26/09/10

ANEKDOT 176 MEMBERIKAN NAMA BUKAN KERNA NAMA 2


Ingat lagi tak entri saya yang lalu tentang nama?
Rujuk ANEKDOT 174 (kalau masih berminat)
..
..
..
..
Salah satu pertanyaan saya...
.
.
.
"Kalau di beri peluang apakah nama yang bakal anda berikan
kepada diri sendiri."
.
.
.
.
.
Kebetulan baru-baru ini seorang sahabat menerima kad jemputan perkahwinan
Tertera jelas sekali nama kedua-dua mempelai itu,
nama yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa mereka.
.
.
.
.
.
.
Sungguh manis



(nama yang diberikan oleh ibu bapa)
Setelah membelek kad tersebut terperasan pula cetakan nama ini
di muka hadapan kad tersebut
Rupa-rupanya nama ini panggilan manja yang diberikan oleh kedua-dua pengantin ini
antara mereka
:
::
:::
:::
::
:
(jauh berbeza daripada nama asal)
.
.
.
.
pasangan ini juga telah mengabadikan nama ini pada bena perkahwinan mereka...
dan yang menariknya, mereka turut menggunakan nama ini sebagai plet kereta
yang digunakan untuk mengarak pengantin.
v
v
v
v
v
v
v

(ini bukan pengantin di sebelah keretanya, tau...)



Nota hujung: Aku menulis bukan kerana jeles...
Sumber: Kad kahwin yang kuterima

Penyendal ruang



Nota hujung: Ada tafsiran?
Sumber: Koleksi posterku

24/09/10

ANEKDOT 175- INDAHNYA NEGARAKU

Kalau pandai cuba teka, apakah gambar ini.
Tentu ramai yang dah tahu ini bangunan apa.
Tak kurang juga yang tertanya-tanya, "Bangunan apakah ini?"
jika melihat kepada bentuknya yang pelik.
v
v
v
sila skrol ke bawah untuk kepastian
:
:
:
:
:
:
:

(Rupa-rupanya, inilah sebuah kompleks letak kereta.
Di sini kereta diletakkan secara bertingkat.
Lif digunakan untuk pergi ke setiap tingkat.)
Memang hebat !!!
Satu cara untuk mengurangkan kawasan letak kereta.
Sayangnya gambaran ini, buat masa ini baru terdapat di luar negara.
Mungkin satu hari nanti di negara kita juga akan diwujudkan tempat letak kereta sebegini.
Tak perlu lagi berebut atau terpaksa berjalan jauh dari tempat yang ditujui.
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Buat masa ini kita perlu bersabar sajalah dengan tempat letak kereta yang ada.
Selalunya tempat letak kereta di negara kita ada papan tanda begini ...
maklum sajalah pengendalinya mengimpot pekerja khas dari luar negara untuk menjaganya

V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

(pastilah ejaannya juga tunggang-langgang)

Nota hujung: Sampai bilalah ejaan semudah ini nak ditulis dengan betul.

Sumber: Emel daripada insan yang prihatin

20/09/10

ANEKDOT 174- MEMBERIKAN NAMA BUKAN KERNA NAMA


Malam itu aku diajak lagi. Nampaknya kerap benar dapat makan percuma.

Kali ini giliran anak saudaraku pula.


Majlisnya...majlis bercukur dan menamakan bayi yang baru dilahirkan seminggu yang lalu.


Sewaktu imam itu bertanyakan nama bayi itu, si bapa tersenyum, Tuan Imam turut tersenyum. Kemudian kami terus memulakan majlis malam itu sebagai meraikan bayi yang baru melihat dunia tu.

Tetapi aku masih belum tahu namanya. Majlis diteruskan.


Tak perlulah nak cerita...
sebab semua orang dah tahu apa yang ada di majlis Aqiqah. Nanti klise pulak.



Ada orang kata, "Ada apa pada nama,"
(klise je bunyinya)


Ramli Sarip pernah menyanyikan lagu, "Bukan kerna nama."
(semasa belum popular dulu tak pula nyanyi lagu ni).

Chef Wan yang baru jadi datuk pun turut menamakan cucunya

Tristan Tareef
(nama Melayu baru)

Semua orang hendakkan nama.

Nama yang bermakna, nama yang akan diingati selama-lamanya.

Apabila dah dewasa dan banyak berjasa idamkan pula nama bergelar.

Kalau diberi peluang, agaknya apakah nama akan anda berikan kepada diri sendiri. ?


