29/04/09

jiwang...

(tak mungkin...tak mungkin...mungkin juga kot)

LAGU UNTUK SEBUAH NAMA

Mengapa jiwaku mesti bergetar
Sedang muzik pun manis kudengar
Mungkin kerna kulihat lagi
Lentik bulu matamu

Bibirmu dan rambutmu yang kau biarkan
Jatuh berderai di keningmu
Makin mengajakku terpana
Kau goreskan gita cinta

Mengapa aku mesti duduk di sini
Sedang engkau tepat di depanku
Mestinya aku berdiri berjalan ke depanmu
Kusapa dan kunikmati wajahmu

Atau kuisyaratkan cinta
Tapi semua tak kulakukan
Kata orang
cinta mesti berkorban


Mengapa dadaku mesti berguncang
Bila kusebutkan namamu
Sedang kau diciptakan bukanlah untukku
Itu pasti

Tapi aku tak mau peduli
Sebab cinta bukan mesti bersatu
Biar kucumbui bayangmu
Dan kusandarkan harapanku


-Ebiet G Ade

Nota hujung: Tiba-tiba nak berjiwang karat...he...he...he...

28/04/09

ANEKDOT 83...


Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. ZALITUUN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm tempat yang ada minuman keras).

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dll.

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



...dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
(SCROLL DI BAWAH)..

...tambahan


10. ISETAN
Sebuah pasar raya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing .....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak-agak sikit, jangan sampai berlebih-leihan pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. HINDUSETAN
Ini mereka yang menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. SANTAN
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak cuma kalu lebih dapat penyakit....


Nota hujung : FIKIR-fIKIRKANLAH YE
Sumber: Emel Kelakar...

ANUGERAH...


ANUGERAH

Selalunya saya tak tampalkan anugerah yang diberikan - kerana bimbang tak layak - tetapi kali ini alasannya berbeza . Terima kasih KIRANA! Pemberian anda di hargai.

26/04/09

ANEKDOT 82...

(Xsanggup nak tampalkan syarat-syaratnya)


RETORIKA

1. RETORIK PROMO DIRI


Perhatikan baju tee yang dipaparkan. Pemakainya sudah pasti cuba mempromosi dirinya - tentu secara sedar! Tindakan yang berani, agresif atau desperate? Adakah ini satu seni, kreativiti atau pelahap keuntungan dan perosak mentaliti remaja?


(mengayat secara senyap, barangkali)


Nota hujung: Belum terdesak untuk mengiklan diri seperti ini...


2. RETORIK JURUJUAL

Penjual: Encik, hari ni ada harga promosi. Belilah, murah!
Encik A:
Promosi? Produk ni dah lama di pasaran. Kenapa masih ada promosi?

Penjual: Hari ni last day. Rugi kalau encik tak beli.
Encik A:
Kenapa last day? Sudah mahu tutup bisnes ke? Baru tadi awak kata promosi.

Penjual: Aiya, susah mau cakap sama encik. Angkat satulah. Saya kasi free...

Encik A: (Dalam hati) Baru padan muka kau...

Nota hujung: Jangan mudah 'termakan' promosi begini
Sumber: Jalan-jalan pada hujung minggu.

25/04/09

ANEKDOT 81

BAHASA OH, BAHASAKU...

Bahasa Melayu sering diwara-warakan sebagai lingua-franca di Nusantara. Seluruh kepulauan Melayu akar umbinya menggunakan bahasa Melayu. Akan tetapi sejauh manakah benarnya bahasa Melayu ini kelak menjadi antara bahasa dunia yang mempunyai jati diri. SN Abdullah Hussain pernah menulis mengenai nasib bahasa Melayu. Anekdot beliau ini wajar direnung sebagai membuka minda untuk memartabatkan bahasa kita.

Memang sudah suratan nasib bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling peramah sifatnya. Apa sahaja perkataan asing sesuai atau tidak diterimanya dengan senang hati dan perkataan sendiri yang semakna dengannya ditolak ke tepi. Bahasa Melayupun seperti orang Melayu juga, mudah mesra dan mudah meniru, mudah menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Waktu seorang guru bahasa Arab mengajar Tun Mai Ulat Bulu, terjadilah pertengkaran kira-kira begini.

