12/10/08

ANEKDOT 16...

FOTO BERCERITA...

sesi dengar-dengar, lihat-lihat, fikir-fikir...


di sini kami berhimpun...suatu ketika.

biasa kulihat, tapi di mana?

eh, rasanya macam kenal !

penghargaan

pembentangan isu

sebahagian daripada peserta

6/10/08

BELASUNGKAWA

Hari ini sahabat saya Sdr Ahmad Fuad Marzuki telah pulang ke Rahmatullah pada usia 45 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Alfatihah buatmu sahabatku...
Semoga rohmu ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan ahli syurga. Amin...

ANEKDOT 14...



MENARIKNYA BAHASAKU...

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu doktor untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

Lelaki muda menyapa,"Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,"Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
TANDA TANYA

1. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia mempunyai pengganti raja yang di sebut Tengku Mahkota atau Raja Muda. Namun di negeri Perak tidak ada Tengku Mahkota sebaliknya ada Raja Muda. Mengapa?

2. Buah pauh dan mempelam merupakan spesis yang sama tetapi diguna pakai dengan cara berbeza antara negeri-negeri di negara ini. Agak-agaknya kenapa di Kelantan tak disebut mempelam tetapi buah pauh?

3. Tukang rumah di Kelantan suatu ketika dulu tidak menggunakan pelan yang dilukis untuk membina rumah. Semuanya ada dalam kepala mereka saja. Kini semuanya terjawab sebabnya demikian. Bayangkan kalau tuan rumah nak tengok pelan rumah dan diletakkan pula di atas meja. Tak ke gamat jadinya...

5/10/08

ANEKDOT 13...


MENARIKNYA BAHASAKU...
- naik kancil ke kampung

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik berhari raya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil saja untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.
Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata;
Ibu: Guane nih...penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lame… , dok sapa kapong nih.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do'oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...
Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Le ni kite ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. Baghu jadik 'LAPANG'...!!!

(cerita dari alam maya - apologi kepada pemilik Kancil)

3/10/08

ANEKDOT 12...

MENARIKNYA BAHASAKU…

Mamat ni berasal dari Kelantan. Memang tulin Kelantan. Satu hari tu mamat ni pun datanglah ke Seremban (first time) untuk temuduga kerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan. Dalam pada masa dia mencari lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dengan seorang lelaki Negeri Sembilan (N9).

Mamat Kelantan: Bey tumpey tanyo. Di mano pejabat syarikat pegangkutey?
Mamat N9: Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang!
(Mamat N9 tu tengok dia atas bawah, atas bawah)

Mamat Kelantan: Betul doh kawey kecek nih. Syarikat pegangkutey, pegangkutey...
Mamat N9: Budak ni ado yang lobam nanti kang..
(Mamat Kelantan tadi dah mula naik hangin sikit. Memandangkan Mamat N9 ni tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu)

Mamat Kelantan: Ni ho alamat dio, XYZ Transportation Sdn. Bhd...transportation.
Mamat N9: Oo... transportation... ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey..
(Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak pergi ke pejabat tu. Walking distance je tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya seorang cakap ayam, seorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi Mamat Kelantan ni minta tolong Mamat N9 tu lukiskan pelan)

Mamat Kelantan: Abey buleh tunjuk peley dok?
Lagi sekali Mamat N9 tuh terkejut . Sekali lagi dia tengok Mamat Kelantan ni atas bawah, atas bawah.

Mamat Negeri: HESHH...! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo?
Maka Mamat Kelantan ni pun terkial-kiallah keluarkan pen dengan kertas sambil minta brader tu lukiskan..

Mamat Kelantan: Lukih… lukih peley nok gi ke sano...
Mamat Negeri: Oooo.. mintak tunjuk lukis polan . Ingat nak mintak tunjuk apo tadi...hishh kau ni jang....

Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi atas keikhlasan Mamat N9 tu maka Mamat Kelantan pun akhirnya sampai ke pejabat yang ditujuinya itu dan hasilnya dia diterima bekerja dengan syarikat tersebut.

(kiriman pembaca tanpa nama)

ANEKDOT 11...

RAHSIA NAK KURUS...

"Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,'Kami menawarkan dua program di sini... RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'.'

Mamat tu pun berkata, 'saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak try kuruskan badan.'

' Ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana,' jawab penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. Dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk, berpeluh.
Perempuan tadi berkata, 'kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk' dan dia terus berlari didalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar sampai 10 minit pun tak dapat lagi tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.


Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. ' Wow.. mmg senang nk turun berat bdn...memang berbaloi aku bayar RM50 td,' katanya seorang diri.

Keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.

'Baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya..'kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakaiannya. Body builder itu berkata 'saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat ... ... hehhehheee"
(kiriman seorang pembaca tanpa nama)