31/05/09

ANEKDOT 95...

BEGINIKAH SELESEMA BABI DISEBARKAN???


(Agaknya, beginilah selesema babi disebarkan kepada manusia...)


Catatan ini dijumpai di papan kenyataan sebuah kedai makan...

Berikut adalah tanda-tanda anda telah dijangkiti H1N1 atau demam babi.

1.) Badan rasa lemah, berat badan naik, dan tubuh bertukar pink.

2.) Hidung anda semakin ke depan dan lubang hidung anda meluas sebanyak 3 kali ganda.

3.) Telinga menjadi lebar, dan anda tidak dapat berhenti makan.

4.) Anda sentisa mengeluarkan bunyi seperti
'oink oink' atau 'gruk gruk'.

5.) Hingus berwarna putih berlendir pekat sentisa keluar daripada mulut anda.

6.) Taring mula keluar dan membesar dari rahang bawah (bagi lelaki sahaja) .

7.) Anda mula memiliki ekor berpintal.

8.) Anda ingin berkubang sentiasa.

9.) Orang yang menyentuh anda terus pergi samak.

Jika anda memiliki tanda-tanda seperti di atas, cepatlah berjumpa dengan doktor haiwan terdekat atau jabatan pertanian yang dibuka 23 jam sehari.



Ikhlas,
Menteri Kesihatan toooooooooot.

(jangan guna istilah selesema babi - ini sensitif @ racist !!!)

Nota hujung: Maaf - posting ni dah ketinggalan sikit.
Sumber: Kedai makan tepi pantai...

30/05/09

ANEKDOT 94...

GRAFITI

Satu hari ketika menunggu giliran ke kelas seorang guru terpandang goresan-goresan pada dinding. Ah, kenapa ni? Tak pernah pelajar menconteng dinding, apatah lagi melakukan kerja laku musnah.

"Apakah yang mahu disampaikan oleh remaja ni? Kenapa selama ini aku terlepas pandang?"

Pelbagai soalan tanpa jawapan - mengapa? mengapa? mengapa? bermain dibenak fikir!

Luahan hati meminta simpati. Di mana aku waktu ini?

Di mana kawan-kawan yang mengerti? Di mana para guru yang memahami?
Di mana? Di mana? Di mana?

Adakah ini terapi diri - melepaskan perasaan yang terbuku di kalbu?


Nota Hujung: Kepada penulis grafiti ini - hadirkan diri anda - ramai yang sudi membantu, insya Allah.
Sumber: Dinding-dinding batu yang keras dan kaku.

29/05/09

ANEKDOT 93...

TAK GUNA PUNYE JANTAN



Hello sayang,

Kenapa sayang tak nak angkat telefon masa abang call handset sayang tadi. Janganlah sayang merajuk lama-lama sangat. Betul, abang tersangatlah rindu kat sayang.
Walaupun muka abang ni agak macho dan comel, janganlah sayang jeles kat abang kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abang masa pergi dating. Biasala tu…!

Apa…? Tak muat - kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi. Kenapala tak muat pulak. Janganlah sayang risau, duit cincin yang abang bayarkan tadi, esok-esok abang bayarlah balik kat sayang. Sayang kan sedia maklum, abang bukannya takde duit tapi duit tu abang dah belikan graphic card baru kat pc abang, RAM pun abang dah beli yang baru, tambah lagi sekeping, kasi power sikit. Tu belum masuk nak tukar hard disk baru lagi tu…

Abang tau, sayang marah abang sebab abang yang selamba katak saja melompat longkang depan kedai apek tu tadi tanpa menunggu sayang melintas titi. Bukan abang tak gentleman, tapi abang cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana. Maafkan abang, taubat lain kali abang tak buat lagi…

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi, sorrylah!.Abang ingatkan nak test saja mi goreng sayang tu tadi . Sok sek, sok sek… masa sayang pergi toilet tu tadi, tak perasan pulak – dah habis - sedap!!! Tapi kan abang dah gantikan dengan roti kosong abang? Tak sedap ke roti canai kosong tu tadi. Udahla tu, jangan merajuk lama-lama…

Ooh ya, henset kita ni kita tukar dulu la ya. Abang pinjam jap henset sayang. Nanti abang tukar la balik. Sayang kan ada henbeg besar , senang nak simpan henset abang yang besar tu. Henset sayang kecik, boleh abang simpan dalam kocek abang…

Betul…semalam abang dah booked cerita best tu. Abang ingat la kan, cashier cineplex tu lupa nak key in dalam computer dia la – pasal tiket tu la tiket tu dah habis.