(Rujuk teks Sejarah Melayu versi W G Shellabear)

“ Anta ni syakap Arab pun tak boleh,” kata tuan guru itu.
“ Ana boleh cakap tapi ana malas. Ana boleh sebut lebih baik daripada ustaz.”

Lalu guru Arab itupun memilih beberapa perkataan Arab yang sukar dan menyuruh Tun Mai Ulat Bulu menyebutnya. Tun Mai Ulat Bulu dengan mudah menyebut perkataan-perkataan itu.

Kemudian untuk tidak mengaku kalah, Tun Mai Ulat Bulu mencabar guru Arab itu supaya menyebut perkataan-perkataan Melayu pula.

“ Sekarang cuba ustaz sebut perkataan Melayu pula.”
“Apa dia?”
“Kucing!”
“Kusying!”
“Salah. Kunyit!”
“ Kuzit!”
“Salah. Nyiru!”
“Niru.”

Khabarnya kerana kejadian itu, guru bahasa Arab itupun tidak mahu lagi mengajar Tun Mai Ulat Bulu. Tun Mai Ulat bulu boleh menyebut dengan baik, cuma dia malas sedikit.Menurut ceritanya sejak itu semua orang Arab tidak mahu lagi mengajar orang Melayu membaca al Quran.

Di sini timbul persoalan kepada cerdik pandai sejarah tentang siapa sebenarnya yang mengajar agama Islam kepada orang Melayu di Tanah Melayu ini.



Nota hujung : Dimasukkan semula supaya tak lupa.
Sumber : Dipetik daripada buku Ketrampilan Menulis



24/04/09

ANEKDOT 80...


MAWAR DAN ULAT BULU

A
ku mintaTuhan berikan aku sekuntum mawar yang mekar
Tuhan berikan aku sepohon kaktus yang berduri

Aku minta Tuhan berikan aku seekor rama-rama yang cantik
Tuhan berikan aku seekor ulat bulu yang berbisa

Namun aku bersyukur!

Setelah aku membajai dan membelainya
Sepohon kaktus berbunga sangat indah

Setelah aku menjagai dan merawatinya
Seekor ulat bulu bertukar seekor rerama yang berwarna-warni

Anugerah Tuhan mempunyai sesuatu yang tersirat
Kitalah mentafsirnya...

Sama-samalah kita berfikir tentangnya.



Nota hujung: Bagaimana mahu bersyukur dan bersabar tanpa tahu?
Sumber: Sebuah resensi buku yang pernah dibaca

ANEKDOT 79...

(gambar sisipan saja)

NILAI KELAS MENENGAH MELAYU?

Peristiwa Melawat Rom
(seperti yang diceritakan kepada jirannya)

HUSBAND: We had a lot of fun travelling through Europe before we return to Malaysia
WIFE: Yes, great time, we all enjoyed, remember darling (kepada suami)… we went to Rome, so romantic! Ah, yes…!

HUSBAND: We went to the grand cathedral, we even went to see the Pope, the Pope blessed our children…
WIFE: Then we went to the fountain, and the wishing well…so we all pun buat jugalah, we all threw coins into the well, surelah we made a wish… nak balik ke Rom lagi. We have to make a wish in English, takkanlah nak cakap dalam BM.

Nota Hujung : Dahlah malu nak cakap BM, akidahnya…?
Sumber: Falsafah Bahasa – Dr Abdullah Hassan

21/04/09

SAJE JE...Je...


