31/05/10

PENYENDAL

'Saya ingatkan kalian, mengenai bahaya membuat andaian, kerana membuat andaian itu adalah pasukan iblis" pepatah Arab.

30/05/10

ANEKDOT 162: MENTAFSIR MAKSUD "CHAMELEON @ SESUMPAH

(Sesumpah yang tak boleh menyumpah orang)


KARMA CHAMELEON – NYANYI BOY GEORGE

Dulu ada satu lagu merdu nyanyian Boy George yang berjudul "Karma Chameleon" - lagu hit yang menaikkan nama penyanyi pondan ini seantero dunia. Tetapi ini bukan kisah Boy George tu...

“ Saya bukan munafik...sampai hati kata saya macam tu.”

“Kenapa ni? Saya tak faham...”

“Saya dah tengok internet...sesumpah tu maknanya orang yang munafik. Orang yang suka menipu, berbohong...sampai hati kata saya macam tu...”

“Sesumpah tu kan sama makna dengan chameleon. Dah rujuk en. wikipedia? Rujuk je , lepas tu tafsirkan maksud chameleon tu dengan sifat kita...”

“Dah... orang yang hipokrit,”

Tak apalah, biar saya jelaskan.”

Satu:

Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seperti cicak yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekitarnya demi keselamatan dan kepentingannya. Binatang sesumpah ini sebenarnya tidaklah boleh melakukan “sumpah” terhadap mana-mana binatang atau manusia lain walaupun namanya hampir sama dengan perkataan “sumpah”.

Dua:

Some chameleon species are able to change their skin colors. Different chameleon species are able to change different colors which can include pink, blue, red, orange, green, black, brown, light blue, yellow and turquoise. Some varieties of chameleon - such as the Smith’s dwarf chameleon - use their color-changing ability to blend in with their surroundings, as an effective form of camouflage.

Tiga:

Selain boleh bertukar warna, sesumpah @ chameleon mempunyai lidah yang panjang. Lidah yang panjang ini memudahkah sesumpah untuk mendapatkan serangga sebagai makanan. Paling menarik tentang lidah si sesumpah ini ialah tindak balasnya. Kepantasan reaksi lidah ini mendahului otaknya – lidahnya bergerak lebih pantas daripada otaknya berfikir...

Bagaimana kaitkan dengan sifat manusia secara positifnya...

Sifat sesumpah yang pintar menukar warna badan mengikut keadaan melambangkan sifat manusia yang pandai menyesuaikan diri dengan suasana atau keadaan. Manusia seperti ini sudah tentu dapat melalui kehidupan dengan mudah – bijak menyesuaikan diri serta mempengaruhi orang lain. Selain itu mereka bijak menggunakan lidah (bercakap) - sudah pasti mereka dapat meyakinkan orang lain kerana kepetahan bercakap. Bukankah dunia hari lebih percaya kepada orang yang pandai bercakap...

Sebaliknya...

Jika ditafsir secara negatifnya, sesumpah bermaksud orang yang tidak ada jati diri. Suka berubah-ubah dan suka mengambil kesempatan dengan situasi yang dihadapi – berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sesumpah tidak menonjolkan diri tetapi selalu berselindung mengikut situasi. Sifat kepantasan lidahnya seolah-olah sifat manusia yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Sesumpah bertindak tanpa berfikir sama seperti manusia yang bercakap dan berjanji tanpa berfikir akibatnya.

Nota hujung: Anda nak jadi sesumpah?- Apa tafsiran anda?

Sumber : En. Wikipedia dan blog rakan-rakan.

27/05/10

ANEKDOT 161: ABJAD BAHASA

(Buku rujukan ni Karya GC Azizul Rahman Abdul Rahman dan Saleeh Rahmat)


GILA-GILA BAHASA

Sekarang musim peperiksaan di kebanyakan sekolah. Sekolah kami tidak terkecuali. Sewaktu mengawasi peperiksaan, seorang guru terjumpa catatan @ graffiti yang di tinggalkan pelajar. Menarik dan kreatif. (Ditulis mengikut susunan abjad).
Kalaulah frasa ini digunakan dalam penulisan karangan pastinya menjentik minda pemeriksa.
(Kata pelajar "Bukan saya yang tulis, saya hanya menyalin dan menyusun frasa yang biasanya terdapat di dalam buku rujukan”)

Aku bermonolog sendiri antara hati dengan perasaan. Batas kesabaran juga amat terhad dan minimum. Cahaya merah langit pudar dan mula bertaut dengan kegelapan. Dadaku seolah-olah akan pecah menampung pertanyaanmu. Engkau tidak pernah luput daripada ingatan…

Fikiranku terasa sendat oleh aneka kenangan yang membosankan. Gelora perasaan kian berkecamuk. Hanya Tuhan mengetahui gelombang perasaanku…

Inilah tempat yang penuh pesona...

