24/07/09

ANEKDOT 114...BAHASA CINTA AKAUNTAN(?)




Cinta...memang asyiknya cinta. Namun kata orang, setiap orang ada cara meluahkan rasa cintanya. Bahasa cinta selalunya mengasyikkan, tidak berterus terang dan sering kali penuh dengan kias dan tidak kurang juga banyak ambiguitinya. Bayangkan kalau seorang akauntan meluahkan perasaan cintanya menggunakan bahasa akaunting. Beginikah agaknya...?

Aku akan meng-CREDIT cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEDGER hatiku. Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu.

Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET (LEMBARAN KERJA). Kadang-kadang perlu kita lakukan ADJUSTING ENTRIES (PELARASAN) untuk menjaga cinta kita tetap kukuh. TRIAL BALANCE (IMBANGAN DUGA) memperlihatkan bahawa kita serius satu sama lain, sebab TOTAL daripada cinta kita ternyata satu dan sama. Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk menikah.

PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, mari bersama-sama kita lihat BALANCE SHEET kita, apa saja ASSETS & LIABILITIES kita ??
Nota hujung: Aku terbayangkan surat cinta orang dulu-dulu - banyaknya berkias!
Sumber: blog cinta hangat

23/07/09

ANEKDOT 113...MELAYU

Setelah membaca catatan anekdot 112, seorang sahabat mengirim sebuah sajak karya Usman Awang kepada saya. Katanya, sajak yang sesuai dibaca sebagai muhasabah diri perlu dibaca dan ditafsir dengan mata hati dan mata fikir yang terbuka. Baca dan fikir-fikirkanlah...

MELAYU

Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’laf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu
Pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidai pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampong telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Lukapun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu
Tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimana Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan;
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

-Usman Awang 1999


Nota hujung: Ada lagi koleksi sajak Melayu yang lain? Hantarkanlah pada saya.
Sumber: Akhbar Mingguan Malaysia 24 Julai 2005

19/07/09

ANEKDOT 112...MELAYUKU

Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?

Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?

Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap dia
orang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?

Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?

Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)
Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu

Nota hujung: Tapi ada juga puak-puak yang bukan Melayu merayu-rayu nak jadi Melayu
Sumber: blog isuhangat

18/07/09

ANEKDOT 111...AWET DAN AWEK MUDA

Suatu hari seorang lelaki pertengahan umur bertemu dengan rakannya yang seusia. Walaupun jarak usia kedua-duanya hampir sama, namun seorang nampak lebih tua daripada seorang lagi. Apabila diminta petua, inilah pesan yang perasan dirinya nampak lebih muda kepada yang sedar dirinya nampak lebih tua daripada usia sebenar...
Ikutilah petua beliau:

1. Selalulah bergaul dengan orang yang lebih muda daripada anda.
Kalau anda perempuan – berbaik dengan lelaki muda – bukan bela anak ikan tau!!!
Kalau anda lelaki – berbaik dengan wanita muda-muda – otak jadi segar!!!

2. Beritahu umur anda lebih tua daripada usia sebenar.
Kalau umur sebenar 30 tahun, katakan 35 atau 40 tahun. Sudah tentu orang kata wajah anda tidak setua umur anda.

3. Tukar nama anda kepada Muda.
Contohnya, Encik Muda b Ahmad atau Puan Muda Bee bt Ahmad .
Sampai akhir hayat anda tetap dipanggil muda .

4. Jadilah isteri muda.(Kalau sanggup je…)
Tak ada sesiapa akan panggil anda isteri tua…muda selalulah!

5. Hisap rokok banyak-banyak.
Dah tentu anda mati muda – tak sempat jadi tua!!!
…dan senarainya mungkin lebih panjang.
nak jadi macam ni???
v
v
v
v
v
v


Nota hujung: Nak yang mana satu- awet muda atau awek muda?
(nak dua-dua boleh tak?)
Sumber: Sembang-sembang dengan orang tua tak tua-tua.

17/07/09

ANEKDOT 110...DEFINISI SAHABAT



Sewaktu belajar di UM dahulu, saya tinggal di rumah sewa beramai-ramai. Pelbagai karenah dan sifat manusia yang dikenali sewaktu menjalani kehidupan seharian. Teringat kisah seorang sahabat yang memberi makna sahabat - versi pelajar di kota raya. Ini sebahagian tafsiran yang masih diingati …

1. SAHABAT MUKA PINTU

Boleh dilayan setakat muka pintu sahaja. Mereka ini menjadi sahabat secara tiba-tiba – selalunya sewaktu nak minta bantuan atau bila dah takada orang lain nak minta tolong. Dia sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan kita jadi sahabatnya pada waktu itu. Apabila dah lega, kita dah tak penting lagi…

2. SAHABAT RUANG TAMU

Sahabat ini dlayan sebagai tetamu terhormat. Kalau ada benda makan pastilah ada bahagian untuknya. Dia ni boleh berkongsi cerita tetapi belum boleh berkongsi masalah. Masih ada jarak. Mudah menolong dan diminta tolong tetapi ada batas – kalau tak percaya – cuba pinjam duit waktu hujung bulan. Sahlah dia buang tabiat, kalau dia bagi…

