1. soyok = koyak
2. tok cekak = tidak larat, letih
3. puno ranoh = rosak segala-galanya
4. setel = settle, selesai
5. kupik hapah = sangat kedekut
6. koya = perasan
7. pitih = duit
8. ngeceh = pemetik api
9. luga = mual
10.kenaling = berdebar-debar
11. semey = osman (nama orang)
12. pughah = comot
CONTOH AYAT
1. Budok namo semey tu meme baso pughah. Brehi bena paka baju soyok. Tok cekak nok roghat doh.
2. Semey jadi lagu tu, sebak ayo dio kupik hapah. Ado pitih gak..dok koya keda kopi. Blagok supo oghe kayo.
Nota hujung: Anda faham? Cuba terjemah loghat ke bahasa Melayu baku pula.
Sumber : Orang Kelantan di Sarawak
28/06/09
23/06/09
ANEKDOT 106...PRASANGKA (gurindam)
Ada prasangka baik…
Ada prasangka buruk…
Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu
kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu
kerana bersedekah kepada fakir
Mana tahu yang masam itu
kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu
kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana
cergas dan cerdasnya
(Jauhi sikap suka berprasangka kerana
ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.)
Sumber: Retrospektif ANEKDOT 5... kisah berulang kembali.
20/06/09
ANEKDOT 105...PUISI DAN LAGU PUISI
APABILA PUISI DILAGUKAN...
Menarik apabila puisi dilagukan. Apatah lagi disampaikan oleh bakat-bakat muda yang di asuh oleh para guru sastera dan guru muzik.
Semua peserta menunjukkan persembahan yang amat baik walaupun ada beberapa peserta yang tidak dapat membezakan antara puisi (sajak) yang dilagukan dan senikata lagu.

Antara peserta yang menyampaikan persembahan

jemaah hakim - dan guru pengiring
ISTANA KEMERDEKAAN
Asas istana ini
Kitalah yang menentukan
Inilah sanggar kejayaan
Hasil kompromi tiga bangsa
Kasih tidak bertepi
Biarpun meniti onak duri
Kita martabatkan bahtera waisan
Demimu pertiwi tercinta
Kejayan banyak ditempa
Warga telah mencipta nama
Prasarana bertaraf dunia
Kemajuan harus berterusan
Kegagalan usah dibiarkan
Demi merealisasikan wawasan
...
(sebahagian daripada keseluruhan sajak)
Nota hujung: Semoga semangat berterusan selepas berpuisi da bernyanyi
Sumber : Sajak - Nuratiqah Roslan SMKBR, Kuantan

18/06/09
ANEKDOT 104...DIALOG ORANG BOSAN
DAH BOSAN...
DAH BOSAN
i
Isteri: Apa yang abang buat tu?
Suami: Tak ada apa-apa.
Isteri: Tak ada apa-apa…? Dah berjam-jam saya tengok abang merenung sijil nikah kita.
Suami: Abang tengah melihat bila tarikh luputnya.
Isteri: Apa yang abang buat tu?
Suami: Tak ada apa-apa.
Isteri: Tak ada apa-apa…? Dah berjam-jam saya tengok abang merenung sijil nikah kita.
Suami: Abang tengah melihat bila tarikh luputnya.
ii.
Minah: Apabila kita berkahwin nanti, sayang ingin berkongsi masalah, kerungsingan dan kepayahanmu dan juga mewarnai hidupmu...
Mamat: Sungguh baik hatimu, sayang! Tapi saya tak ada masalah, Ayang!
Minah: Itu kerana kita belum lagi berkahwin!

