30/03/09

ANEKDOT 67...


HARI BULAN

28 Mac orang sambut Kempen Hari Bumi - Earth Hour. Malam bergelap tu ternampaklah anak bulan. Maka terfikirlah pulak tentang pentingnya bulan dalam kehidupan manusia di bumi.

Hari ni dah 30 hari bulan. Kata orang dah cukup bulan. Manusia di bumi kerap menggunakan perkataan BULAN dalam kehidupan mereka.

Kalau dah cukup 30 hari dikatakan dah cukup bulan - (gaji dah tentu masuk tau...)
Wanita mengandung akan bersalin selepas 9 bulan.
Wanita uzur setiap bulan dikatakan datang bulan.
Wajah berseri-seri diumpamakan seperti bulan.

Dalam peribahasa Melayu pun banyak menggunakan bulan:
- seperti pungguk rindukan bulan
- seperti bulan dipagar bintang
- bagai bulan penuh ...dan banyak lagi.

Apa kata kita tukar tempat tinggal - kita hidup di bulan, tentu kita tak gunakan bulan tapi tengok kepada bumi pulak.

Cuba bayangkan...

1. cukup bulan jadi cukup bumi
2. wanita bersalin selepas 9 bumi
3. datang bulan jadi datang bumi
4. wajah berseri seperti bumi
5. seperti pungguk rindukan bumi
6. seperti bumi dipagar bintang
7. bagai bumi penuh...dan banyak lagi!
Hari ini sudah 30 hari bumi.

Nota hujung : Fikir-fikirkanlah

Sumber : Sembang-sembang kat kantin

SAJA-SAJA JE...

RINDU...

rindu malam kepada siang
rindu detik kepada waktu
rindu hari kepada minggu
rindu bulan kepada malam
...rindu aku kepadaMu

rindu guru kepada bakti
rindu cendekia kepada ilmu
rindu kembarakepada destini
rindu mujahid kepada jihad
...rindu aku kepadaMu

rindu penyair kepada ilham
rindu lagu kepada irama
rindu tari kepada langkah
rindu pujangga kepada madah
...rindu aku kepadaMu

rindu insan kepada Tuhan
rindu hamba kepada tuan
rindu kekasih kepada kekasih
rindu perindu kepada pertemuan
...rindu aku kepadaMu

rindu aku kepadaMu alKhaliq!



Sumber: Koleksi peribadi




28/03/09

ANEKDOT 66...

JAM TANGAN

Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yang ramai tu ada seorang tua yang duduk di sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, sekarang pukul berapa?”

Org tua tersebut tidak menjawab. Saupi fikir, mungkin orang tua ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3X. Namun orang tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata.
Saupi dengan agak geram mencuit orang tua tersebut & berkata,“Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?”

Orang tua itu menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tak mau jawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab ttg perkara-perkara lain pulak. Akhirnya kita akan bertambah mesra.”

Saupi termangu mendengar kata2 orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, “Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?”
Orang tua itu menjwb, “Apabila kita bertambah mesra, nanti apabila dah sampai ke stesen, nanti kita akan turun bersama-sama. Saya nantinya pasti akan memperkenalkan kamu kepada anak gadis dan isteri saya yang datang menjemput saya.”

“Isteri saya orangnya baik sekali. Takut nanti dipelawanya kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi & berehat di rumah saya. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat dengan anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya,” katanya lagi.

Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, “Pakcik, apa hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama tadi?Saya cuma nak tahu sekarang ni pukul berapa?”

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang, “Masalahnya? Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SPT KAMU. JAM TANGAN PUN TAK DERRR!”

Addduuuhhhh, jauh sungguh pemikiran orang tua ni. Sungguh futuristik!



Nota hujung: Jam buatan Cina pun dah murah. Beli je lah...
Sumber: Cerita lawak dulu-dulu



27/03/09

ANEKDOT 65...

AMMA ANGKAT BAS?















Adam merupakan seorang pekerja di pejabat pos (pangkat tak tinggi laa)...
Adam berbual dengan seorang amma (perempuan india) yang baru bekerja sebagai pembersih pejabat di situ. Inilah perbualan mereka ...

Adam : Hello amma , amma baru kerja sini ka ?
Amma : ya ... mau cari makan untuk budak-budak ...