APOLOGETIK
-buat teman yang memberi makna baharu persahabatan

Maafkan aku teman
tidak lagi menyapamu
lewat kemesraan kelmarin
mengenalimu satu kekhilafan
yang menyisir banyak kelukaan
waktu-waktu begini aku
tidak lagi mengharapkan kehadiranmu
keakraban lalu menghimpunkan
segala fitnah
yang tidak pasti

Maafkan aku teman
tidak lagi menemanimu
bagai hari-hari kelmarin
yang seringkali membuat dirimu
penuh dengan rasa malu
terhadap diriku
aku tidak bisa lagi menyenangi dirimu
malah diriku sendiri
untuk mengisi ruang-ruang kesepian
yang tidak berpenghujung

Maafkan aku teman
persahabatan ini hanyalah
takat noktah ini
aku tidak sanggup lagi
membaluti dirimu
menanggung segala rasa bersalah
sebelum aku kehilangan
nilai diri
ketika kau kekalutan
makna persahabatan

TS Lee

Nota hujung: Selamat berpergian dan jangan kembali…
Sumber : Koleksi sajak peribadi

20/04/09

ANEKDOT 78...

(karya yang menimbulkan kemarahan rakan wanita)

NOSTALGIA MENGGAMIT


Sewaktu berkemas-kemas gerobok buku di rumah, terjumpa pula dengan karya-karyaku yang pernah tersiar di beberapa majalah. Ah, tiba-tiba saja kenangan terlintas di minda. Nostalgia mula menggamit memori.

Inilah kerja masa luangku dahulu. Menulis-menulis-menulis ... kerana terpaksa! Semuanya kerana ketidakcukupan wang membiayai pengajian di Universiti Malaya. Karya-karya ini dihantar dengan harapan tersiar di majalah dan aku dibayar. Imbuhan yang sedikit ini setidak-tidaknya membolehlah aku meneruskan lagi baki kehidupan sebagai mahasiswa. (Penulis mata duitan rupanya aku.) Terpaksa...!!!

Keterpaksaan menulis menimbulkan keseronokan pula. Aku mula menghantar karyaku ke akhbar - dalam bentuk rencana dan juga cerpen . Biasanya menggunakan nama pena. Ada karya yang dibayar, ada juga yang didiamkan. Ketika ini wang sudah jadi perkara kedua. Setiap karya yang tersiar diraikan - dengan senyuman dan hati berbunga-bunga ( Aku bukan Mat Bunga tau). Seronoknya menulis...


(Kepada anda penulis blog - hantarlah karya ke mana-mana penerbitan. Selamat Berjaya!)


(daripada sebuah kisah benar yang diselami)



(Sajak: Suatu rasa satu ketika)



(Rindu 1 di majalah Jelita- majalah wanita)



Nota hujung: Berkaryalah untuk dihargai...bukan wang semata-mata.
Sumber : Gerobok lamaku

19/04/09

ANEKDOT 77...


AMALAN BERBAHASA - PANGGILAN KELUARGA


Memesrai orang yang tidak dikenali adalah biadap, biarpun untuk tujuan hormat.

1. Pelayan dengan wanita (40-an)

Pelayan : Mak Cik nak makan apa?
Wanita : Siapa Mak Cik?

Pelayan : Oh, kakak!
Wanita : Saya bukan Mak Cik kamu, saya bukan kakak kamu, saya bukan nenek kamu. Saya pelanggan kamu. Hormatlah pada pelanggan kamu!

Pelayan: Bila saya tak hormat? Saya dah panggil Mak Cik! Nak panggil apa? Kita pun ada budi bahasa.


Nota hujung: Pelanggan mahu dihormati bukan dimesrai.

2. Penjaga kereta

Penjaga kereta : Abang boleh hantaq sana.
Pemandu : Encik bercakap dengan siapa?

Penjaga kereta: Dengan abanglah.
Pemandu : Saya bukan abang encik, panggillah saya encik sahaja.

Penjaga kereta : Orang kereta lagi besaq tak pernah kata apa pun...


Nota hujung: Hormati orang lain melalui panggilan yang tepat.
Sumber : Falsafah Bahasa

ANEKDOT 76...

sekerat kuning sekerat merah

berkepala dua

BAHASA BELUT+ULAR ...?

1. Pengacara televisyen ( rancangan kelab remaja)

"Masa cuti lalu ai...berserta kru televisyen...
wiol buat shooting di... harap yuol akan menonton apa yang wiol sediakan untuk yuol..."