iii.
IsterI:Apa yang abang suka yang ada pada saya - wajah yang cantik atau tubuh saya yang seksi?
Suami: (Memandang isterinya dari atas ke bawah) Kau memang pandai melawaklah!
IsterI:Apa yang abang suka yang ada pada saya - wajah yang cantik atau tubuh saya yang seksi?
Suami: (Memandang isterinya dari atas ke bawah) Kau memang pandai melawaklah!
iv.
Pengantin lelaki : Adakah sayang akan berkahwin dengan abang kalau ayah tak tinggalkan kekayaan ini?
Pengantin wanita: Ayang tetap berkahwin dengan abang, TAK KIRA SIAPA yang tinggalkan harta tu.
Pengantin lelaki : Adakah sayang akan berkahwin dengan abang kalau ayah tak tinggalkan kekayaan ini?
Pengantin wanita: Ayang tetap berkahwin dengan abang, TAK KIRA SIAPA yang tinggalkan harta tu.
v.
Gadis: Ciumlah aku…! Dan aku sedia menjadi kekasihmu selamanya.
Pria: Oh, terima kasih kerana bagi tau awal-awal. ( lalu berundur)
Gadis: Ciumlah aku…! Dan aku sedia menjadi kekasihmu selamanya.
Pria: Oh, terima kasih kerana bagi tau awal-awal. ( lalu berundur)
vi.
Atan: Mak, semasa menaiki bas tadi, ayah suruh saya berikan tempat duduk kepada seorang wanita.
Mak : Atan dah lakukan yang betul. Baguslah tu…
Atan : Tapi mak…masa tu saya yang duduk di atas riba ayah!

Nota hujung: Ada faham ???
Sumber: ???
16/06/09
ANEKDOT 103...
SHOP FOR HUSBAND

A store that sells husbands has just opened in New York City , where a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates. You may visit the store ONLY ONCE !
There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights. There is, however, a catch . . . you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go backdown except to exit the building!
So, a woman goes to the Husband Store to find a husband .
On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.
The second floor sign reads:
Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.
The third floor sign reads:
Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.
Wow, she thinks, but feels compelled to keep going.
She goes to the fourth floor and the sign reads:
Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.
Oh, mercy me! she exclaims, I can hardly stand it!
Still, she goes to the fifth floor and sign reads:
Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:
Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men onthis floor.
This floor exists solely as proof that women are impossible to please.
Thank you for shopping at the Husband Store.
Watch your step as you exit the building, and have a nice day!
Endnote : This article dedicated to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!
Source: An article from a website!
13/06/09
ANEKDOT 102
SEMALAM DI KUALA TERENGGANU
SITUSASI 1: (Di kaunter hotel)
A: Encik, Selamat datang ke Terengganu! Boleh bagi kad gambo, dan kad kredit encik.
B: Oh ya. Ini dia.
A: Tima kaseh. Bape malang nok dok sini?
B: Saya tak malang apa-apa. Semua okay je. (Masih terpinga-pinga...)
A: Saya tulis semalang je la ya encik...?
B : Ape-ape jelah!
SITUASI 2: (Perbualan telefon dengan sahabat lama)
A: Mu dok puas ke dok sorang-sorang dalang bilik tu?
B: Aku dok sorang-sorang je. Siapa pulak nak puaskan aku. Malam ni je...
A: Maghi la ikot aku. Aku bawok mu gi jalang. Kite gi kat Syahbandar. Malang-malang gini meriah!
B: Aku tak nak jadi jalang! Mana ada dapat malang tu meriah. Pelik la kau ni...
A: Mu ni... pikir benda tok molek sokmo. Tunggu, aku gi ambik mu. Gi jalang tengok bando waktu malang.
B: Ok, datanglah! Aku tunggu...
Nota hujung: Bahasa biasa yang membawa makna berbeza dek loghat yang berbeza. Sumber: Kunjungan sahabat di Terengganu...
ANEKDOT 101...
IKHLAS KE NI?
Wah, tahniah! Dah 100 anekdot...banyak tu...ori ke semua tu?.
Aik, lain macam nada suara kau ni... kenapa ni?
Semua posting tu idea sendiri ke... buat sendiri ke?
Tak! Satu pun aku tak boleh kata aku punya. Orang lain tu pun tak boleh kata mereka punya.
Kenapa pulak...?
Kau dah baca posting pertama aku? Anekdot 1... Kalau belum, baik kau baca dulu!
Hmm... nanti jap aku buka, undur la pulak!
Beberapa minit kemudian...
Oooh, ok. Aku boleh terima. Setuju! Penyusun kata-kata... diambil daripada KAMUS!
Kalau dah faham - jangan banyak komplen lak. Selalunya aku letak juga kredit untuk orang tu, kan?
Al-Quran...macam mana?
???!!!
Maaf, kita bicara dalam forum yang lain pulak!
Nota hujung: Jangan mencari antan di dalam beras gred A1. Pasti jumpa juga...
Sumber: Borak-borak kat kopitiam
10/06/09
ANEKDOT 100...
APAKAH ITU ANEKDOT...
Hari ini dah cukup anekdot ke-100, walaupun n3 sebenarnya dan 132. Sewaktu mula-mula berblogging, niat sebenarnya hanya nak belajar. Dah ada orang nak ajarkan maka saya mulalah berblog...
Banyak pengunjung yang bertanyakan tentang nama blog ini. Bukan ada apa-apa yang istimewa - hanya kisah lawak tentang bahasa - santai dan bersahaja supaya ada yang dapat dipelajari, setidak-tidaknya.
Sila baca di bawah...hehehe.
Samalah kita - awak malas buka kamus, saya tak berapa rajin nak menaip
( kan tengah cuti-cuti Malaysia ni!!!)
MUNSYI...
watikah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka...
watikah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka...
(tengok kat bawah - wajah terpaksa dikaburkan...kureng tampan dan untuk keselamatan)
Ragbar...
akronim nama saya...nama sebenar! R.A.G.
bar ...
saja nak bagi sama. Tu aje...
7/06/09
ANEKDOT 99...
CIKGU DULU, CIKGU SEKARANG...