Adam : Owh .. amma naik apa datang sini ah ?
Amma : Amma ANGKAT BAS mali sini kerja ...

Adam : Owhh .. (sambil gelak sikit-sikit) suami amma kerja apa ?
Amma : Suami ka ? Suami kerja kilang jugak

Adam : Owhh ... suami amma pergi kerja dengan apa ?
Amma: Suami pulak ANGKAT MOTO pi kerja

Adam : Owhh .. kira amma lagi kuat daripada suami amma la ya ??
Saya banyak takut wow...
Amma : (Dalam hati) cilaka punya orang ... orang kata betoi2 punya .. dia main-main pulak .

Nota hujung : Angkat sama dengan ambil atau guna (bahasa pasar tau..)

Sumber : Lawak tentang bahasa



ANEKDOT 64...

BANGANG KOMP

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab".

Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."

"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."

"Hilang?"
"Ya, ia hilang."

"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."

"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."

"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"

"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"

"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ia tak memberi sebarang respon apabila saya taip."

"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"

"Ia adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ia berbentuk seperti TV.""Adakah ia mempunyai lampu kecil yang menyala apabila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."

"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari soket di mana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."

"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ia dipasangkanpada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."

"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."

"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."

"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya sama ada ia terpasangdengan ketat di belakang komputer anda."
"Alamak tak sampai laa."

"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk sama ada ia terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."

"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."

"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang sayaada adalah dari cahaya tingkap."

"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."

"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."

"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barangpembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."

"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda.Kemudian bungkuskan seperti semasa ia baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai tempat anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"

"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."



Nota hujung : Lawak yang pernah kubaca
Sumber: Cerita lawak komputer

24/03/09

SAJE JE...

KEPULANGAN

seekor rerama putih
hinggap di mejaku
menari-nari tika aku

mahu menangkapnya
ia terbang tanpa arah

kubiarkan ia berlalu
...
rerama putih kembali
hinggap di bahuku
bersama kepak

yang carik
dan kelabu
ia masih mahu terbang

biarpun kelesuan!





Nota hujung: Aku hanya menanti kau yang dulu
Sumber: Sajak koleksi peribadi



23/03/09

ANEKDOT 63...

RAHSIA AWET MUDA


Perbualan antara seorang perokok tegar dan pencinta nyawa.

A: Berapa umur sekarang? Abang nampak muda.
B: Terima kasih . Dah setengah abad. Berumur la tu...

A: Apa rahsia abang? Tak pun beri la petua kat saya ni.
B: Kalau tak nak tua senang je. Bukalah kilang. Jadi usahawan kecil.

A: Kilang? Usahawan kecil? Macam mana tu? (dengan rasa pelik)
B: Kan perokok ada kilang sendiri. Kilang tu berasap je setiap hari.
Tak perlu modal besarpun - buat dalam badan je. (sedikit menyindir)

A: Apa pulak kena mengena dengan tak tua ni? ( nada agak marah)
B: Kan perokok cepat sakit - cepat mati. Mati mudalah nanti. Taklah hidup sampai tua.

A: ?!?!




Nota hujung : Jangan merokok - kalau nak tua
Sumber : Cerita sang perokok

ANEKDOT 62...

HARI TAMBAH USIA 23 Mac ...
Hari paling suka
juga paling tak suka

tapi
dah buat seperti selalu
semua yang patut dapat
aku dah bagi hadiah


wbp
ada yang diberi hadiah
menolak


"ada apa-apa ke bagi ni"
(prejudis betul...)


"patutnya awak terima bukan memberi"
(tak apalah)


dah jadi amalan aku
apalah sangat
" 'kan aku tambah usia hari ni?"


Hajat hati nak bagi cuti pada semua
nak tambah gelar kat depan atau belakang
tapi semua tak mampu kulakukan
azamku...

cukuplah cakap banyak


aku...


Nak Jahit Mulut



20/03/09

ANEKDOT 61...

LUNTUR...

Seorang warga indonesia membeli kain pelikat di kedai pak Arab di Mekah. Pada kain itu ada tertulis DIJAMIN TIDAK LUNTUR.
Setelah membayar harga kain Indon tu balik ke hostel. Pada keesokannya si indon tu membasuh kain tu tapi tiba-tiba saja warnanya luntur.