3. SAHABAT DALAM BILIK

Sahabat jenis ini, memang boleh dibawa masuk ke bilik hatta bilik tidor sekalipun(sama spesislah tau). Kita boleh berkongsi cerita yang agak sulit dengan sahabat seperti ini. Apatah lagi, gosip yang hanya kita berdua saja yang tahu. Boleh juga buat projek diam-diam dengan sahabat seperti ini. Satu kepalalah katakan …

4. SAHABAT SETILAM SEBANTAL ( Eee…serammm!)

Sahabat yang intim. Tetapi tidaklah sampai dikategorikan 18SX. Sanggup berkongsi apa-apa saja, lantas tidor pun setilam sebantal – tetapi tidaklah sampai melakukan kedurjanaan hubungan. Sahabat jenis ini sanggup berkongsi masalah, air mata, kain, baju, malah tuala mandi pun boleh berkongsi. Pasal duit tak jadi masalah. Duit kau aku punya, duit aku kita kongsi. Keikhlasan mereka berada pada tahap tinggi. Sedangkan pasangan kekasihpun belum tentu sanggup berkorban demi diri kita. Sayangnya mimpi tetap berbeza…
Siapa sahabat anda?

Nota hujung: Lebih mudah menghadapi musuh berhadapan daripada sahabat yang menikam dari belakang.
Sumber: Citra RBM, UM

SAJE JE

(gambar sekadar penghias ruang)


Memang sengaja nak uji diri tak berblogging selama 10 hari. Rupa-rupanya, ada ketikanya terasa ada vakum dalam kehidupan harian. Mujur juga ada tugas yang belum selesai mengulit diri...



Kini - kembali berblogging.

7/07/09

ANEKDOT 109...BAGAI HANDPHONE ANTENA

(bagai burung dimandi pagi)

Suatu waktu dahulu, peribahasa merupakan bunga-bunga bahasa yang digunakan orang berdasarkan pemerhatian ke atas sifat semulajadi dan pengalaman hidup mereka.
Sekarang kita pada zaman moden, apa kata kita gubal dan memodenkan peribahasa kita mengikut aliran zaman teknologi yang serba canggih ini...


1. Dahulu: Bagai Air Dicurah Ke Daun Keladi
Moden: Bagai Air Disiram Ke Daun Plastik (pokok hiasan)


2. Dahulu: Bagai Telur Di hujung Tanduk
Moden: Bagai Handphone Di hujung Antena Kereta


3. Dahulu: Bagai Aur Dengan Tebing
Moden: Bagai Guard Rail (pagar) Dengan Rubble Wall (tebing konkrit)


4.Dahulu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Moden: Berat masuk lori, ringan lu angkat lah sendiri


5. Dahulu: Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Moden: Genggam kotak rokok, biar sampai jadi barah


6. Dahulu: Seperti lembu dicucuk hidung
Moden: Seperi Mat Punk dicucuk hidung


7. Dahulu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian
Moden: Berjetski-jetski ke hulu, berpapan luncur ketepian


8. Dahulu: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
Moden: Masuk kelab Disco breakdance, masuk kelab dangdut bergelek


Cukuplah setakat 8 contoh yang aku dah beri ni, dan ingatlah "Cintailah Bahasa Kita- Bahasa Jiwa Bangsa", jangan biarkan anak kita belajar bahasa Melayu menggunakan sistem bahasa Inggeris seperti yang telah terjadi dalam Matematik dan Sains...

Sekian...
Takkan Melayu Hilang Di Malaysia (Dunia)


Nota hujung: Ada sesiapa nak bagi cadangan peribahasa moden?
Sumber: Emel daripada Lawakdotcom

2/07/09

ANEKDOT 108...TAFSIRAN AWEKS

Aweks Internet
- dari 10 yang dicakap, 9 adalah bohong.

Aweks Kotak
- boleh menyebabkan balaknye balik berkotak sahaja (memperkotak-katikkan orang).

Aweks Tayar
- penuh angin, mahal, banyak pilihan dan perlu ganti selalu.

Aweks Bola Boling
- nampak cantik, berkilat, baru, tapi dah berapa orang dah cucuk dah.

Aweks TV Flat
- sedap dipandang, definisi tinggi, kaler bagus tapi mahal nak mampos, dah tu, sensitif giler.

Aweks Kasut
- luar nampak baik punya, tapi dalam punye la busuk, sampai sampah pon tak sebusuk tu.

Aweks Sejadah
- nampak berseni, banyak faedah tapi kalo tak gune tu, buang je la.

Aweks Aweks
- tak paham lagi? ni jenis yang sejenis, haram tau, muahahahaha


Nota hujung: Yang buat ni, tentu pernah dikecewakan aweks...
Sumber: Emel balaks