Pertemuan antara cikgu sekolah zaman dulu dan cikgu sekolah zaman sekarang...
Cikgu Zaman Dulu : Aku masa mengajar dulu.... sesiapa yang salah satu perkataan dalam karangan... aku suruh murid aku buat balik karangan tu.. bukan 1 salinan tapi 8 salinan....
Cikgu Zaman Sekarang : Sama lah juga... aku suruh dia buat 2 salinan je.. tapi besok aku kena penumbuk 2 kali daripada bapak dia... bapak dia sound aku gila ke suruh salin balik karangan tu...
Cikgu Zaman Dulu : Ish... kalau zaman dulu... murid-murid aku yang tak patuh disiplin aku rotan je.. kalau murid aku pakai baju ketat ke... seluar ketat ke... aku koyakkan...
Cikgu Zaman Sekarang : Sekarang tak perlu susah-susah nak koyak... belum pakai yang ketat-ketat dah terkoyak pun... contohnya kau cuba tengok aku ni, kain aku pun terbelah sampai ke peha... inikan murid aku?
Cikgu Zaman Dulu : Dahsyat-dahsyat... masa dulu-dulu mana ada murid-murid sambut hari guru... tapi semua murid hormat pada guru... dia orang ingat kat guru..
Cikgu Zaman Sekarang : Sebab murid-murid sekarang semua lupakan guru... Hari guru tu cuma nk bagi murid-murid ingat kan guru je... besok2 dia orang lupalah balik...
Cikgu Zaman Dulu : Teruk lah zaman sekarang... dengan mak bapak tak tau nak jaga anak... cikgu pun tak ikhlas nak mengajar... macam mana murid nak maju...
Cikgu Zaman Sekarang : Tak maju apanya... pergi sekolah bawak handphone.. handphone canggih pulak tu....ada kamera... lagi pun murid sekarang ni... dah pandai buat video... banyak yang cita-cita nak jadi pengarah... dah maju apa..?
Cikgu Zaman Dulu : Hmm....cikgu dengan anak murid pun sama...
Nota hujung: Jangan pula ada yang tersinggung...
Sumber: Emel...
5/06/09
ANEKDOT 98...
LOVE BIRD OR BIRD'S LOVE
(you probably have heard the story before)
SWALLOW
His wife is injured and her condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across a street.
(and the story began - yes a true story!!!)
v
v
v
He tried to move her - a rarely-seen effort for swallows.
v
v
v
v
v
v
He stood by her side. Saddened of her death...v
v
v
Finally, aware that she would never return to him, he stood by her side...with sadness and sorrow.
Endnote: Just watch and think - deeply with compassion.
Source: Email from a friend.
3/06/09
ANEKDOT 97...
UNIKNYA KAD KAHWIN
(...sambungan)