Jiwaku menggelegak hangat. Kini bergelut dengan pertanyaan yang tiada penghuninya. Lalu kupotong saja lamunannya.


Maafkan aku jika coretan ini mengembalikan semula jalur hitam”. Ngilu aku mengingatkan cerita ini.

Otak pula berpusing-pusing memikirkan seribu satu aral. Purnama Disember sudah lama mengucapkan salam permisi. Rindunya mengalir menjadi arus gelisah.

Sekonyong-konyong keriuhan menyinggahi telinga. Telingaku mengesan sindiran di hujung ayat itu. Ungkapannya itu rasanya memukul jantungku. Varian sudah tidak ada makna lagi. Wajahku merona merah. Yang aku mahu ialah setetes penghargaan.


ZZZZZZzzzzzzzz.



Nota hujung:Ini kes gila-gila bahasa kerana tak menjawab soalan peperiksaan.
Sumber: Bunga-bunga bahasa dalam penulisan

26/05/10

ANEKDOT 160: SURAT


Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.

Ayah,

Saya berasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya rasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam daripada anakanda,

Sarip.

P/s:

Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat daripada ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"


Nota hujung:Untuk sama-sama difikirkan.
Sumber: Emel

24/05/10

ANEKDOT 159: BAHASA DIAM TANDA SETUJU...?


BAHASA DIAM – MOGOK SUARA

Dia mundar- mandir di hadapanku. Raut wajahnya resah – mungkin sedang berfikir. Sesekali aku melihat tingkahnya yang tidak duduk diam. Bagai kucing keresahan mencari tempat empuk untuk beranak. Keresahannya menggangguku.

“Duduk, duduk di sini,” kataku.
Diam.

“Duduk, saya rimas dengan situasi ini,” jelasku
Dia diam.

“Duduk, kamu mengganggu saya,” ulangku lagi.
Dia masih diam.
Aku turut diam.

Tiba-tiba saja dia duduk. Di atas kerusi empuk, betul-betul di hadapanku dia duduk.
“Ceritakan kepada saya, apa sebenarnya,” pintaku.
Dia masih terus-terusan diam.

“Saya sedia mendengar, apa-apa saja yang terbuku di hati,” aku memujuk.
Dia tetap dengan aksi diamnya.
Aku turut diam, menanti reaksi daripadanya.

Lama. Dia diam aku keresahan. Dia masih diam - aku kebingungan!

“Hari ini hari diam. Bahasa diam. Saya mahu mogok suara.” Tiba-tiba dia bersuara.
“Hah?!” balasku.
“Diam anak dara tanda setuju,” balasnya dan terus berlalu.
Hatiku berbunga-bunga.

Nota hujung: Luahkan perasaan tu...!!!
Sumber: Cerita pada suatu hari

20/05/10

ANEKDOT 158: BAHASA CEMBURU KEKASIH ZAMAN INI

SUSAHNYA NAK FAHAM BAHASA CEMBURU NI...



(Beginilah agaknya kata-kata di mulutnya)


* Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu handsome dia cakap sebab dia memang peminat setia, tapi kalau saya puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap saya dah curang.

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar lunch, dinner atau tiket wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman, last-last saya jugak yang kena bayar.
Nota hujung: Saja-saja buat renungan
Sumber: Emel kawan-kawan.

17/05/10

ANEKDOT: 157 -PREJUDIS LELAKI TERHADAP PANDANGAN PEREMPUAN

(gambar hiasan - Lelaki handsome pada pandangan sesetengah orang)


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...

kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah, machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah-entah kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...terdiam, (tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar


kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu...


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

yg mana satu nak pilih???
tepuk dada tny selera...


Nota hujung: apa-apa sajalah
Sumber: Humor dan Lawak

16/05/10

ANEKDOT 156: "SELAMAT HARI GURU" - Ini bukan ucapan klise...!

Mengapa mata pena ini berwajah muram?


(Buku program Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010)


Guru dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra,
dalam diamnya ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina..
.


Nota hujung: Guru bukan lagi lilin, wahai anak didikku!!!
Sumber: Skrip pengacara Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2010

13/05/10

ANEKDOT 155: JOM, KITA BETULKAN PAPAN TANDA INI

1. Sila Mematuhi Arahan Berikut Sebelum Memasuki Mesin Cuci Kereta

Pembetulannya:

2. Pusat Mandian Kereta

Pembetulannya:

3. Sila Menunggu Giliran Di garisan Kuning

Pembetulannya:

4. Satu Pilihan Yang Anda Tidak Akan Menyesal
Pembetulannya:





PAPAN TANDA MENARIK

(Sopan tetapi sinikal - cara yang baik menegur)

Nota hujung: Luaskan pandangan anda, PBT.