Lagi satu…samping dan songkok ayah sayang yang abang pinjam untuk hari raya aritu, kira pinjam terusla ya – boleh juga guna masa hari nikah kita esok-esok. Bukan abang tak nak beli baru, tapi sayang la, benda elok lagi, buat apa nak beli baru kan?. Tapi sayang jangan bagitau kat ayah sayang pula. Ayah sayang sure tak perasan punya sebab nanti abang dye la samping tu dengan warna lain.

Buat masa ni motor abang masih dalam workshop. Entah apa entah pomen tu buat tak siap-siap lagi. Jadi Gen2 sayang ni, kira abang pakai dulu la ya untuk pergi kerja. Sayang bukan tak tau – tempat kerja abang kan jauh. Sayang pergi naik LRT pun boleh…

Lagi satu, besok sampai kat ofis sayang nanti, sayang tolong bank –inkan RM 300 kat akaun abang ya. Bukan apa, Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyak betul. Motor kapcai abang pun tak begini.

Okeylah sayang, dah cakap lama ni. Jangan lupa top up prepaid abang ni. Esok-esok senang abang nak call sayang lagi…
Bye, bye.
Nota hujung : Maafkan bahasa dan ejaan yang digunakan. Memang yang asal.
Sumber: Dah tentu bukan karya saya - kawan yang bagi...

24/05/09

ANEKDOT 92...

EKSPRESI TEE

Sesuatu yang menarik sejak akhir-akhir ini - baju tee dijadikan alat komunikasi untuk meluahkan perasaan. Ekspresi tanpa bahasa lisan sudah pasti mengundang pelbagai tafsiran pembacanya.
Yang menariknya, tulisan pada tee menggunakan retorik bahasa yang menarik di samping mainan tona warna yang mampu menuntut perhatian.

Bersediakah anda untuk menjadi pemakainya..?


(luahan cinta...tanpa suara)

(mengusik pembacanya)


(luahan berani)


(berterus terang...?


(desperados...kecian die!!!)


(masih ingat pada ibu!!!)

Nota hujung: Apa kata anda? Ada berani?
Sumber: Jalan-jalan pasar malam.

19/05/09

ANEKDOT 91...


SMS HARI GURU
SATU...
Banyak dapat BUNGA?
Tanda guru mengharumkan dunia.

Dapat PEN?
Tanda guru bijak melakar kata.

Dapat PEMADAM?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.

Dapat MESEJ?
Tanda guru sentiasa diingatan

Selamat HARI GURU

DUA:
Jadikanlah...

Yang tebal itu iman
Yang nipis itu lidah

Yang tajam itu akal
Yang lembut itu hati

Yang ringan itu solat
Yang halus itu suara

Yang luas itu ilmu
Yang manis itu senyuman

Selamat Hari Guru...

TIGA:
Dulu dia pegang rotan, kita cakap dia garang
pabila dia masuk kelas lewat, kita kata dia malas.
pabila dia marah-marah kita, kita cakap dia melampau...

Kini ...
kita ialah DIA.

Selamat Hari Guru.

EMPAT:
Hidup seorang guru penuh cabaran dan dugaan.
Kita mesti tabah hadapinya.

Jika terjatuh bangun dan katakan...

"Woi, sape tolak ni?"

Selamat Hari Guru.

LIMA:
Guru ...
dalam diamnya ada harapan;

dalam tegurnya ada doa;
dalam marahnya ada sayang;

dalam tawanya ada mesra;
dalam diamnya ada bijaksana;

Berbahagialah menjadi GURU...

Selamat Hari Guru!

ENAM:
Without teacher days are...
sadday...
moanday...
tearsday...
wasteday...
thirstday...
fightday...
shatterday...

so happy teachers' day

TUJUH:
Who is better? A mother or a teacher?

A mother can only make one child sleep whereas
a teacher can make a whole class sleep!
Isn't that great?

Happy Teachers Day

LAPAN:
Today 4 gorgeous ladies asked about you.
I gave them your detail and contact.

