29/10/09

ANEKDOT 142.......SELAMAT TINGGAL

Entri kali ini mungkin yang terakhir untuk tahun ini. Pemilik blog ini akan berhenti menulis di ruang maya ini untuk seketika dan Insya-Allah akan menyambung semula setelah kembali dari pada bercuti menulis.

Kepada semua pembaca laman ini, rakan-rakan blog, dan anak didik saya, berbanyak terima kasih kerana sudi berkunjung ke ruang ni. Tidak lupa juga saya memohon ampun dan seribu kemaafan andainya penulisan di blog dan juga komen yang ditulis menyinggung perasaan. Saya akan meninggalkan tanah air mulai 31 Oktober 2009 sehingga 25 Disember 2009 setelah menerima undangan untuk berkunjung ke sini. Amin...



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Doakan pemergian dan kepulangan saya dalam keadaan yang selamat dan sentiasa diberkati Ilahi.

24/10/09

ANEKDOT 141...RAGAM PENGGUNA BAHASAKU

Ada pelbagai cara bahasa digunakan untuk menarik perhatian. Bahasa yang salah juga adakalanya dapat menarik perhatian - bukan hanya kerana kesalahannya tetapi juga maksud di sebaliknya.
Fikirkanlah maksud yang hendak disampaikan oleh penulis ini.


keropok rebus dan keropok batang


" Chartered Bus" dimelayukan

dapat kesan kesilapannya?
Nota hujung: Enam tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah - gagal!!!
Sumber: Sekitar bandar Kuantan

16/10/09

ANEKDOT 140...MOMENTO "BUAT MENYAPU SI AIR MATA"

MENITIP KASIH

Satu pagi, selepas mengendalikan perhimpunan pagi, pembantu pejabat menghampiri saya dan berkata, "Cikgu, parcel majalah tu dah sampai..."
Saya sedang menantikan draf majalah sekolah daripada sebuah syarikat percetakan di Taiping. Urusan begini biasanya berterusan sepanjang tahun - tetapi kali ini setelah melihat bungkusan yang diterima nampak berbeza sedikit. Pelik...!
Setelah meneliti alamat pengirim, ternyata berbeza...siapa pula pengirimnya?

Secara cermat, bungkusan itu dibuka. Selepas balutan pertama dibuka, ada satu lagi bungkusan plastik di dalamnya. Sekali lagi di buka. Setelah lapisan kedua dibuka, terserlah sebuah beg bewarna perak, diikat rapi. Memang hebat citarasa pengirimnya! Beg perak dibuka, sekeping kad "beige" terjatuh ke meja. Inilah yang tertulis...

Pada kad kecil tercatat ungkapan pendek beserta nama pengirim di bawahnya.
Menarik - "...sesuatu yang tak disangka..."
Sanggup bersusah payah menghantar buah tangan ini.


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Inilah hadiah eksklusif daripada 'blogger' yang merendah dirinya tak sempurna.
Momento ini pasti dapat membebat luka di hati kerana air mataku sudah tiada lagi ...

T.E.R.I.M.A. K.A.S.I.H...
-kau dalam doaku

15/10/09

ANEKDOT 139... BAHASA TERBALIK BAGI YANG SUSAH NAK FAHAM BAHASA BENAR


BAHASA UNDANG-UNDANG TERBALIK

Orang pada era sekarang semuanya keras kepala (tak la sampai ke semuanya sekali), Statistik kemalangan semasas Ops statik sentiasa meningkat . Mereka ini menyukai undang-undang yang di buat sendiri sampaikan undang-undang yang kerajaan buat mereka tidak mahu patuhi. Pihak kerajaan memikirkan cara nak menyelesaikan masalah ini, akhirnya keputusan pun di buat.