Cuba perhatikan beberapa nama menarik yang pernah digunakan orang.

Nama dan orang ini tentulah masih wujud.
(Terima kasih kerana meminjamkan nama anda)


Untuk kepastian atau kerana tak percaya - sila rujuk

Jabatan Pendaftaran Negara.


(Alamat lengkap terpaksa dipadamkan )
(kes privasi la ni)

(Nama hebat sebagai lelaki)

(Walaupun sayang tetapi masih bimbang juga)


(sanggupkah anda menamakan anak sendiri dengan nama glamour ini)


atau


sewaktu anda baru nak berniaga di warung dah timbul masalah

(apa kena mengena dengan cerita nama ni?)


(Ini kalau dah marah sangat pada PBT tu)


seterusnya...


Bayi itu diarak mengelilingi jemaah untuk dicukur/gunting rambutnya.


Ketika sampai giliranku, aku bertanya akan bapanya nama anaknya.


Patutlah Tuan Imam tersenyum-senyum. Aku juga tak berani nak kata apa-apa.

Wah, hebat namanya...


.


.


.


.


.


.


.


.


ISLA NUR AFRINA QAMARINA

(mak datuk!!! - apa makna, agaknya)

(ISLA NUR AFRINA QAMARINA dalam dakapan sepupunya)





Nota hujung: Aku menulis bukan kerna nama...

Sumber: Surat pos (terima kasih, posmen)

16/09/10


HARI HARI HARI MALAYSIA


Semua orang tahu, hari ini kita cuti
Kita rayakan

HARI MALAYSIA

tetapi hatiku luka berdarah
v
v
v
v
v
v

kepura-puraan
.
.
.
.
.
.
ritual
.
.
.
.
.
retorik

.
.
.
.

propaganda


MALAYSIA...OH... TANAH AIRKU





mmm...mmm...mmm...

15/09/10

ANEKDOT 173 - PAPAN TANDA JALAN BERHEMAH

ANDA BERHEMAH
PAPAN TANDA JUGA BERHEMAH
.
.
.
.
"Jadilah pemandu berhemah"
"Jangan terburu-buru ketika memandu"
"Orang lain juga mahu pulang dengan selamat"
.
.
.
Demikian beberapa cogan kata yang disiarkan melalui media
mengingatkan pemandu supaya berhemah di jalan raya
.
.
.
tetapi
.
.
.
usaha ini nampaknya tidak dihiraukan sangat oleh pemandu.
Bagaimana pula papan tanda berhemah?
Menarik juga apabila usaha meletakkan papan tanda
peringatan menggunakan bahasa yang berhemah.
.
.
.
(walaupun ada sedikit sinikal)


Biasanya: IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG


Biasanya: PEJALAN KAKI SAHAJA


Biasanya: JANGAN BUANG SAMPAH KE LUAR KENDERAAN



untuk yang masih berdegil...



Biasanya: JANGAN POTONG BARISAN (QUE)
..
..
..
..
..
..
..
d a n
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ada gurindam (?) lagi...


Nota hujung: Sambil-sambil memandu tu jeling-jelinglah ke sebelah
Sumber: Papan tanda jalan raya sekitar bandar


14/09/10

ANEKDOT - 172 PANTUN KANCING LIMA SEBARIS


BERBAJU MELAYU CEKAK MUSANG BERKANCING LIMA SEBARIS.

Baju Melayu tenunan sutera,
Cekak musang berona jingga;
Budimu puan tidak terkira,
Siang terkenang malam terjaga.

Cekak musang berona jingga,
Berkancing perak bertatah berlian;
Siang terkenang malam terjaga,
Hati berdetak tidak keruan.

Berkancing perak bertatah berlian,
Kilau memancar serahan dara;
Hati berdetak tidak keruan,
Lidah yang lancar hilang suara.


Nota hujung: Terima kasih kepadamu ( yang menceriakan Baju Melayu Cekak Musang ini.)

Sumber: Suara dari dalam hati.

7/09/10

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431


kepada


para sahabat, kenalan, serta sesiapa saja yang sempat lalu di sini walaupun tanpa meninggalkan apa-apa bekas. Salam istimewa untuk KTS, CkLah, dan YB yang sering bertanya dan meninggalkan pesan.


Ampun dan Maaf atas segala kekasaran dan kesilapan yang tidak disedari.