Apalagi , si Indon tu pun dengan perasaan marah pergi semula ke kedai Arab tu.Yang bestnya Arab tu pandai cakap Melayu.
Indon tu pun komplen la sebab kat kain tu ada tertulis dijamin tidak luntur, pak arab tu pun kata...

“Ente orang indonesia baca dari kiri kekanan DIJAMIN TIDAK LUNTUR....tapi ana orang arab baca dari kanan ke kiri..LUNTUR TIDAK DIJAMIN...”

hahaha loyar buruk la pak arab tu...indon tu bengang laaa...



Nota hujung : Ini contoh bahasa untuk menipu

Sumber : Cerita lucu tentang bahasa

ANEKDOT 60...

Mengajar peribahasa memang menyeronokkan, apatah lagi kepada yang bukan penutur bahasa Melayu. Uniknya peribahasa kerana kita perlu memahami maksudnya berlatarbelakangkan budaya dan roh bahasanya. Sebilangan pelajar suka menterjemah peribahasa mengikut bahasa mereka sendiri - dengan alasan untuk memudahkan pemahaman.

Bacalah bagaimana berbezanya peribahasa apabila diterjemahkan kepada bahasa Inggeris.

ANEKDOT SEORANG BLOGGER DI LUAR NEGARA

Kelmarin aku mengajar mereka beberapa ungkapan simpulan bahasa yang mudah.. tapi yang kelakarnya - aku terjemahkan secara terus dalam Bahasa Inggeris..

'Chair leg' = Kaki Bangku

'Heavy Heart' = Berat Hati

'Round Heart' = Bulat Hati

'Stone Heart' = Hati Batu

'Big Heart' = Besar Hati

'Smelly Heart' = Busuk Hati

'Blind Heart' = Buta Hati

'Heavy Mouth' = Berat Mulut

'Heavy Bone' = Berat Tulang

'Light Bone' = Ringan Tulang

'Water Face' = Air Muka (Don't drop my water face okay... aku ajar mereka ayat ini)

'Fire Stone' = Batu Api

'Long Hand' = Panjang Tangan

Jenuh jugalah memberi penerangan setiap makna simpulan bahasa itu.. apabila diterjemahkan sebegitu rupa.. kelakar pun ada.. itu pun semasa sesi penerangan.. sebelum aku beri makna setiap simpulan bahasa.. seperti pesta kuiz pun ada.. mereka sibuk nak meneka makna setiap simpulan bahasa itu.. tapi malangnya... semua salah perhitungan- hehehhehehehe...

Selepas ini boleh kita terjemahkan semua simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris ya kawan-kawan...

Please don't drop my water face if you don't want my blood go upstair...
Jangan jatuhkan airmuka aku jika kamu tidak mahu darahku naik...

I'm not a chair leg person eventhou I'm so heavy heart to play cook-cook with you...
Aku bukannya seorang yang kaki bangku walaupun aku berat hati hendak bermain masak-masak dengan kamu

I already round heart with my decision to force Juliet buy me International fat rice with lots of dishes...
Aku telah pun bulat hati dengan keputusanku untuk memaksa Juliet membeliku nasi lemak antarabangsa dengan lauk-pauk yang banyak.


I know that Kak Pah would be big heart to cook me her delicious curry noodle... heheheh
Aku tahu Kak Pah berasa besar hati memasak untukku mee karinya yang sedap itu.

KTS is heavy bone to cook at home eventhou she lift up basket herself as light bone and always shy-shy cat to admit it... wakakakah
KTS seorang yang sungguh berat tulang untuk memasak di rumah walaupun dia angkat bakul dirinya sebagai ringan tulang dan selalu malu-malu kucing untuk membuat pengakuan itu.

Who ever feel small heart with some of the sentences above... I hope that you will be able to understand my sincere content heart and I will bring myself away in thousand steps.. run as fast as possible like injure cockroaches...
Sesiapa yang terasa kecil hati dengan sebahagian ayat di atas... Aku mengharapkan kamu dapat memahami isi hatiku yang ikhlas dan aku akan bawa diri jauh dengan langkah seribu... berlari sepantas mungkin seperti lipas kudung..


