26/01/09
ANEKDOT 38
KENAPA SAYA LETIH?
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang ini aku tahu kenapa semua ini berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan perkara ini adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta daripadanya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Daripada 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Daripada 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak berapa nak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal mereka ni nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .
Daripada jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak ada kerja – suri rumah, pekerja yang kena VSS, orang-orang tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... .
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... dan 2 orang itu ialah engkau dan aku...
Daripada dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca emel, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia ni... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit... . dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh saya buat jugak.
Nota hujung: Ini bukan anekdot bahasa...sebagai penyendal ruang je! Kiriman emel.
ANEKDOT 37...
CIKGU MURNI(Amaran: Jangan baca kalau anda jenis mudah tersinggung)
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 24) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik daripada dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.Pengetua: Berapa 3 x 3?
Pengetua: Berapa 6 x 6?
Pengetua terus bertanyakan soalan berdasarkan tahap pencapaian murid UPSR dan si Abu mampu menjawab setiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata:
Lalu Cikgu Murni berkata kepada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".
Pengetua dan Abu bersetuju.Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Abu: Kelapa
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.Abu: Bersalaman
Abu: Baik Cikgu
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya apabila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.Abu: Cincin perkahwinan
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Abu: Firetruck
Abu: Fork
Abu: Surname
Abu: Heart
Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning...hehehe
#Nota hujung:MAAF SEKIRANYA ANDA TERSINGGUNG kerana persepsi anda yang salah
(Cerita ini dihantar oleh seorang pengirim tanpa nama)
13/01/09
ANEKDOT 36...
Sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tinggal di kawasan perumahan yang aman damai. Si suami orang Kedah dan isterinya orang Kelantan.. Suatu hari pada waktu petang ketika si isteri sedang sibuk membasuh pinggan dan terlihat seekor lipan dan menjerit…
" ABE...LIPE…!!!(LIPAN)!!!
"Si suami yang sedang sibuk baca akhbar terkejut dan memberitahu isterinya…
" HAAA...KATOK LAA...!!" (KETUKLAA)
Si isteri yang menyangkakan KATOK ( KATAK ) berkata lagi..
" BUKE KATOK LA...LIPE...!
"Suami pulak menjawab..." KATOK LAA"...sampai krem mulut dorang bertekak.
Sumbangan: Jue
MEE SATU TAN
Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Tam & Ah Long singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang maka terjadilah perbualan ini:-
PELAYAN : Minuman apa encik?
TAM : Bagi saya milo ais satu.
AH LONG : Kasi saya itu sirap limau...
PELAYAN : Ok...makan… encik?
TAM : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu…
AH LONG : Kasi saya itu "WANTAN MEE!"
Maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula lalu berkata:
PELAYAN : Minta maaflah encik, tukang masak saya suruh beritahu yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam . Kalau encik nak mata kerbau tak ada, sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu...Lagi satu, kalau encik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik...
TAM & AH LONG : ???
Sumber: Lawak yang tak lawak
Nota hujung: Menariknya bahasaku
10/01/09
ANEKDOT 35...
Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu fikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal di kemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari... (Kosa kata istilahnya sangat menarik.)
Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.
"Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami: Bad command or filename.
Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?
Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found...
Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing Violation. Access denied...
Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? Abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters...
Nota hujung: ICT mempunyai laras bahasanya yang tersendiri. Institut Terjemahan Negara kena perbanyak istilah bahasa Melayunya.
Sumber: Cerita-cerita lawak IT
5/01/09
ANEKDOT 34...

Kek Hari Lahir
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari lahir isterinya.
“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
“Mmmm, tulis saja Sayang tidak bertambah tua di bahagian atas, kemudian sambung dengan Sayang cuma bertambah cantik di bahagian bawah,” kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Ketika kek itu dibuka di hadapan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.
NOTA HUJUNG : Jangan lupa jeda ketika bertutur, jangan lupa tanda baca (,) apabila menulis.
4/01/09
ANEKDOT 33...

GURINDAM ORANG KAHWIN (versi Inggeris)
Before marriage - Darling here, darling there.
After marriage - Baling sini, baling sana.
Before marriage - I die for you.
After marriage - You die, up to you.
Lagi lama married - You die, I help you!
Before marriage - You go anywhere, I follow you.
After marriage - You go anywhere, it’s up to you.
Lagi lama married - You go anywhere, the longer better too !
Before wedding - You are my heart, you are my love
After wedding - You get on my nerves
Before wedding - You are sweet and kind like Cinderella
After wedding - You are worse than godzila
Before wedding - Roses are red, violets are blue, like it or not, I’m stuck with you
After wedding - Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you
Before wedding - Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding - You want to go, he says you wait-la
Before wedding - She looks like Siput Sarawak
After wedding - Don’t know whether she’s katak or biawak
Before wedding - Weekends at Cameron, Genting and Fraser’s Hill
After wedding - Furthest you go is the local ant hill
Before wedding - He opens the car door.
After wedding - He opens his mouth and snores
Before marriage - He was your ideal
After marriage - He becomes your ordeal