(kalau sudi tempekkan kad ini di blog anda)

6/09/10

ANEKDOT 171-KISAH SAHABAT LAMA SAUDARA BARUKU (...nak berkahwin)

(sekadar hiasan - tiada kena mengena)

Selesai saja majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran malam tu, sahabatku ini menarik aku ke satu sudut di dalam masjid itu.

Dengan berbaju melayu, bersamping dan bersongkok (yang aku pinjamkan) dia nampak lebih segak daripada YBerhormat. Aku turut bersyukur dan gembira untuknya.

"Kenapa kau menarik aku ke sudut ni? Macam ada hal penting je..."
"Aku nak kawin!!!" terpacul kata-kata itu daripada mulutnya.

Entah mengapa aku terasa lucu dengan kata-kata sahabatku itu. Aku amat kenal dengan perangai keterujaannya terhadap sesuatu yang baru - pernah meletakkan status dirinya "confirmed bachelor" setelah ditinggalkan kekasih. Aku anggap itu hanya kata main-main. Sudah banyak kali hal kawin ini dikhabarkan kepadaku. Sudah banyak kali juga gadis idaman yang ditinggalkannya atau yang meninggalkannya - Melayu, Cina, Kadazan malah Omputih. Akhirnya satupun tak menjadi.

"Kali ini aku betul-betul serius. Aku nak kawin." beria-ria benar dia bercakap.

Kemudian satu persatu dia menjelaskan sebab dia mahu berkahwin. Setiap kali aku cuba mencelah dia akan meneruskan ceritanya hinggakan aku tak berpeluang untuk mencelah. Akhirnya aku diam dan menangguk-angguk saja.

"Umur aku dah hampir 40 tahun - life begins at forty - kata omputih. Tapi amalan aku sedikit saja ganjarannya. Kalau aku berkahwin - gandaan amalannya 27 kali ganda. Bukankah kita digalakkan membuat amalan sebanyak-banyaknya." sambung sahabatku yang baru 3 tahun memeluk Islam ni.
...

" Aku bimbang amalan aku yang sedikit ini tidak seimbang dengan dosa yang telah aku lakukan dulu. Aku tidak bertuhan lebih daripada 30 tahun."

Akhirnya aku terpaksa meminta sahabatku ini diam. Beri ruang untuk aku bercakap pula-aku nak jelaskan kecelaruannya itu. Peluang itu aku guna sepenuhnya untuk menjelaskan hal dosa dan pahala sebelum dan selepas dia menjadi muslim - sekadar ilmu yang ada dalam dadaku.

"Hah, sekarang masih bulat hati nak kawin? kerana nak mencuci dosa?"
(Aku cuba menduga keampuhan hatinya untuk berkahwin.)

" Ya, tapi bukan sekarang. Banyak yang aku kena fikir semula. Apatah lagi begitu banyak perkara yang aku tak tahu selama ini, sudah kau jelaskan. Tambah-tambah lagi ciri-ciri gadis yang kau katakan itu, satupun tidak ada pada calon isteriku."
(Getar suaranya sedikit mengendur. )

"Tetapi kalau dapat memenuhi 60 % daripada kriteria itu dah mencukupi - lagi 40% kau sama-samalah mencukupkannya."
(Teringat aku kata-kata seseorang tentang mencari pasangan.)

" Kalau macam tu, jom kita balik. Esok kita jalan-jalan cari isteri...oops calon isteri..!!!"

Aku tertawa mendengar kata-kata sahabatku itu...(dalam hati: semudah itukah?)

Nota hujung: Jangan terlalu cerewet memilih calon isteri.
Sumber: Sembang-sembang sebelum tidur...

4/09/10

ANEKDOT 170- KISAH SAHABAT LAMA SAUDARA BARUKU...


Aku jadi malu sendiri. Dia yang telah lama tidak aku jumpa masih tersenyum. Dia berkisah panjang tentang perjalanannya pada bulan Ramadan. Ini hanyalah secebis kisahnya...

"Malam ni masjid yang ke-25. Pada awal ramadan dulu aku dah tetapkan sasaran - 29 atau 30 masjid," jelasnya menjawab pertanyaanku.

Tanpa dipinta dia meneruskan ceritanya.

"Pada malam pertama aku berjemaah melakukan tarawih di kariah aku sendiri. Malam tu tak ramai ahli kariah yang hadir - mungkin suasana puasa belum terasa. Maklum sajalah malam tu umat Islam menunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Ada yang tak tahu selepas pengumuman itu, bermulanya Ramadan yang dinanti. Maka bersolat tarawih lah kita."