Nota hujung : Orang Melayu pun ada yang tak faham peribahasa
Sumber : Dari blog orang lain (Maaf... dah terlupa namamu)


18/03/09

NEGARAKU PERMAI

WARNA-WARNA BANDAR KUANTAN ...
(sebahagian daripadanya.)

Selamat Datang ke bandar Kuantan

Berjaya Megamall


Kompleks Teruntum (mercu tanda terawal )


TNB ( bangunan cermin)



Kampung Melayu Moden


Bangunan Biru Court Mammoth


Mahkota Square (melayu+omputih namanya)


Jambatan Tg Lumpur (penghubung jalan )


Mentari pagi di Teluk Chempedak


Bank di air?


Taman Kerang di kanvas



Nota hujung: Tinjau-tinjaulah bandar Kuantan


Sumber : Koleksi peribadi










13/03/09

ANEKDOT 59...


INTERVIU MASUK DALAM

Pada satu pagi , dua orang sahabat iaitu Ahmad dan Abu . Abu sedang bersiap-siap nak pergi interview berjalan kaki tapi Ahmad menegur Abu…

Ahmad: Abu
Abu: Apa?

Ahmad: Semalam kau kata kau ada interview hari ni.
Abu: Yelah, tengah siap-siap ni. Tak nampak ke?

Ahmad: Yelah, maksud aku takkan kau nak pergi interview berjalan kaki.
Abu: Semalam aku baca surat. Dalam surat tu ada tulis walk-in interview jadi aku kena jalan kaki lah.

Ahmad : (dalam hati) bodohnya kawan aku sorang ni.


Nota hujung : Apa istilah melayunya yang sesuai.

Sumber : Penemuduga

KEBITARAAN SMART 2...spm 2008

PENCAPAIAN : LULUS 100%
SEMUA A : 20 orang pelajar

PENCAPAIAN BAHASA MELAYU:
Bil calon :161
Bil skor A : 155
Bil skor B3 : 6















Nota hujung : Inilah bukti usaha anda semua






12/03/09

ANEKDOT 58...

Keputusan peperiksaan SPM baru saja diumumkan. Ada kalangan pelajar yang kurang senang ditanya tentang pencapaian mereka - apatah lagi yang tidak menemui sasaran. Mungkin ini jawapan pelajar apabila ditanya tentang keputusan peperiksaan mereka:

Soalan: Bagaimana pencapaian SPM kamu?

Jawapan pelajar:

1. Yang banyak E: Entah, tak payah taulah.
2. Yang banyak D: Dapatlah...kenapa nak tahu?
3. Yang banyak C : Cukuplah...boleh mohon kolej.
4. Yang banyak B : Bolehlah... (cuba merendah diri)
5. Yang banyak A : (nada tak mahu berlagak) Adalaa...nak belanja ke?

Nota hujung : Selamat datang ke dunia realiti, anak didikku.
Sumber : Sembang-sembang dengan pelajar

11/03/09

KEBITARAAN SMART



Kepada semua pelajar SPM SMART 2008...



Selamat Memijak Pentas

Kecemerlangan, Kebestarian dan Kebitaraan SMART


pada 12 Mac 2009



Masa depan anda bermula di sini. Sematkan nama SMART di hati
walaupun setelah menjadi
orang.


S Y A B A S...!!!



9/03/09

ANEKDOT 57...

BAHASA ORANG MELAYU( mengikut zaman)

Zaman Melayu Melaka
“Tuan hamba, izinkan hamba duduk di sebelah tuan hamba.”

Zaman Penjajahan British
“E'zenken hemba duduk s'bleh.”

Zaman Ubi Kayu (Jepun)
“Bagero! Bagi watashi dudut wo!”

Zaman P.Ramlee
“Izinkanlah saya yang hina dina ini duduk di sebelah tuan.”

Zaman Disko
(tangan tunjuk ke langit)uh uh uh uh, bagi uh uh uh uh aku uh uh uh uh duduk uh uh uh sebelah kau

Zaman Rock
“YEAH YEAH! ROCK! BAGI AKU DUDUK SEBELAH KAU LAH WOI.”

Zaman Hiphop
“Yo yo yo, bagi duduk sebelah yo.”

Zaman Sekarang (kurang adab)
(terus duduk tanpa cakap apa-apa)

Nota hujung : Jadi Mat Skema ke kalau beradab?
Sumber : Adab Melayu – sebuah anekdot




7/03/09

ANEKDOT 56...

