,

orang yang mencatat ini masih SASAU lagi kh??


;D

MUNSYI ragbar berkata...

YB...

Boleh jadi ketua rombongan ke?
Tak tahu pulak jalan ke rumah pemilik anak kunci tu...

MUNSYI ragbar berkata...

KTSku...

Ekao ni buat anak kunci dan hati terbelah tu...merana je!

Jom cepat2 kita temukan!



Ktsku lagi...

Den tgk...
Orang yang mencatat tu masih dalam keadaan "fening-fening lalat..."

Yunus Badawi berkata...

Saya ni tak pernah jadi ketua rombongan. Setakat nak ramaikan tu bolehlah.

Awakkan ada alamat rumah pemilik anak kunci tu. Atau dia bagi alamat opis aje? Anyway rumah dia tak jauh dari opis dia ngeh3x

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Takpe2...
Nanti jalan2 kat sana boleh jumpa rumahnya...heheheh

NASSURY IBRAHIM berkata...

Maaf, kat KB tak ada