2. Promosi album artis

"Ai sudah rakamkan empat album untuk yuol. Yuol mesti dengar lagu-lagu ai. Ai akan pilih lagu-lagu menarik specially untuk yu... Penerbit ai dan member kru televisyen...deiol telah menyediakan rancangan special untuk yuol. Wiol bekerja keras untuk yuol."

3. Selamat Pagi Malaysia

Pengacara : Apa nama?
Pemanggil : Hj Hamdan dari Muar...

Pengacara: Hamdan, bagaimana cuaca di Muar?

4. Penyambut hotel

Penyambut: Bilik kamu nombor 311, ini kunci kamu."
Pensyarah: Terima kasih Encik. Saya baru kali pertama di sini. saya tak tahu di mana bilik ini. Tolong tunjukkan jalannya."

Penyambut: Kamu pergi ke kiri. Kemudian kamu..."
Pensyarah: Jangan panggil saya "kamu"...


Nota hujung: Berbahasa dengan betul...berbudaya dengan sopan
Sumber : Prof. Emeritus Abdullah Hassan


14/04/09

ANEKDOT 75...

girlfriend...???
isteri...???


ISTERI VS GIRLFRIEND
(daripada pandangan seorang suami)

1. Isteri macam TV, girlfriend macam handphone
Di rumah tengok TV, di luar bawa handphone

2. Tak ada duit jual TV. Ada duit beli handphone baru.
3. Kadang-kadang seronok tengok TV, tapi selalunya banyak masa habis main handphone

4. TV percuma sepanjang hayat, tapi handpone kalau tak bayar service line, taliannya ditamatkan serta-merta.
5. TV saiznya besar, berat dan buruk, tapi handphone cute, comel, ramping, dan banyak butang boleh picit dan boleh bawa ke mana-mana, bila-bila masa saja.

6. Kos penyelenggaraan TV murah sahaja, lagipun jarang-jarang rosak, tapi handphone, mak oi…mahalnya. Selalu meragam pulak tu.
7. Yang sadisnya, TV ada remote control, tapi handphone tak ada

8. Cuma satu kelebihan TV, tak ada virus. Tapi handphone …sekali kena virus, habislah!
9. Jadi jangan pening kepala, pilihlah TV anda. Kalau boleh yang plasmalah, ya…


Nota hujung: Sayangi isteri seperti sayangkan handphone anda...tit...tit...tit...Sumber: Majalah Mastika



12/04/09

ANEKDOT 74...

APA YANG ANDA PELAJARI DARIPADA FOTO INI...?

Jom kita fikir-fikirkan!!!

anak ayam yang funky?



kita peng-yu?


jadi santapan


habuan...cukup ke?



siperokok=monyet ?
Nota hujung : Tafsir dan fikirlah kesiratan maksudnya...
Sumber: Emel desi


11/04/09

ANEKDOT 73...

SATU + SATU = ???


Majikan pintar + Pegawai Pintar = Keuntungan

Majikan pintar + Pegawai Bodoh = Produksi


Majikan Bodoh + Pegawai Pintar = Promosi

Majikan Bodoh + Pegawai Bodoh = Buang Waktu


Lelaki pintar + Wanita pintar = Romantika

Lelaki pintar + Wanita Bodoh = Kehamilan


Lelaki Bodoh + Wanita pintar = Pertelingkahan

Lelaki Bodoh + Wanita Bodoh = Pernikahan


LELAKI VS WANITA = SATU PREJUDIS ?


Seorang lelaki akan membayar $2 untuk sebuah barang senilai $1 yang dia inginkan.

Seorang wanita akan membayar $1 untuk sebuah barang senilai $2 yang tidak dia inginkan.


Seorang wanita sangat khuatir tentang masa depan sehiunggalah dia bersuami.

Seoranglelaki tidak pernah khuatir tentang masa depan sehinggalah dia beristeri.


Jika ingin berbahagia bersama seorang lelaki, anda harus banyak memahaminya dan mencintainya sedikit.