Undang-undang bertulis yang di tukarkan:

1. Dilarang Merokok - Silakan Merokok
2. Kanak-Kanak Melintas Di Hadapan - Langgarlah Kanak-Kanak Di Penjarakan
3. Jangan Bunyikan Hon Di Kawasan Hospital - Nak Bunyikan Hon Ke Nak Masuk Hospital
4. Topi Keledar Dilarang Masuk - Topi Keledar Nak MAsuk Boleh, Kalau Nak Hilang Kepala
5. Jurujual Dilarang Masuk - Jurujual Silakan Masuk, Jurubeli Menantikan Beg Penumbuk
6. Arak Haram bagi Orang Yang Beragama Islam- Minumlah Arak Neraka Menanti, Syurga Di Jauhi
7. Dilarang menceroboh, Penceroboh Akan Di Dakwa - Pencereboh Akan Di Beri Hadiah Peluru Berdas-Das, Pencereboh Akan Dihospitalkan
8. Dekati Dadah Punca Keluarga Menderita - Gunakan Dadah Punca Keluarga Bahagia
9. Dilarang Memotong - Silakan Memotong
10. Motosikal Sahaja - Kenderaan Lain Boleh Masuk Tapi Muat Ke, Fikir-Fikirkanlah
11. Staff Sahaja (Parkir) - Selain Staf Boleh Parkir Tapi Bayar Yuran Murah Sahaja
12. Berhenti - Bergerak, Kalau Anda Buta
13. Beri Laluan - Tidak Beri Laluan, Akan Menginap Di Sebuah Hotel Perkuburan
14. Dilarang Masuk - Silakan Masuk Jangan Harap Boleh Keluar
15. Binatang Melintas - Langgar Sahaja Binatang Itu
16. Gunakan Lintasan Zebra - Kalau Anda Tak Guna Anda Memang Zebra
17. Awas Selekoh Di Hadapan - Langgar Selekoh Rezeki Mekanik
18. Had Laju - Pandulah Laju Selaju-lajunya Ikut Suka Anda
19. Patuhi Lampu Isyarat - Langgar Lampu Isyarat, Biar Tiada Langsung Lampu Isyarat
20. Masa Melawat - Ikut Suka Hati Kalau Rasa Hospital Ini Nenak Moyang Anda Punya
21. Saman - Anda Sudah Lali Dengan Saman, Apa Kata Kita Tukar Saman Dengan Hukaman Gantung Sampai Mati?
22. Teksi Dan Bas Sahaja - Teksi dan Bas Dibenarkan Melanggar Kenderaan Yang Tidak Berkenaan Di Kawasan Itu
23. Jalan Mati - Kalau Jalan, Hidup Anda Mati
24. Dilarang Meletakkan Kenderaan - Silalah Meletakkan Kenderaan Atau Kenderaan Anda Di Musnahkan
25. Dilarang Membuang Sampah - Dibenarkan Buang Sampah, Rakyat Hidup Aman Dengan Sampah Lagi-lagi Sampah Masyarakat

Nota hujung: ada sesiapa nak tambah lagi?
Sumber: Catatan Pak Lawak

9/10/09

ANEKDOT 138...WAH, MERIAHNYA BAHASAKU!!!

(keserabutan bahasa tanda)


BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

Seperti bangsanya bahasa Melayu amat mesra dengan alam dan persekitarannya. Sebagai bahasa yang sentiasa 'bernyawa' bahasa Melayu mengalami perubahan demi perubahan. Adalanya bahasa ini menimbulkan lelucon yang menarik, adakalanya juga bahasa Melayu berubah mengikut watak penuturnya.

Lihatlah perubahan dalam percakapan Melayu hari ini...

Bahagian A : Cara percakapan semasa zaman di-Raja.

Bahagian B : Zaman sekarang dan

Bahagian C : Cara perbualan remaja zaman sekarang.

1.

(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb!

2.

(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babi punyer budak!

3

(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba.. akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
(C) Beb....wa takmau jiwang-jiwang sama lu...tapi wa sudah cinta rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan.

4

(A) Seyogia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan Syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

5

(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekalian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.

6.

(A)Barangsiapa yang telah tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda....jangan memain ngan aku hah!

7.

(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siol!