PEREMPUAN

Kelembutan pada perempuan
bak kapas-kapas
penutup luka

Kecantikan pada perempuan
bak cahaya tajam
menikam mata

Keghairahan pada perempuan
bak sembilu bisa
menggores jiwa

Perempuan...
kecantikanmu
membunuh kasihku

dan
kepada kekasih, kalau ada
terimalah sebuah penyeksaan.





(milik siapakah wajah ini?)


Nota hujung: Lidah kelu untuk berkata...

Sumber : Sajak jiwang koleksi Mat Jiwang-jiwang



ANEKDOT 55...

AMBIGUITI BAHASA PEREMPUAN

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata: Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi: - kereta abang kene tarik ke...?- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"


Nota hujung : Cubalah pula fahami jiwa perempuan

Sumber : Emel kawan-kawan

6/03/09

saje-saje je...

REFLEKSI


Tiba-tiba debu itu mati di hujung jari
telapak kaki. Rezeki tidak lagi kemari
bala dan noda menari-nari di antara mentari
dan bulan. Kita sehari-hari
semakin alpa. Setiap detik mengira-ngirai
untung di hujung jari. Kemanusiaan kini
semakin menemui hari mati.


SATU RASA SUATU KETIKA

Getar apakah yang sedang melanda
di dada ini. Gempitanya menyesak
r u a n g .
Ombak gelombang menggegar mencari
pantaimu di mana. Di mana kau waktu ini.
Hadirlah berdayung rasai gegar ombak
Mari kita titi bebuih ini sebagai hamparan
Peraduan malam
kerana kita menjadi pakaian
sesama kita.


Nota hujung : Inilah puisiku
Sumber : Koleksi puisi peribadi

ANEKDOT 54...

AMBIGUITI BAHASA LELAKI

SITUA SI 1

Seorang lelaki yang agak berusia berbual dengan seorang gadis manis di sebuah kopitiam.

“Dah sedia jadi menantu?”
“Menantu Encik Atan ke? Dah ada anak besar rupanya.”

“Tak...bukan menantu saya. Saya tak ada anak besar.”
“Dah tu...menantu siapa?”

“Menantu mak sayalah!”
“?!?!”


SITUA SI 2

Perbualan antara seorang lelaki yang telah berkahwin dengan teman wanita yang baru dikenalinya. Mereka berkenalan melalui internet. Kawan siberlah katakan. Ini merupakan dialog semasa kali pertama pertemuan empat mata antara mereka berdua.

“ Berapa usia abang sekarang?”
“Cubalah teka.”

“Nak kata muda belia, taklah sangat. Tua pun tidaklah juga.”

“ Nampak matang. 35 tahun kot, tak gitu?”
“ Ya, memang betullah tu. Pandai pun...”

“Abang dah kahwin?”
“Eh, belum! Abang belum kahwin lagi...” “Anak pun baru dua!”
(Dalam fikirannya - "Belum kahwin dah ada anak?")


SITUA SI 3

Seorang gadis andalusia bertanya kepada seorang rakan pejabatnya tentang lelaki-lelaki di pejabatnya.

“ Muda-muda belaka staf kat sini – masih bujang ke mereka ni?”
Oh, memang pun. Rata-rata umur mereka ni 27 tahun.” “ Semuanya masih bujang – bujang tiga!”
“?!?!”



Nota hujung : Cuba-cubalah fahamkan bahasa lelaki – jangan terkena!

Sumber : Borak-borak kopitiam.



4/03/09

ANEKDOT 53...

MELAYU mengata MELAYU

(Sajak asal oleh Sdr Pyanhabib)

Aku bahagia kerana aku masih Melayu
walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!"
Melayu kata "Melayu kecoh!"
"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu malas!"
Melayu kata "Melayu mulas!"
"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu kecut!"
Melayu kata "Melayu takut!"
"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu belut!"
Melayu kata "Melayu belot!"
"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu kasap!"
Melayu kata "Melayu lesap!"
"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu tongong!"
Melayu kata "Melayu bingung!"

"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu serong!"
Melayu kata "Melayu jerung!"

"biarkan... biarkan..."

Melayu kata "Melayu sombong!"
Melayu kata "Melayu murung!"