Jika ingin berbahagia bersama seorang wanita, anda harus banyak mencintainya dan jangan sekali-kali cuba untuk memahaminya.


Seorang lelaki yang sudah menikah hidup lebih lama daripada seorang yang masih single, tetapi seorang lelaki yang sudah menikah lebih banyak memiliki keinginan untuk mati daripada seorang lelaki single.
Setiap lelaki yang sudah menikah seharusnya melupakan kekeliruannya, tidak ada gunanya dua orang mengingatkan sesuatu yang sama.


Lelaki bangun tidur kelihatan sama bagusnya ketika ia pergi tidur.

Wanita, entah bagaimana, berubah menjadi kusut menjelang tengah malam.


Seorang wanita menikahi seorang lelaki dengan harapan dia [lelaki] akan berubah, tetapi dia [lelaki] tidak.

Seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan harapan dia [wanita] tidak akan berubah, dan dia [wanita] berubah.


Wanita memiliki kata terakhir dalam banyak pertengkaran.Semua yang dikatakan lelaki setelah itu adalah sebuah permulaan daripada sebuah pertengkaran baru.

Ada dua masa, ketika seorang lelaki tidak mengerti seorang wanita iaitu : sebelum menikah dan setelah menikah.



Nota hujung: Lelaki dan wanita; perbazeaan yang menyatukan - menarik!!!

Sumber: Kata orang...


6/04/09

ANEKDOT 72...

(gambar hiasan je - bukan makhluk ni...)


NAK KAHWIN...NAK KAHWIN
(tapi tak ada pasangan...)

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat.

Pemuda : Ustaz... Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih...
Ustaz : Perempuan yang menjadi idaman kamu?

Pemuda : Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan mencintai saya sepenuh hati...
Ustaz : Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B.

Pemuda: Apa maknanya Ustaz?
Ustaz: 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?

Pemuda : Sudah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapatkan seorang gadis...
Ustaz : Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : Sudah. Setiap kali saya berdoa selepas selesai solat... saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis ...
Ustaz : Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan B yang ketiga.
Pemuda : Apa itu Ustaz! ?

Ustaz : BERCERMIN!

Nota hujung: Susahnya nak dapat jodoh yang ngam
Sumber: Emel daripada sahabat



4/04/09

ANEKDOT 71...



NUMBER STORY

Ah Lek was asked to make a sentence using 1,2,3,4,5,6,7,8,9 and 10.
Not only did he do it 1 to 10, he did it again back to 1.

This was what he came up with...

1 day I go 2 climb up a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down.The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran so fast until I fell 6 and threw up.

So I went into 7 eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab him. 10 God he ran away. So, I put the 9 back and paid for the 8 and left 7 eleven.

Next day, I called my boss and said, I am 6 .
He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to climb a 3 and jump down. I don't understand, I so be nice 2 him but I don't know what he 1.


Endnote: Creativity breeds knowledge

Source: Email Lawakcom.

3/04/09

ANEKDOT 70...

HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY...

It's not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend

2. a companion

3. a lover

4. a brother

5. a father

6. a master

7. a chef

8. an electrician

9. a carpenter

10. a plumber

11. a mechanic

12. a decorator

13. a stylist

14. a phsiotherapist

15. a gynaecologist

16. a psychologist

17. a pest exterminator

18. a psychiatrist

19. a healer

20. a good listener

21. an organizer

22. a good father

23. very clean

24.. sympathetic

25. athletic

26. warm

27. attentive

28. gallant

29. intelligent

30. funny

31. creative

32. tender

33. strong

34. understanding

35. tolerant

36. prudent

37. ambitious

38. capable

39. courageous

40. determined

41. true

42. dependable

43. passionate

44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly

46. love shopping

47. be honest

48. be very rich

49. not stress her out

50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself


52. give her lots of time, especially time for herself

53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays * anniversaries * arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. One Small Smile (may be like this?)



Endnote: Oh men! Can you live without them?
Source: Email from a friend - a lady...

2/04/09

ANEKDOT 69...