Nota hujung: Bagaimana laras bahasa pada masa hadapan pulak, agaknya.
Sumber: Artikel ini cuplikan daripada 'Corat-coret tentang bahasa

2/10/09

ANEKDOT 137...SATU KETIKA DI RUMAH TERBUKA (selepas Hari Raya) 2


BABAK DUA:

DUIT RAYA

C: Inilah satu benda lagi yang aku tak berkenan.
D: Apa pulaknya...?
C: Bagi duit raya...
D: Ini kan amalan yang baik. Bersedekah!!!

C: Niat memang murni pada awalnya. Tapi, dah jadi lain pula sekarang.
D: Kita sedang melatih anak-anak kita menjadi peminta-minta.
C: Kenapa kau kata begitu?
D: Budak-budak sekarang bukan datang beraya nak merapatkan silaturrahim.
Tapi nak minta duit raya.

C: Pemberian duit tu kan menceriakan hari raya.
D: Bukan hari raya yang ceria, budak-budak tu. Makan dihidang- disuruh makan tak mau, disuruh minum tak mau. Dah tu, nak apa? “Nak duit raya bang....”
Membazir makanan aku.
C: Habis tu, kau bagi tak?

D: Demi menjaga harga diri, aku bagilah. Tapi ada jugak yang kaki komplen
– “ala singgit? Kedekutla abang ni...”
Mau aku tak hangin...
C: Apa kau nak buat kes duit raya ni?
D: Tahun depan aku nak batalkan pemberian duit raya. Nak bagi gula-gula je...Hmm, boleh kan? Lagipun duit raya ni, kan budaya orang lain.

Nota hujung: Nak duit raya, datanglah ke rumah.
Sumber: Sembang-sembang raya.

1/10/09

ANEKDOT 136...SATU KETIKA DI RUMAH TERBUKA (selepas Hari Raya)


BABAK SATU


Tiba-tiba seorang rakan berkata


A: Orang kita sekarang dah salah faham konsep rumah terbuka yang sebenarnya.
B: Kenapa pulak kau kata begitu?
A: Aku tak setuju dengan fahaman rumah terbuka sesetengah orang ni.
B: Kenapa kau ni? Cuba bagi aku faham. Nampak macam marah je.


A: Rumah terbuka yang sebenarnya, yang menjadi amalan sejak dulu, yang menjadi amalan orang Melayu, yang telah disalahfahami masyarakat kini – bukan seperti amalan sekarang…
B: Cepatlah terangkan…banyaknya mukadimah la kau ni.!
A: Begini: Rumah terbuka hari raya hanyalah untuk orang yang kita kenal – pertamanya; saudara-mara kita, kaum kerabat kita, ipar-duai kita. Kemudian diikuti oleh jiran-jiran kita, orang sekampung (satu taman perumahan pun boleh juga) dengan kita…
B: Itu je? Keciknya ruang lingkup kau ni.


A: Nanti, ada lagi…kawan-kawan sepejabat, rakan kerja, orang yang selalu berurusan dengan kita. Pendek kata, semua orang yang kita kenal atau yang ahli keluarga kita kenal.
B: Ooo. Dah tu macam mana nak rapatkan hubungan silaturahim dengan orang lain.
A: Yang tak kenal kena tunggu dulu. Dah kenal baru boleh datang. Aku tak nak yang datang tu, datang buat tinjauan, nak riki-riki dulu, pas tu boleh datang merompak pulak. Kau nak? Ini yang orang dah salah faham. Tak kenal batang hidung pun nak datang beraya kat rumah aku.
B: Dah tu, pak menteri kata buat rumah terbuka, kita ikut je laa.


A: Pak Menteri sarankan saja. Dia orang tak buat rumah terbuka kat rumah sendiri pon, tp kat dewan milik kerajaan. Bolehlah jemput semua orang datang... kalau rumah terbuka kat rumah sendiri, Pak Menteri jemput kenalan-kenalannya sahaja. Mana pernah ada jemputan secara terbuka kat rumah milik mereka sendiri.
B: Ooo, patutlah aku tak pernah dijemput ke rumah YB tu setiap kali hari raya. Selalunya aku pergi kat dewan orang ramai tu lah...nak cari duit raya!!!


Nota hujung: Tunggu sekualnya...
Sumber: Sembang-sembang selepas raya