KUL IT ...OH, KULIT
Kulitku kulitmu sama hitam...
Rambutmu rambutku
juga hitam
(kata lagu)
Aku memang tak faham
mengapa ...mengapa... ya mengapa
Orang Cina yang selalunya berkulit cerah
dikatakan berkulit
KUNING LANGSAT.
Orang India pula selalunya berkulit gelap
dipanggil hitam-hitam
SI TAMPUK MANGGIS.
Kedua-duanya dianalogikan dengan buah.
tapi
Aku ni orang Melayu...
Ya, melayu jati
Mengapa kulit aku dibandingkan dengan kulit ular?
bukan aku sahaja...semua orang Melayu
yang berkulit tidak seperti Cina, tidak sama dengan orang India
dianalogikan dengan ular.!!!
memang aku tak faham
TIDAK???
YA...
TIDAK!!!
habis tu...kenapa disamakan dengan ular yang matang?
atau ular dari Matang, Perak?
Orang Melayu biasanya berkulit
SAWO MATANG
(TENGOK NI... tercatat dalam buku sejarah)
Gulp!!!
Hei, SAWO MATANG tu buahlah.
bukan ular sawa
Tak pernah dengar nama buah ni... spesis baru ya...?
Bukanlah...buah sawo tu samalah dengan buah CIKU.!!!
SAWO MATANG tu maknanya ciku yang masak!!!
oooooo, ye ka?
Kulit orang Melayu kebiasaannya berwarna
SAWO MATANG
(pergilah gugel, tengok warna ciku masak)

(yang mana tona kulitmu, Melayu)
Sama kan dengan kulit kau.
Tapikan kita orang Malaysia, tak kisah itu semua.
Warna kulit je yang berbeza.
Kata Susan Lankaster:
"...Putih ke... hitam ke... hijau ke...biiiruuu ke...
kitakan orang Malaysia, "
(Filem Mekanik)
Nota hujung: Mak aku kata kulitku hitam macam bontot kuali.
Sumber: Soalan pelajarku...