PUISI SUAMI MEMINTA IZIN BERPOLIGAMI


Isteriku,
Jika engkau bumi akulah matahari
aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dariku

Ingatlah
bahtera yang kita kayuh
begitu penuh riak gelombang

Aku pasti akan tetap menyinari bumi
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat
Tuhan mencipta bukan hanya bumi
ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu...
Relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Ilahi

sinaranku diperlukan di planet lain.

BALASAN PUISI SANG ISTERI

Suamiku,

andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau memberikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu

akan tetapi
pabila kail panjang sejengkal
dan kau hanya sejengkal lilin yang berkuasa 5 watt sahaja
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahayamu
yang telah aku mengerti
cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?

please lah...!!!



Nota hujung: Ada yang nak cuba mengayat isteri?
Sumber: Emel lawakcom


JUTAAN BUNGA-BUNGA















Catatan kali ni tidak seperti biasa - tetapi istimewa.

Inilah sdebenarnya...

Selepas tujuh bulan, aku dah bosan tengok paparan blog sendiri. Tambah-tambah lagi setiap kali intai blog kengkawan - T E R U J A...!!!

Aku mesti tukar paparan sempena hari lahir aku...jeng...jeng...jeng!!!
(23 mac)

tetapi

Dua minggu tunggu anggerikrimba - tak balik-balik masuk lab. Rupa-rupanya dua kali dia berkursus.
(rajin betul buat duit)

Hari ni...apa lagi...dah jumpa - minta dia ajar aku buatkan paparan baru. Mula-mula tu belajarlah. Lama-lama aku tenggelam punca.
...

Akhirnya siaplah juga...tetapi semuanya anggerikrimba yang buatkan!
(lembab betul aku ni)

Terima kasih banyak-banyak - lain kali belajar lagi!!!


TERIMA KASIH JUTAAN BUNGA-BUNGA.


1/04/09

ANEKDOT 68...

HUTANG WAKTU (i)

Seorang guru ( Puan A) telah menerima sekeping memo daripada ketua guru. Beliau telah didapati berhutang waktu kelas sepanjang bulan Mac 2009


1. 16 Mac 2009 - 4 jam - tidak berada di sekolah
2. 17 Mac 2009 - 4 jam - tidak berada di sekolah
3. 18 mac 2009 - 3 jam - tidak berada di sekolah


JUMLAH : 11 jam tidak berada di sekolah

Arahan: Sila ganti waktu ketidakhadiran cikgu. Maklumkan tarikh gantian yang akan dibuat.


Puan A telah mengambil kertas tersebut dan menulis di belakangnya.

1. 16 Mac 2009
- diarah menghadiri mesyuarat - melebihi waktu kerja
(2.45 petang – 5.15 petang) 2 jam 30 min - PERCUMA

- bermalam di luar kawasan bertugas 21 jam 30 min
( sepatutnya waktu bersama anak dan suami) - sape nak bayar?

2. 17 Mac 2009
– bermesyuarat melebihi waktu kerja

(2.45 petang – 5.15 petang ) 2 jam 30 min - PERCUMA

- menyiapkan kertas pembentangan mesyuarat melampaui waktu kerja
(8.30 malam – 10.30malam) 2 jam
- PERCUMA

- bermalam di luar kawasan bertugas 21 jam 30 min

(sepatutnya waktu bersama anak dan suami) - sape nak bayar?

3. 18 Mac 2009 – bermesyuarat melebihi waktu kerja
(2.45 petang – 5.15 petang) 2 jam 30 min - PERCUMA

Hutang Cikgu A : 11 jam
Hutang sekolah : 43 jam

Beza hutang : - 32 jam (sekolah nak bayar ke?)

Ketua guru mengambil pen dan menulis di atas kertas tersebut – melintang.
SILA MOHON BERTUKAR KE SEKOLAH LAIN atau buat sekolah sendiri.

( Sungguh autokratik)


NOTA HUJUNG: Inilah jadinya kalau semua diukur tanpa timbal balik.

Tunggu sambungannya…