Aku hanya mengangguk.


"Malam kedua dan seterusnya aku mula bermusafir. Seawal jam 6.45 petang aku dah berada di masjid atau surau pilihan aku. Senarai surau tu aku dah siapkan awal-awal supaya tak ada yang terlepas. Aku cuba elakkan kejadian sama tahun lepas. Balik-balik dua tiga buah masjid yang sama. Kebiasaanya pada waktu ini, AJK masjid/surau sedang menyusun juadah untuk berbuka. Aku juga akan turut meletakkan juadah aku bersama-sama juadah jemaah yang lain. Macam yang selalu kita buat masa kat sekolah lama dulu - "potluck". Di sinilah seronoknya - pelbagai juadah disediakan tetapi dalam kuantiti yang ala kadar. Juadah wajib selalunya bubur lambuk - pelbagai rasa dan citarasa. Uniknya bubur lambuk di negara kita ni."

"Berbuka di masjid/surau ni ada disiplinnya. Selepas azan kami hanya berbuka secara ala kadar kemudian bersolat maghrib. Selepas itu barulah benar-benar makan. Kalau kita kat rumah, kita makan sekenyang-kenyangnya kemudian solat. Adakalanya hampir terlajak waktu solat maghrib. Begitu juga kalau berbuka di gerai, restoran atau hotel - makan jadi agenda utama."


Kau bertarawih kat masjid yang sama ke?


"Ya, selepas bertarawih aku isi masa dengan membaca al Quran. Ada masjid yang jemaahnya bertadarus selepas solat tarawih. Aku akan turut serta. Nak balik awal pun tiada siapa yang tunggu aku di rumah. Aku dah khatam sekali. Insya-Allah malam esok aku akan khatam untuk kali kedua."


Bagusnya cara kau mengisi waktu pada bulan Ramadan ni. Terpenuh dengan aktiviti keagamaan.


"Tak juga - ada yang aku masih terkilan. Aku tak dapat berqiamulail berjamaah setiap malam. Aku tak berapa hafal surah dan zikir dalam solat tu.Tak banyak masjid yang anjurkan qiamulail dan bersolat tasbih. Aku tak berapa yakin nak bersolat tasbih seorang diri - bimbang terlelap masa bersolat. Aku tak berapa hafal zikir dan bacaan dalam solat tasbih - tapi aku sedang belajar dan menghafaz surah-surah dan zikir."

Kau dah minta bantuan ustaz kat sekolah kau bantu kau menghafaz ayat-ayat ni.


"Alhamdulillah, merekalah yang selalu mendorong dan membantu aku. Kalau tidak aku ni muslim hanya pada nama - jiwa kosong. "


Alhamdulillah.


"Aku nak ajak kau ikut aku malam esok. Iman masjid ni ajak aku bersama-sama jemaahnya untuk bertadarus. Ada majlis khatam quran - aku dijemput untuk turut sama."


Aku mengangguk - Insya-Allah!!!
Dia terus menyambung ceritanya, apatah lagi melihat aku seperti pendengar yang setia. Tiba-tiba...


"Dah berapa masjid kau pergi Ramadan ni? Setahu aku kau selalu berpindah masjid selepas malam ke 15." " Kau dah khatam Quran ke belum untuk tahun ni? Kau kan dah haji, tentu dah banyak amal ibadat yang kau buat sepanjang bulan Ramadan ni."


Entah mengapa - aku benar-benar terasa - terlalu sinikal pertanyaan sahabatku ini. Perasaan bangga dan kagum aku terhadapnya tadi tiba-tiba saja mati.

Ya Allah, mengapa aku jadi begini. Ikhlaskah aku atau aku sedang mencemburui sahabatku ini?

Namun aku menjawab,"Amal ibadat bukan untuk dipamerkan tetapi cukuplah hanya Allah yang mengetahui. Semoga Allah menerima amal ibadat kita. Keikhlasan kita dalam beramal tu yang merapatkan hubungan kita dengan Tuhan."

Tapi aku tahu jawapanku itu hanyalah untuk menyedapkan hatiku sendiri. Aku meminta diri untuk berundur dengan janji untuk berjumpa lagi pada malam esok.


Insya-Allah aku tidak akan tertidur lagi malam ini.



Nota hujung: Semoga kita sama-sama menghidupkan malam yang berbaki.
Sumber: Kisah sahabatku yang mualaf - V.Raman Dass @ Ahmad Ramadan b Abdullah