Sumber: Sekitar bandar Kuantan

12/05/10

ANEKDOT 155: "AKU SEORANG VIP"

(gambar hiasan je - emel kawanku)

"Aku tak faham, memang tak faham.
Mengapa dia pentingkan sangat status tu?"

Kelmarin dia marah kerana aku letak kereta kat petak dia. Dia melenting.
"Kalau nak letak kereta kat sini, mesti ada pelekat!" katanya
(tapi saya OKU, sementara!)

Semalam dia marah lagi. Merungut pada aku.
"Mengapa tak disediakan lorong untuk bayar parking - khas untuk VIP?"
(VIP bayar parking? Tentu tak cukup VIP dia ni)

Hari ni dia datang jumpa aku lagi.
"Nah, ini pelekat kau. Khas untuk VIP!!!"

"Tak ada tulis VIP pun... tulisan OKU adalah." kataku.
"OKU lagi utama daripada VIP.!!!" katanya.

Geram betullah aku dengan orang gila status ni.

Pagi tadi aku belek-belek Kamus Oxford dan juga Thesaurus. Rupa-rupanya banyak lagi maksud VIP yang aku jumpa. Inilah sebahagiannya, sesuai benar maksudnya kalau status VIP tu disalahguna.

- Very Immoral Person
- Very Immodest Person
- Very Impatient Person
- Very Impecunious Person
- Very Imperfect Person
- Very Impotent Person (?)


Ada nak tambah lagi?

Nota hujung: Ada tiket VIP ke syurga tak?
Sumber: Kisah kawanku seorang dreba.

11/05/10

ANEKDOR 154:APABILA KITA FIKIR KITA BAGUS SANGAT...

(letihnya bekerja - gambar hiasan daripada google.com)


BAHASA ORANG BERFIKIRAN POSITIF TETAPI SEBENARNYA NEGATIF


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.


"Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insya-Allah.... "

Jadi renungkan lah...

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY sungguh, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAK ADA KERJA', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (lapor pada bos, kawan kita tak bagus daripada kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk daripada anggapan kita itu sendiri.
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan...
Kalau kita kurang kerja, carilah kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita dapat di akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki...
fikirlah apa kita akan dapat.

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Nota hujung: Sekadar renungan.
Sumber: Edaran untuk pekerja sebuah pejabat

10/05/10

ANEKDOT 153 SEMIOTIK AWEK DAN BALAK..dalam bahasa pasar


(NOTA: Sila betulkan gaya bahasa yang digunakan - tetapi laras baku sudah pasti akan membuat anda tak memahaminya)


1. Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

2. Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

3. Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

4. Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen...
5. Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

6. Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di t___t nya, atau _____nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada pawerh.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

7. Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka tatau apa mau cakap lagi woo..


Nota hujung: Sengaja bahasa ini tidak dibetulkan...
Sumber: Emel kawan-kawanku..

SESAWANGKU SUDAH MULA BERSAWANG...kerana b.band

(janji broadband seperti sampah)
Lama betul tak berkunjung ke sini - walaupun ini rumahku sendiri. Semuanya gara-gara "kunci rumah" yang selalu bertukar. Dulu guna jenama TM, selepas tu Maxis, dan kini Celcom b.b. Semuanya melambatkan urusan membuka gerbang internet. Bukan alasan tetapi memang benar-benar berlaku.

Soalan sama diajukan kepada syarikat pengendali b.b.

''Mengapa line internet di rumah saya lambat sangat ni?''
Waktu nak berlanggan dulu, kata semua bagus, laju, tip top?"

Jawapan yang diterima:

1. TM: Kabel luar rumah perlu diganti. Encik boleh hubungi kontraktor yang memasangnya dulu.
- (dalam hati: Duit lagi....)

2. Maxis: Jarak rumah encik dengan terminal isyarat agak jauh...luar kawasan.
- (dalam hati: dulu, kata tip top, isyarat jelas)

3. Celcom b.b: Encik boleh guna semasa berada di bandar. Kalau guna PC, encik kena pindah
rumah, dekat sikit dengan bandar.
- (dalam hati: Ada yang nak kena sepak ni, kang!)

Nota hujung: tiap bulan bil kena bayar, perkhidmatan...hancur!!!
Sumber: Pengalaman berurusan dengan pembekal broadband