(...sambungan)
DOA
1. “Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, taqwa dan keyakinan kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman dan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan di akhirat”- Amin Ya Rabbal Alamin.
2. “Ya Allah, ya Tuhan kami, Jadikanlah rumah tangga kedua-dua mempelai ini seindah rumah tangga Adam dan Hawa a.s. setabah Ibrahim dan Hajar a.s., sesuci cinta Muhamad S.A.W. dan Khadijah a.s. Murahkan rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, peliharalah mereka dalam limpah rahmat dan inayah-Mu. Pandanglah mereka dengan pandangan kasih-Mu, Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta keberkatan di dunia dan di akhirat.” Amin Ya Rabbal Alamin.
3. “ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu.Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada kedua mempelai. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.” Amin Ya Rabbal Alamin.
4. “Ya Allah Ya Tuhan kami. Engkaulah Yang Maha Agung yang telah menciptakan qadha’ dan qadar ini. Kami pohon restu dan keredaanMu, jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu, agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan kasih sayang dan peliharalah ia semoga sentiasa akan berkekalan dengan rahmat dan cahaya kasihMu di dunia ini dan di akhirat nanti serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah …satukanlah hati dua hambaMu ini seperti engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah." Amin Ya Rabbal Alamin.
5. "Ya Allah, kami memohon restuMu, berkatilah majlis ini, limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan kepadaMu. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Ya Allah, kekalkanlah jodoh ini hingga ke akhir hayat dan permudahkan segala urusan keduanya serta sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini." Amin.
6. "Ya Allah …satukanlah hati dua hambaMu ini seperti engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah a.s. Panjangkanlah dan kekalkanlah jodoh mereka hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.”

Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukanlah daripada kepalanya untuk dijadikan atasnya, bukan pula daripada kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai.
ANEKDOT 96...
UNIKNYA KAD KAHWIN

1.
Makan nasi di atas dulang
Gulainya lazat ikan tenggiri;
Makan sirih sekapur seorang,
Sampai hajat hidangan kami.
2.
Sekapur sireh seulas pinang,
Semekar senyuman kami hulurkan;
Menjemput tuan datang bertandang,
Menerima menantu kami raikan.
3.
Sayup tinggi memecah awan,
Tegap berdiri pohon jati;
Hajat di hati membawa undangan,
Ke majlis meraikan ikatan suci.
4.
Pengantin tiba kompang dipalu,
Rampai ditabur mawar direnjis;
Kehadiran semua amat dialu,
Mohon diberkati menyeri majlis.
5.
Duyung kemudi di hening pagi,
Membawa dagangan beiring teman;
Sekalung budi dijunjung tinggi,
Terpahat kenangan sepanjang zaman.
6.
Undangan kami seikhlas hati,
Harap sudi datang merai,
Semoga Allah sentiasa memberkati;
Terima kasih dan wassalam daripada kami.
Musim cuti sekolah datang lagi. Gendang silat mula berbunyi. Langkah silat mula dibuka. Bunyi kompang turut bertingkah.
Kad jemputan telah diedar. Kalau anda menerima banyak kad, itu tandanya, usia anda semakin bertambah. .. (kata orang yang sudah biasa dengan situasi ini). Pelbagai bentuk, corak dan stail kad yang ada pada hari ini. Pernahkah anda membaca – benar-benar membaca – tulisan yang tertera pada kad tersebut.
Paling menarik pada kad ialah pantun dan doa yang disisipkan bersama kata-kata undangan yang amat halus bahasanya. Hayatilah sebahagian daripada pantun dan doa yang biasanya tertulis pada kad.
Indahnya bahasaku!!!
PANTUN
1.
Makan nasi di atas dulang
Gulainya lazat ikan tenggiri;
Makan sirih sekapur seorang,
Sampai hajat hidangan kami.
2.
Sekapur sireh seulas pinang,
Semekar senyuman kami hulurkan;
Menjemput tuan datang bertandang,
Menerima menantu kami raikan.
3.
Sayup tinggi memecah awan,
Tegap berdiri pohon jati;
Hajat di hati membawa undangan,
Ke majlis meraikan ikatan suci.
4.
Pengantin tiba kompang dipalu,
Rampai ditabur mawar direnjis;
Kehadiran semua amat dialu,
Mohon diberkati menyeri majlis.
5.
Duyung kemudi di hening pagi,
Membawa dagangan beiring teman;
Sekalung budi dijunjung tinggi,
Terpahat kenangan sepanjang zaman.
6.
Undangan kami seikhlas hati,
Harap sudi datang merai,
Semoga Allah sentiasa memberkati;
Terima kasih dan wassalam daripada kami.
Nota hujung: Tunggu sambungannya...doa pulak.
Sumber: Kad jemutan kahwin
Langgan:
Catatan (Atom)