KUL IT ...OH, KULIT
Kulitku kulitmu sama hitam...
Rambutmu rambutku
juga hitam
(kata lagu)
Aku memang tak faham
mengapa ...mengapa... ya mengapa
Orang Cina yang selalunya berkulit cerah
dikatakan berkulit
KUNING LANGSAT.
Orang India pula selalunya berkulit gelap
dipanggil hitam-hitam
SI TAMPUK MANGGIS.
Kedua-duanya dianalogikan dengan buah.
tapi
Aku ni orang Melayu...
Ya, melayu jati
Mengapa kulit aku dibandingkan dengan kulit ular?
bukan aku sahaja...semua orang Melayu
yang berkulit tidak seperti Cina, tidak sama dengan orang India
dianalogikan dengan ular.!!!
memang aku tak faham
TIDAK???
YA...
TIDAK!!!
habis tu...kenapa disamakan dengan ular yang matang?
atau ular dari Matang, Perak?
Orang Melayu biasanya berkulit
SAWO MATANG
(TENGOK NI... tercatat dalam buku sejarah)
Gulp!!!
Hei, SAWO MATANG tu buahlah.
bukan ular sawa
Tak pernah dengar nama buah ni... spesis baru ya...?
Bukanlah...buah sawo tu samalah dengan buah CIKU.!!!
SAWO MATANG tu maknanya ciku yang masak!!!
oooooo, ye ka?
Kulit orang Melayu kebiasaannya berwarna
SAWO MATANG
(pergilah gugel, tengok warna ciku masak)
(yang mana tona kulitmu, Melayu)
Sama kan dengan kulit kau.
Tapikan kita orang Malaysia, tak kisah itu semua.
Warna kulit je yang berbeza.
Kata Susan Lankaster:
"...Putih ke... hitam ke... hijau ke...biiiruuu ke...
kitakan orang Malaysia, "
(Filem Mekanik)
Nota hujung: Mak aku kata kulitku hitam macam bontot kuali.
Sumber: Soalan pelajarku...
4 ulasan:
Ape kaler skalipun,kite 1Malaysia.....ihiks.
AG...
Yeay, 1Malaysia...!!!
Ambil yg satu kongsi satu negara...
den suko makan buah sawo yang dah matang ni...
.
.
.
.
errr...patutla!
patutla kaler kulit den mcm kaler kulit sawo yang dah matang ni...
.
.
nak makan sawo yang tak matang laaa pas ni... biar cerah skit kaler kulit ..
:D
ekao suko dak sawo ni??
ktsku...
Kulit ekao manolah pulak sawo matang...
Ekao kan Siam...
kulit kuning langsatlaaa!!!
Cubo kau bayangkan...
"tampuk manggis ngan langsat"
dalam kuali...
Catat Ulasan