"biarkan... biarkan..."


Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Nota hujung: Hanya Melayu yang suka mengutuk bangsanya sendiri
(tunggu saja setiap kali ada persidangan pemimpin Melayu)
Sumber : blog Cgu RazakJB

3/03/09


ANEKDOT 52...

KELIRU...KELIRU...KELIRU...

Tahukah anda banyak berlaku salah faham dalam sosio-budaya orang Melayu. Ada ketikanya kita hanya menjadi Pak Turut tanpa memahami asal usul sesuatu perkara: Sebagai contoh:

1. Orang Melayu dikatakan berkulit sawo matang:
Sawo bermaksud buah ciku. Matang pula bermaksud telah cukup masak. Perbandingannya, kulit orang Melayu disamakan dengan warna buah ciku yang telah masak. Kenapa?

2. Kisah percintaan klasik antara Laila dan Majnun.
Laila tidak pernah bercinta dengan Majnun tetapi dengan Qais. Dalam bahasa Arab, majnun bermaksud gila. Kisah itu sebenarnya tentang Laila yang Gila akibat cinta yang tak kesampaian.

3. Pantun dalam lagu Joget Pahang
Dari Melaka ke negeri Pahang,
Singgah di Johor beli berangan;
Hambalah ini daganglah merantau,
Apa yang kurang dicaci jangan.

Sebenarnya bukan Singgah di Johor beli berangan, tetapi Singgah di Johol beli berangan. Johol berada di sempadan antara Pahang dan Melaka. Kurang logik sekiranya orang Melaka melalui Johor untuk pergi ke Pahang sedangkan Johol lebih dekat.

4. Peribahasa "melepaskan batuk di tangga."
Logikkah anda ke rumah orang dengan batuk-batuk? Bukankah batuk ini penyakit? Budaya Melayu melarang kita ke rumah orang dalam keadaan tidak sihat.
Peribahasa sebenarnya ialah "melepaskan batok ditangga." Batok ialah penceduk air yang diperbuat daripada tempurung, diletakkan di tepi tangga di dalam tempayan air untuk membasuh kaki. Batok dicampakkan sahaja ke dalam tempayan selepas digunakan. Inilah b udaya Melayu...
(lihat gambar di bawah)


(batok dan tempayan bekas air)



PERIBAHASA HAIWAN



Nota hujung: Rajin-rajinlah buat kajian sosio-linguistik Melayu.

Sumber: Sembang-sembang dengan munsyi

1/03/09

ANEKDOT 51...

A tribute to Defense Forces of Malaysia

Your alarm goes off; you hit the snooze and sleep for another 10 minutes
He stays up for days on end

You take a warm shower to help you wake up
He goes days or weeks without running water

You complain of a 'headache', and call in sick
He gets shot at as others are hit, and keeps moving forward

You talk trash about your 'buddies' that aren't with you
He knows he may not see some of his buddies again

You complain about how hot it is
He wears his heavy gear, not daring to take off his helmet to wipe his brow

You go out to lunch, and complain because the restaurant got your order
wrong
He doesn't get to eat today

Your wife/mother/ maid makes your bed and washes your clothes
He wears the same things for weeks, but makes sure his weapons are clean

You go to the mall and get your hair redone
He doesn't have time to brush his teeth today

You're angry because your class ran 5 minutes over
He's told he will be held over an extra 2 months

You call your girlfriend and set a date for today
He waits for the mail to see if there is a letter from home

You hug and kiss your girlfriend, like you do everyday
He holds his letter close and smells his love's perfume

You roll your eyes as a baby cries
He gets a letter with pictures of his new child, and wonders if they'll ever meet

You hear the jokes about the war, and make fun of men like him
He hears the gunfire, bombs and screams of the wounded - and of the innocents who have no one to stand up for them

You see only what the media wants you to see
He sees the broken bodies lying around him

You stay at home and watch TV
He takes whatever time he is given to call, write home, sleep, and eat

You crawl into your soft bed, with down pillows, and get comfortable
He crawls under a tank for shade and a 5 minute nap, only to be awakened by gunfire

You sit there and judge him, saying the world is probably a worse place
Because of men like him

If only there were more men like him!




Nota hujung: Sempena Hari Angkatan Tentera

Sumber: emel