11/08/10

ANEKDOT 169: CATATAN ORANG SASAU

Nak Minta Tolong...

Ada tak sesiapa yang terjumpa anak kunci saya. Saya telah kehilangannya beberapa hari lalu.
Rupa kunci tu seperti ini. Cantik - sepadan letaknya di dalam hati. Sudah lama kunci itu berada di situ. Tiba-tiba saja ia hilang...



Hati ini tiba-tiba kosong. Terbelah dua - broken-hearted! Di mana kau kunci? Siapa yang memegang kunciku ini. Tolonglah kembali...bukakan hatiku kembali. Kau simpanlah anak kunci tu tapi bukakanlah hatiku ini terlebih dahulu. Biar nampak sepadan kuncimu di dalam hatiku.

(tengoklah hatiku tanpa kunci)

Semalam aku jalan-jalan ke blog orang lain. Dah lelah mencari...akhirnya...haaa, dah jumpa! Mungkinkah ini kunci yang boleh membuka hatiku...dan terus kekal di situ? Nampak macam sama, sepadan. Bolehkah anak kunci tu masuk ke tempat lekukan kunci tu?
( boleh gunakah kunci ni?)



Nota hujung: Kau kunci aku hati...bila bertemu?
Sumber: Catatan kertas pada dinding

9/08/10

ANEKDOT 168 - KAU YANG KUPANGGIL SAYANG

(Sayang cinta monyet)

Setelah beberapa lama berbual dengan seorang kawan yang telah lama berkahwin tiba-tiba terpacul soalan begini.

"Min, apa panggilan yang sesuai untuk buah hati setelah kami berumah tangga nanti?"
"Panggillah apa saja yang sesuai...sebagai tanda kasih sayang dan menghormatinya sebagai isteri."
"Susah juga tau...sebab aku nak panggilan ni berkekalan. Apa pendapat kau panggilan yang sesuai?"
"Aku ada kisah kawan lama aku yang berkahwin atas pilihan ibu bapa mereka. Begini kisahnya..."

Ajis menjemput kawan-kawannya untuk makan malam di rumahnya. Aku mendengar dia memanggil isterinya...sekejap Sayang...sekejap Darling...aku pun terus menegurnya.

"Wah, hebatlah kau! Walaupun dah berpuluh tahun kawin panggilan Sayang tu masih berkekalan. Masih hangat macam orang bercintalah kau Ajis."

Ajis menarik aku ke tepi.

"Sebenarnya... aku terlupa nama betulnya...Nak tanya bimbang pulak dia kecil hati...merajuk!"

"Ooo, panggilan ni sebagai penyelamat la ya...?"

"Heheheheh..."

Sumber: Kisah kawanku
Nota hujung: Hanya kau yang kupanggil Sayang.

2/08/10

ANEKDOT 167- MENDEFINISI "KASIH SAYANG"

(namunku punya hati...)


Perbualan kami tiba-tiba terhenti sebaik saja dia menabrak soalan begitu kepadaku.
Aku tak mahu menjawab. Soalannya masih lagi bertalu-talu ke gegendang telingaku. Aku tak mahu terjebak dengan permainan bahasanya lagi...

"Apa yang kau faham dengan kasih sayang" (...buka sajalah Kamus Dewan)
"Di mana dapat dicari kasih sayang sejati?(...bolehkah dicari di mana-mana?)
"Bagaimana kau meluahkan perasaan kasih sayang."(...dah tiada lagi untuk diluahkan)
"Mengapa kau sudah tidak mahu lagi memberi kasih sayang.?(...jgn kau menghukum aku)
...dan banyak lagi yang aku dah tak berapa ingat susunan ayatnya.

Aku hanya terus mendengar - kerana menghargai persahabatan yang telah lama terjalin ini. (wp aku mula meloya dengan bualan begini)

Akhirnya dia menanyai pendapat aku tentang kasih sayang orang berkahwin.

"Mengapa seorang isteri boleh mengasihi suaminya lebih daripada suami menyayangi isterinya."

Soalan ini tidak adil. Mana mungkin kasih sayang boleh diukur atau disukat...

Aku terpanggil untuk menjawab.

"Dia seorang isteri yang tidak ikhlas. Kasih dan sayang bukan untuk disukat tetapi dirasai."
"Dia pasti akan dapat merasai kasih sayang suaminya kalau perasaan ikhlas itu datang dari lubuk hatinya yang dalam." kataku penuh yakin.

"Aaa, akhirnya kau bersuara! Cepat-cepat tentukan pasangan - pergi kahwin!" katanya dengan ketawa yang sinis.
"Kasih sayang masih ada di dalam hati kau. Akuilah!!!" Dia tersenyum puas.

Terkena lagi aku dengan mainannya. Memang licik permainan ibu muda anak dua ini.

Akhirnya dia diam - keseronokan. Aku jadi bisu.


Sumber: Cerita kawanku
Nota hujung: Di mana kasih sayangku?

DEN DAH KEMBALI...

Saya dah kembali...(macamlah ada banyak orang membaca)...
Cuti yang panjang diisi dengan kesibukan kerja.