They'll be finding you soon.

They are ...
HAPPINESS, HEALTH, WEALTH and LOVE!

HAPPY TEACHERS DAY...

SEMBILAN:
May God give you ...

a rainbow for every storm
a smile for every tears

a blessing for every trial
a sweet song for every sigh

an answer for every prayer
happy teachers day!


SEPULUH:
MINDS...


GALILEO : Great mind
EINSTEIN: Genius mind

NEWTON: Extra ordinary mind
BILL GATE: Brilliant mind

YOU AND ME: Never mind...ha, ha...we sure got the looks and we are great teachers also...
because they have been ONCE taugh by a teacher like us...

HAPPY TEACHERS DAY

Nota hujung : Sebahagian SMS yang diterima semasa Hari Guru - Terima Kasih banyak-banyak
Sumber : Telefon tangan/telefon genggam/henfon...

17/05/09

ANEKDOT 90...

INI BUKAN SALAH PPSMI...
(bukan juga salah guru yang mengajar)


BAHASA INGGERIS YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA

(Arahan: salah eja atau tak tahu BI?)



(kekalkan kebersihan meja selepas mati?)


(ada sesiapa nak cedera?)


(meet or meat?)

(tisu tandas: ada sesiapa nak simpan selepas guna?)


(Tak adil : dilarang berseronok)


(Lif : tekan untuk naik - turun)


(Keliru: diperasap atau merokok?)


(Sila tekan untuk kewujudan)
Nota hujung: Lucunya kalau menggunakan bahasa yang tidak difahami
Sumber : Emel




15/05/09

SELAMAT HARI GURU

(Sayang Cikgu)

DEFINISI BARU GURU

Guru itu bukan lagi lilin

yang menyuluh
sedang diri sendiri
dibiar terbunuh


Bukan juga api pelita
membuat udara berjelaga
semakin kelam
dan mungkin juga padam
di tengah malam


Guru itu bagiku
mentari di siangnya
dan purnama di malamnya
menyuluh dengan cahayanya
bukan dengan apinya


Guru itu menilai
bukan dengan jari dan jelir
tetapi dengan dhamir dan fikir


Guru itu mengajar
bagaimana belajar
menjadi insan terpelajar
sedang dia sendiri tekun mendengar
bukannya cakap berdegar

Nukilan: Abd Bashid Harun


Nota hujung : Bukan memuji diri sendiri
Sumber : Daripada blog Cgu Tawfiq - terima kasih, ya!

TERIMA KASIH, CIKGU...

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2009

- terutama kepada 'bloggers' yang kerjanya mengajar - mendidik. Semoga semuanya menjadi Guru yang terbaik.

( lilin yang menyejukkan?)

Cukuplah guru dilambangkan sebagai lilin yang memberi cahaya untuk menyinari orang lain. Guru yang begini tidak akan bertahan lama. Guru 'lilin' hanya memusnahkan dirinya untuk kesenangan orang lain. Pengorbanannya hanya ketika masih bercahaya.

TETAPI
v
v
v
(mentari yang panas?)

...jadilah seperti Sang Mentari. Cahayanya menyinari sepanjang hayat - tidak hanya menyinari orang lain - tetapi juga dirinya. Mentari memancarkan tenaga untuk evolusi kehidupan makhluk yang lain. Pada malam ketiadaannya - waktu ia mahu lena seketika - mentari meminjamkan cahayanya kepada bulan.

Nota hujung: Lupakan terus lagu - "Biarku Menjadi Lilin..." - kerana kita Sang Mentari
Sumber: Catatan tentang al -Ghazali

14/05/09

ANEKDOT 89...

(A cup of love?)

AYAT SELEPAS KAHWIN


Sebelum Tidor:

6 minggu: Selamat tidor Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tidor kalau tak mengepit tak boleh ke?!

Guna tandas:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Dum! Dum! Dum! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah Gunung Ledang sana!!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..

6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:


6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak ke hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni.

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih

6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh

6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu

6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang percutian:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yang U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

Menonton TV:


6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ni?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun : JANGAN TUKAR-TUKAR, BOLEH TAK?



Nota hujung: Ini tidak berlaku pada anda - orang lain kot.
Sumber: Dah lupa lah pulak...

13/05/09

ANEKDOT 88...


