Suatu hari pada minggu lepas, tersusun di atas mejaku beberapa helai baju - T yang menarik. Entah siapa yang punya.
"Aku nak kahwin... aku nak kahwin... "
tiba-tiba terpacul dari mulut sahabatku
ketika aku bertanya tentang baju itu.
"Kenapa tiba-tiba saja, dulu kata "confirmed bachelor" aku menyergah.
"Aku terbuka hati nak kahwin, apabila tengok pengantin baru ni."
(sahabatku ini seorang jurufoto perkahwinan).
Rupa-rupanya dia sengaja membeli kesemua baju - T ini
untuk dipakai seiap kali ada tugasan mengambil gambar pengantin.
(manalah tahu ada yang terbaca iklan yang terpampang di dadanya)
Terfikir juga aku - semudah itukah mencari teman hidup?
Inilah kata-kata penjelasannya kepada aku
selepas balik dari rumah orang kenduri kahwin
melalui baju - T yang dibelinya.
(aku takut perempuan - ekspresi melalui baju - T mungkin satu cara)
Nota hujung: Ada sesiapaberminat?
Sumber: Baju -T kawanku.