BAHASA LAMBANG DIRI

Lihatlah perubahan dalam percakapan melayu hari ini..
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman di-Raja.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan remaja zaman sekarang.


1.(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb!


2.(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie.
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babi punyer budak!


3(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih daripada tuan hamba.. akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hatimu.
(C) Beb....wa takmo jiwang-jiwang sama lu...tapi wa suah cinta rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan.

4(A) Seyogia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

5(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekalian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.

6.Barangsiapa yang telah dengan tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka...atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yang berbuat jahat akan dihukum.
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda....jangan memain ngan aku hah!


7.(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri.
(B) Dia sungguh hebat sekali.
(C) Mak kao! Pawer siol!

Nota hujung: Anda - pilih yang mana? Indahnya bahasa Melayu
Sumber: Bahasa Melayu mengikut zaman


11/05/09

ANEKDOT 87...

(seperti beruk mendapat rokok)
PERIBAHASA UBAHSUAI
(sambungan yang lepas...)

1. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

2. Biar lambat asalkan perlahan.

3. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah.

4. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

5. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

6. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.

7. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan.

8. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

9. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

10. Patah tumbuh, hilang repot polis.

11. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

12. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

13. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

14. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

15. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan sate Kajang lagi
best......

16. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

17. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah di tepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai laa...

18. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Nota hujung : Peribahasa ialah bahasa yang berperi-peri?
Sumber: Emel pelajarku


10/05/09

ANEKDOT 86...

(Dunia lembu atau lembu dunia)

PERIBAHASA UBAHSUAI
(jangan tiru macam ini - tetapi ciptalah yang baru)

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
Nota hujung : Tunggu sambungannya...
Sumber: Emel pelajarku

9/05/09

ANEKDOT 85...


WARNA-WARNI CINTA

Adi : "Mengapa engkau menulis surat cinta dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ana : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Adi : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ana : "Itu melambangkan Suasana Pilu"

Adi : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ana : "Asmara Yang Membara"

Adi : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ana: "Suci, Bersih dan Jujur "

Adi : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ana: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Adi : "Kalau Merah Jambu?"
Ana: "Sedang Jatuh Cinta"

Adi : "Kalau kelabu?"
Ana : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Adi : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ana : "Banyak tanyer la ko nie, Itu namanya kertas karbon.. @#$%! "


Nota hujung : Warnai cintai anda - supaya tidak "teraba-raba" mengata cinta itu buta
Sumber : Lawak Lambang Cinta


ANEKDOT 84...

(Peramahnya...pekedai ni)
TRAVELOG UTARA

DIALOG DI KEDAI KAIN

Pemilik kedai : Belilah kain tudung ni, bang. Cantik.
Aku : Saya kan lelaki - tak pakai tudung.

Pemilik kedai : Belilah untuk kak, mak, anak-anak…
Aku : Terima kasih je lah. Saya takda kakak. Mak pun dah tak da, saja nak tengok2.

Pemilik kedai : Ooh, tak dak kak lagi…belum kahwin …? Saya dah anak dua.
Aku : ???? (kak = isteri ke?)

DIALOG DI TEPI GERAI TEPI JALAN

PERISTIWA SATU

A : Nak makan apa, bang?
B : Bagi saya rojak satu. Terima kasih.

Selang beberapa minit.

B : Saya minta rojak. Ni colek buah.
A : Betullah bang. Inilah rojak buah.

B : Bukan, saya nak rojak – yang ada mi, kentang, cucur, kuah kacang…
A : Itu pasembor!!!

PERISTIWA DUA

A : Berapa harga sebiji kuih ni?
B : Sebiji - dua kupang lima dit. 4 biji singgit
A : Ooh, dua puluh lima sen, ya?


Nota hujung: Banyak lagi peristiwa lucu – air kopi tersebut ayak kupak – gara-gara nak mengajuk orang utara tp tak menjadi.

4/05/09

GANTUNG JARI...

BZ BEE

Kesibukan menggila...kelelahan, tercungap-cungap...timbunan beban...minggu ini. Buat seketika aku terpaksa menggantung jari menaip aksara. Minggu ini aku terpaksa menyimpan anekdot-anekdot untuk paparan. MingGu depan insya-Allah, kita jumpa kembali!!!